Saya ingin bertanya dengan merujuk kepada nada Azan P ramlee dalam filem sumpah semerah padi :
1. Adakah nada Azan sebegitu dibolehkan dilaungkan menyeru solat5 waktu ?
2. Apakah seharusnya Azan dilaungkan dgn Nada yg keras, sedih atau nada biasa..mana yg terbaik
:bazooka :ooo:
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alijimmm dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
1) Mungkin apa yang dimaksudkan oleh sdr alijimmm ialah hukum melagukan Azan. Ada dikalangan ulama' mengatakan bahawa melagukan azan itu hukumnya makruh.
Menurut Mazhab Syafie, disunatkan azan dengan menggunakan satu melodi, Mazhab Hanafi pula mengatakan melagukannya adalah baik asal tidak mengubah makna azan dan kedua-dua Mazhab Hanbali dan Maliki berpendapat bahawa melagukan azan itu makruh.
Menurut Zainuddin Al-Iraaqi :
Sheikh Ibn Utsaimin (Al-Sharh al-Mumti’, 2/62, 63), bekas Mufti Arab Saudi mengatakan bahawa terdapat 2 jenis muaazzin yang melakukan kesilapan didalam azan:-
a. Mulahhan [="#0000ff" size="4"](ÇáãáÍä) - seorang yang memperkenalan azan didalam bentuk melodi., seolah-olah ia sedang menyanyi. Azannya sah, tetapi makruh.
b. Malhuun [="#0000ff" size="4"](ÇáãáÍæä) - seorang yang melakukan kesalahan didalam bacaan (Al-Lahn - [="#0000ff" size="4"] ÇááÍä ). Jenis ini dibahagikan kepada 2. Jenis pertama ialah jika ia tidak mengubah makna Azan, maka Azannya sah tetapi makruh. Jenis yang kedua ialah, ia mengubah makna perkataan, seperti "Allaahu Akbar" menjadi "Allaahu Akbaar"[="#0000ff" size="4"](Çááå ÃßÈÇÑ ). Akbaar adalah jama' kepada Kabar[="#0000ff" size="4"]( ßóÈóÑ ) yang bermakna gendang. Atau ada juga yang menambahkan mad atau memanjang Alif pada perkataan Allah menjadi AAllah[="#0000ff" size="4"]( Âááå ), yang akan menjadikan ia ayat pertanyaan - "Apakah Allah?".
2) Didalam Al-Mudawwanah ada menyebut tentang makruhnya azan dengan suara yang beremosi, samaada seperti seorang yang terlalu gembira atau seseorang yang merasakan panik. Adalah mustahab bagi seorang muazzin mempunyai suara yang baik dan kuat. Ulama' mengatakan hukumnya makruh mengeluarkan suara yang tidak senang didengar dan juga kasar, atau pun menunjukkan suara yang terlalu sedih. Menurut Waliyuddin Al-Iraaqi (Tarh Al-Tathriib, 3/118-120) :-
Apa yang boleh kita rumuskan disini ialah, muazzin boleh memanjangkan bacaan vowel tanpa berlebih-lebihan. Muazzin hendaklah berhati-hati didalam memanjangkan bacaan kerana takut melakukan Al-Lahn atau kesilapan didalam grammer bahasa arab, malahan ada yang boleh mengubah makna dan boleh membawa kepada hukum haram. Wallahu'alam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Fatwa IslamOnline. [="#800000" size="3"]ãÇ Íßã ÇáÊØæíá Ýí ÇáÃÐÇä¿. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=17302
خيرالأمين