SJ- 3167 : Saf Kedua Bermula ditengah atau sebelah kanan?

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ- 3167 : Saf Kedua Bermula ditengah atau sebelah kanan?

assalamualaikum;
apakah ada hadis yang menyatakan untuk memulakan saf di barisan kedua hendaklah bermula dari sebelah kanan atau tengah. Diharap ustz dapat memberikan penjelasan.Jika ada seorang baru datang (masbuk) untuk memulakan saf kedua yang baru...adakah dia mesti bermula dari tengah dan mencuit orang dihadapan atau bermula dari sebelah kanan?...sekian wasalam :before

Re: Saf Kedua Bermula ditengah atau sebelah kanan?

:salam

Terdpt perbezaan pendpt mengenai hukum solat bersendiri. Ibn Taimiyyah, an-Nakh’iy, al-Hasan bin Shalih, Ishaq, Hammad. Ibn Abi laila dan Waqi’ mengatakan solat mereka yg solat menyendiri di belakang saf itu tidak sah. Ini juga pendpt Imam Ahmad. Dalil mereka:

Dari Ali bin Syaiban bahawasanya Rasulullah saw pernah melihat seorang lelaki solat menyendiri di belakang saf. Setelah ia selesai solatnya beliau berkata kpdnya, “Ulang kembali solatmu, tiada solat bagi org yg menyendiri di belakang saf.”[HR Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibn Majah]

Imam mazhab tiga yg lain berpenpdt bhw solat org tersebut sah tapi makruh. Menyedari kewajipan saf itu serta hadis di atas yg jelas maknanya, maka pendpt yg rajih ialah tidak sah solatnya. Inilah pendpt Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fatawa Muasirah. Ini disokong pula oleh hadis berikut:

“Luruskanlah barisan kalian, kerana kelurusan barisan termasuk kesempurnaan solat….”[HR Bukhari dan Muslim]

Perlu diingatkan, hukum tidak sah solat ini berlaku jika tiada uzur atau tiada sebab kukuh org itu solat menyendiri. Sekiranya terdapat sebab dan keuzuran spt saf telah penuh, solatnya sah. Namun, terdapat sebahagian ulama’ yg berpendapat, org tersebut perlu menarik makmum agar menemaninya dibelakang. Akan ttp sebhgn ulama’ yg lain berpendapat, menarik org kebelakang itu adalah perbuatan yg zalim. Pendpt yg rajih ialah tidak ditarik makum itu krn semua hadis yg menyuruh kpd ini adalah dhaif.

Kesimpulannya, apabila seseorang yg datang kemudian mendapati saf telahpun penuh, hendaklah dia memulakan saf baru ditengah(yakni dibelakang imam) tanpa mengganggu makmum lain.

:salam

Rujukan

Fatawa Muasirah(Fatawa Muttahkhir)
Dr Yusuf al-Qaradhawi

Koleksi Hadis2 Hukum 4
TM Hasbi

Fathul Bari
Ibn Hajar al-Asqalani

SJ-2263: Duduk saf belakang - tiada pahala jemaah

Re: Saf Kedua Bermula ditengah atau sebelah kanan?

:salam

Jazakallah khair kepada Syeikh

Sekadar penambahan.

[="#000080" size="3"]
Úä ÇÈä ÚÈÇÓ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ ÞÇá: ÞãÊ áíáÉ ÇÕáí Úä íÓÇÑ ÇáäÈí Õáí Çááå Úáíå æÓáã ÝÃÎÐ ÈíÏí ÃæÈÚÖÏí ÍÊì ÃÞÇ ãäí Úä íãíäå. æÞÇá:ÈíÏå ãä æÑÇÆí

Dari Ibn Abbas R.A, dia berkata, “Aku berdiri suatu malam di samping kiri Nabi S.A.W, maka beliau memegang tanganku hingga menempatkanku di bhgn kanannya.” Katanya lagi, “Beliau melakukan dgn tangannya dari belakangku.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibn Hajar memberi komentarnya terhadap hadith ini:
Sikap Imam bukhari mendapat tanggapan dari sisi lain, iaitu hadith di atas membicarakan makmum yang terdiri hanya seorang. Adapun makmum yang berjumlah banyak, maka tidak ada dalil pada hadith ini tentang keutamaan bahagian kanan masjid. Spt Imam bukhari turut menyertakan riwayat yang dinukilkan oleh An-nasa’ie dgn sanad yang sahih dari Al-Barra’, dia berkata:

[="#000080" size="3"]
ßäÇ ÅÐÇÕáíäÇ ÎáÝ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇÎíäÇ Çä äßæä ÎáÝå

“Biasanya apabila kami bersolat di belakang Nabi S.A.W, maka kami berada di bahagian kanan.”

Dalam riwayat Abu Dawud dgn sanad hasan dari Aisyah, dari Nabi S.A.W:

[="#000080" size="3"]
Çä Çááå æãáÇÆßÊå íÕáæä Úáì ãíÇ ãä ÇáÕÝæÝ

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat bersalawat kpd orang yang berada di bhgn kanan shaf.”

Manakala, Wahbah Az-Zuhaili dlm kitabnya, ÇáÝÞå ÇáÅÓáÇãí æÃÏáÊå:
“Adalah mustahab makmum mendapatkan tempat di sebelah kanan imam berdasarkan apa yang diriwayat oleh Imam Muslim dari Al-Burra’:

[="#000080" size="3"]
.ßÇä íÚÍÈäÇ Úä íãíä ÑÓæá Çááå Õáí Úáíå æÓáã: áÃäå ßÇä íÈÏà Èãä Úä íãíäå¡ ÝíÓáã Úáíå

“Berada di sebelah kanan Rasulullah S.A.W menyukakan kami, kerana baginda memulai dgn orang yg sebelah kanannya lalu memberi salam kpdnya.”

Kesimpulan: Tidak ada dalil yang kukuh tentang keafdhalan memulakan pada sebelah kanan ataupun tengah. Dalil2 yang dikemukakan di atas hanyalah kelebihan saf pada sebelah kanan. Oleh yang demikian, saf sebelah kanan imam adalah lebih afdhal.

Rujukan:
1. "ÇáÍÇÝÙ ÇÈä ÍÌÑ ÇáÚÓÞáÇ äí:" ÝÊÍ ÇáÈÇÑí ÔÑÍ ÕÍíÍ ÇáÈÎÑí
2. Wahbah Az-Zuhaili, ÇáÝÞå ÇáÅÓáÇãí æÃÏáÊå

Re: Saf Kedua Bermula ditengah atau sebelah kanan?

tambahan

'The Permanent Committee for Islamic Research and Fataawa' pernah ditanyakan samada memulakan saf di tgh ataupun hujung kanan. Mereka menjawab bhw saf itu hedaklah dimulakan di tgh dan kemudian dipenuhkan kanan dan kirinya. Bukan dgn memulakan dihujung kanan dan dipenuhkan kirinya.

Saya sependpt dgn fatwa di atas, hanya saja mulakan saf dibelakang imam ttp kanan sedikit. bukannya hujung kanan. Dan sekiranya saf kanan didapati lebih panjang, itu tidaklah mengapa. Sptmana yg diberikan dalil oleh Ustaz Zayed. WA.

:wassalam

RUJUKAN

Fatwa Islamiyyah Jil 2
Fatwa by The Permanent Committee

Re: SJ - 3167 : Saf Kedua Bermula ditengah atau sebelah kana

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. JKK kepada ustaz Gayat dan Ustaz Zayed diatas penjelasan yang baik. Apa yang boleh kita simpulkan mengenai diskusi diatas ialah :

1. Jika saf dihadapan kita telah penuh, kita dilarang mencuit makmum yg bersolat dihadapan kita.

2. Jika hanya kita sahaja seorang didalam saf yang baru itu, maka:-
a. hendaklah kita menunggu seorang lagi makmum bagi memulakan saf baru ([="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ æÌÏ ÇáãÕáí ÇáÕÝ ãßÊãáÇ ÝÅäå íäÊÙÑ ÍÊì íÃÊí ãä íÕÇÝå- Fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah KSA, 8/706), atau
b. jika terdapat barisan kanak-kanak muma'iz [="#0000ff" size="3"](ÇáÕÈíÇä ÝÅä ßÇäæÇ ããíÒíä ÝãÕÇÝÊåã), bolehlah kita bersolat bersama mereka (Fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah KSA, 8/706), atau
c. menurut Ibn Taimiyah jika dikhuatiri akan kehilangan waktu, hendaklah kita terus solat didalam saf tersebut walaupun berseorangan sebagaimana dalilnya didalam Al-Quran surah al-Taghaabun 64:16. Solat itu sah menurut Ibn Taimiyyah.

3. Kedudukan makmum didalam saf baru tersebut, sebaik-baiknya bermula dibelakang Imam, dan bukanlah dihujung kanan, atau dihujung kirinya. Penjelasan ini telah dinyatakan didalam Fatwa Al-Lajnah Al-Daaimah KSA, didalam Fataawa Islamiyyah (1/223) :-

[="#0000ff" size="3"]íÈÏà ÇáÕÝ ÇáÃæá Ýí ÇáÕáÇÉ ãä ÎáÝ ÇáÅãÇã ããÊÏÇð Åáì Çáíãíä æÅáì ÇáÔãÇá áÇ ãä ÃÞÕì Çáíãíä ßãÇ Ýí ÇáÓÄÇá æåßÐÇ ÇáÕÝ ÇáËÇäí ÝãÇ ÈÚÏå .
"Barisan pertama bermula dibelakang Imam, memanjang kekiri dan kekanan, bukanlah di hujung kanan sebagaimana yg ditanya didalam soalan., dan begitulah seterusnya pada saf kedua dan yg seterusnya".

wallahu'alam, wassalam.

خيرالأمين