SJ - 3113: [G] Tidur yang sunat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3113: [G] Tidur yang sunat

:salam
Q1. Apakah amalan-amalan sunat yang betul ketika ingin tidur, dari segi doa, perbuatan dan sebagainya?
Q2. Adakah sunat menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut ketika tidur? Jika ya, memadaikah dengan hanya menutupnya dengan selimut?

terma Kasih...

Re: Tidur yang sunat

:salam

Quote:
Q1. Apakah amalan-amalan sunat yang betul ketika ingin tidur, dari segi doa, perbuatan dan sebagainya?

Lihat URL berikut:
bacaan sebelum tidur

Quote:
Q2. Adakah sunat menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut ketika tidur? Jika ya, memadaikah dengan hanya menutupnya dengan selimut?

Menutup aurat jika tidak keseorangan hukumnya wajib. Adapun jika keseorangan, adalah digalakkan berdasarkan hadith yang bermaksud:
"Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."

Menggunakan selimut utk menutup aurat mmg boleh. tapi adakah ia akan kekal dan tidak berubah kedudukan selimut tersebut. Waktu tidur kita tidak sedar dan kemungkinan terselak itu ada. Pakailah pakaian dan itu terlebih baik. WA.

:wassalam

Re: Tidur yang sunat

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Quote:
hadith yang bermaksud:
"Allah swt adalah lebih patut disegani daripada manusia."

Penjelasan Hadis:
HR seluruh pengarang kitab Sunan* kecuali anNasa’iy (kitab alUsyrah:1/76), Imam Ahmad (Musnad: 5/3) dan alBaihaqee (1/199). Hasan menurut AlAlbani, sahih menurut alHakim , disepakati oleh azZahabi dan dikuatkan oleh Ibn Daqeeq al ‘Ied. AlBukhari membuat komentar akan hadis ini ketika mriwayatkan hadis Musa dan Ayub (no 279, kitab Ghusl) Menurutnya menutup aurat sepanjang masa itu lebih utama dan sempurna.
Juga komentar AlHafidz Ibn Hajar (Fat-hul Bari: 1/307)

* Disebut sebagai asyhab asSunan: Imam anNasa’iy, Termidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)