:salam
Ada beberapa persoalan yg ana musykilkan,
Mana yg lebih afdal!!!!!!
1. Membayar fitrah pd 1 syawal @ sebelum solah aidulfitri adalah sebaik-baiknya. Soalan ana, apakah di bolehkan ana membayarnya di luar khariah @ tempat bekerja ana. ( ana bekerja di Pulau Pinang dan menetap di Bukit Mertajam, dan bercadang utk pulang ke Ipoh pd petang akhir ramadhan)
2..Ayah ana telah dilantik utk menjadi amil di satu kaw. di Ipoh. So..apakah dibolehkan ana membayar fitrah ana & keluarga kpdnya.
3. Jika dibolehkan , bagaimana dgn nilai fitrah yg. berbeza di antara Ipoh dgn.Pulau Pinang.
Mohon penjelasan? Maaf sekiranya persoalan diatas telah ditanya.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3132 : Bayaran zakat fitrah
Primary tabs
Sat, 22/11/2003 - 3:01pm
#1
SJ - 3132 : Bayaran zakat fitrah
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan al-huda dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
1. Membayar zakat diluar bandar/kawasan tempat kerja seseorang itu atau dikenali sebagai memindahkan zakat keluar kawasan merupakan satu isu yang panjang diperbincangkan oleh ulama'. Ada ulama' mengatakan sangat makruh (makruh tanzih), ada yang melarangnya kecuali jika ada baki pengagihan, maka bolehlah dipindahkan. Dengan katalain, jika ada alasan-alasan tertentu, misalnya ada terdapat masyarakat yang sangat miskin ditempat lain (keperluan yg mendadak), maka ia dibenarkan. Pandangan ini disokong oleh beberada ulama' seperti Sheikh Muhammad Mustafa Al-Zarqa, Sheikh Jaafar Al-Tahawi, ulama'-ulama' Al-Lajnah Al-Daa'imah Saudi dan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Menurut Shiekh Al-Qaradhawi :-
2. Boleh membayar zakat al-fitr kepada amil yang kebetulannya ayah sdr. Amil akan bertindak sebagai wakil pihak pemerintah/berkuasa mengutip zakat. Ganjaran wang yang diberikan kepada amil adalah merupakan upah diatas kerjanya, dan bukan memberi zakat kepadanya. - [Al-Fiqh Al-islami -2/870]
3. Nilai zakat haruslah diambil dari tempat yang ia bekerja. Akan tetapi jika nilai ditempat lain yang dikeluarkan lebih tinggi nilainya dari tempat yang anda berkerja, bolehlah dikeluarkan untuk menyamai nilai disana. Moga Allah swt akan memberi ganjaran sedekah diatas lebihan tersebut.
wallahu'alam. wassalam
======
Rujukan :
1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fatawa Mu'aasyirah - I. cetakan ke 9. Kuwait : dar-Al-Qalam, 2001.
2. Sheikh Dr. Wahbah Al-Zuhaily.Al-Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh - 2. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fkr, 1989.
خيرالأمين