:salam
Minta jasa baik moderator utk terangkan permasalahan dibawah secepat mungkin.
Bolehkah kita meneruskan solat sunat tarawih di rumah sebyk 12 rakaat selepas kita menunaikan 8 rakaat di masjid? atau ia perlu dilakukan secara berterusan (tidak putus)?
Terima kasih byk atas pertolongan antum.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3114 : Solat sunat tarawih berterusan (Minta tolong.. u
Primary tabs
Tue, 18/11/2003 - 3:31pm
#1
SJ - 3114 : Solat sunat tarawih berterusan (Minta tolong.. u
Wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!
Anda boleh melakukan solat tarawih atau Qiam Ramadhan ini secara terputus sebagaimana soalan diatas. Diantara sebab-sebab yang membolehkan adalah :-
1. Solat Qiam Ramadhan hukumnya adalah sunat. Solat ini boleh dilakukan secara perseorangan dan bersendirian oleh kerana Nabi saw pernah melakukan begitu. Ulama' berpandangan bahawa lebih afdal jika Solat Qiam Ramadhan atau Tarawih ini dilakukan di masjid secara berjemaah. Menurut fatwa (fatwa no:7617) Al-Lajnah Al-Daaimah mengatakan bahawa :-
2. Solat Qiam Ramadhan mempunyai sifat 'Taraawiih', atau pun rehat-rehat didalamnya. Solat ini tidak perlu dilakukan berterusan. Mereka yang menunaikan Solat Qiam Ramadhan bolehlah melakukan 'break' diantara solat-solat ini.
3. Terdapat ikhtilaf dikalangan ulama mengenai bilangan rakaat didalam Solat Tarawih. Apa yang penting ialah kita lakukan solat dengan menyempurnakan rukun-rukunnya tanpa tergesa-gesa. Sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah :
Dengan berpandukan kepada kenyataan diatas, sdr boleh melakukan sebahagiannya di masjid dan meneruskannya dirumah, dan bolehlah menutup solat tersebut dengan melakukan witir. Akan tetapi yang lebih afdal ialah melakukan solat berjemaah di masjid. wallahu'alam.
wassalam
=============
Rujukan :
1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000. ms 198.
خيرالأمين