Assalamualaikum,
Merujuk pada SJ-3185 Mufarakah Lagi, saya nak tau bagaimanakah kaedah kita nak keluar dari saf, maksudnya selepas kita dah habiskan solat sedangkan jemaah lain masih bersama imam yang baca panjang tadi. (Kita pula ada hal mustahak - yang diharuskan bermufarakah). Katakan kita di saf tengah-tengah iaitu keliling kita depan belakang kiri kanan ada orang. Tak pe ke kalau kita lintas saja atau kuak-kuak orang didepan atau belakang kita untuk membolehkan kita keluar. Rasa-rasa pernah baca dalam soal jawab feqah al-ahkam tak boleh lintas depan orang solat.
JKK
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr abunabil dengan kadar kemampuan yg ada, Insyaallah.
Mufaaraqah dibenarkan didalam solat kerana makmum mempunyai alasan-alasan tertentu, contohnya seperti Imam membaca terlalu lama dan makmum mempunyai hal yg penting, makmum takut tertinggal kenderaan (jika bersolat di R&R) dsb, ataupun Imam melakukan sesalahan yg besar eg: Lahn ; kesalahan bacaan yg mengubah makna. Mereka yg bermufaaraqah itu setelah menyelesaikan solat secara bersendirian terpaksa keluar dari saf jemaah yg belum selesai bersolat bersama Imam. Bolehkan orang yg bermufaaraqah ini melintas dihadapam mereka yg sedang bersolat jemaah??
Memang benar, pada hukumnya tidak boleh melintasi dihadapan seseorang yang sedang bersolat. Diriwayatkan dari Abdullah ibn al-Saamit bahawa abu Dzar berkata :
Namum demikian, para fuqaha' berpendapat bahawa hukum ini hanya benar pada mereka yang bersolat bersendirian, dan bukan didalam jemaah. Adalah menjadi kesalahan melintasi orang yg sedang bersolat bersendirian dihadapannya. Dalil kenyataan ini dari Abdullah bin Abbas berkata :
Ibn Al-Baar didalam al-Tamheed (4/187) mengatakan bahawa hadith dari Abdullah ibn Abbas menunjukkan jika bersolat jemaah, kita tidak perlu menahan atau menolak seseorang yang melintasi dihadapan kita. Menurut beliau, amalan menahan atau menolak sesiapa yg melintasi seseorang yang sedang bersolat hanya diaplikasikan keatas seseorang yg bersolat bersendirian.
Ada juga dikalangan ulama' membenarkan hanya jika terdapat sesuatu hal yg tertentu (bukan dengan sengaja). Menurut Dr Rifa'at Fawzi :-
Bagi kes yang sdr abunabil sebutkan diatas, contohnya seseorang itu melakukan mufaaqarah kerana takut tertinggal bas sewakutu bersolat di R&R, maka diperbolehkan melintasi jemaah yg sedang bersolat bersama Imam. wallahu'alam.
wassalam
Rujukan :
=============
1. Dr Rifa'at Fawzi . [="#800000" size="3"]ÇáãÑæÑ Èíä íÏí ÇáãÕáíä áÖÑæÑÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=40383
خيرالأمين