SJ - 3110 : Cabutan bertuah.

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3110 : Cabutan bertuah.

Assalamualaikum
Boleh tak jika terlibat dgn cabutan bertuah.Halal tak hadiah yang didapati?

Re: Cabutan bertuah.

:salam

Kita lihat dulu dalil pengharaman judi sebelum terus kpd permasalahan cabutan bertuah.

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya (arak dan judi ) ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir."[Surah Al Baqarah. Ayat : 219]

Bagaimanakah kita ingin menilai samada sesuatu itu merupakan perjudian yg diharamkan syara' atau tidak?

Apa2 program/pertandingan/acara yg mana terdapat beberapa pihak dan mereka menyumbangkan sesuatu samada duit ataupun barang2 yg lain. Kemudian pada akhirnya duit/barang2 itu akan diperolehi oleh satu pihak manakala pihak yg lain tidak memperolehinya, maka di situ terdapat unsur2 perjudian. Dgn erti kata lain, apabila terdapat pihak yg rugi dan ada pihak yg untung, maka di situ dikira berjudi. Ttp sekiranya satu pihak untung dan pihak yg lain tidak rugi maupun untung, maka itu bukan judi.

apakah cabutan bertuah termasuk dalam kategori perjudian yg diharamkan?

Soalan sdr terlalu umum. Namun kita kana cuba jawab dgn memberikan dua situasi berbeza dalam case yg sama ttp kedua2nya diistilahkan sebagai cabutan bertuah juga.

Terdapat satu syarikat barangan makanan(spt susu bayi), yg membuat promosi barangannya dgn mengatakan sesiapa yg membeli brgn mereka dan menghantar borang, akan masuk ke cabutan bertuah yg mana mereka yg bertuah akan memeperolehi hadiah yg lumayan.

***Situasi 1: Sekirannya pembeli itu membeli tanpa niat khusus semata2 utk cabutan bertuah itu, maka hukumnya harus.

***Situasi 2: Sekiranya pembeli membeli semata2 krn cabutan bertuah itu, maka ia termasuk dalam kategori judi.

Demikianlah penerangan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fatawa muasirahnya. Sekian. WA.

:wassalam

Lanjutkan ke URL berikut:
SJ – 2805 : ADAKAH BERMAIN GOLF TERMASUK PERJUDIAN ?

Re: SJ - 3110 : Cabutan bertuah.

Wa'alaikumusalam sdr ahmad_2020

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat diatas respon diatas. Sebagai tambahan kepada syarat diatas, Bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Ibn Utsaimin (As’ilah al-Baab al-Maftooh, no:1162) menyatakan bahawa tidak ada salahnya seseorang Islam membeli barangan sesuatu produk dan memasuk 'prize draw' (cabutan bertuah) dengan tambahan syarat dari apa yang telah diberikan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi iaitu:-

[="#0000ff" size="3"]Ãä íßæä ÇáËãä – Ëãä ÇáÈÖÇÚÉ – åæ ËãäåÇ ÇáÍÞíÞí ¡ íÚäí : áã íÑÝÚ ÇáÓÚÑ ãä ÃÌá ÇáÌÇÆÒÉ ¡ ÝÅä ÑÝÚ ÇáÓÚÑ ãä ÃÌá ÇáÌÇÆÒÉ : ÝåÐÇ ÞãÇÑ æáÇ íÍá .
"Harga pembelian mestilah merupakan harga yang sebenar. misalnya harga tidak boleh dinaikkan kerana memasukkan kos hadiah. Jika harga yang dijual lebih mahal kerana memasukkan harga hadiah, maka ia tidak dibenarkan kerana terdapat unsur judi."

Maka, sdr ahmad_2020 bolehlah menggunakan panduan yang diberikan oleh dua tokoh ulama' diatas didalam menilai sesuatu cabutan bertuah tersebut. wallahu'alam.

wassalam

خيرالأمين