Seorang lelaki telah berkata, hukum menutup rambut bagi wanita hanyalah sunat, bukannya wajib. Dia minta dibuktikan hukumnya dalam Al-Quran serta balasan yang dijanjikan Allah SWT jika ada. Dia juga berkata zina yang ikhlas dengan niat memang akan berkahwin tidak salah kerana Allah maha mengetahui. Lagipun kahwin itu hanya syarat untuk memaklumkan kepada masyarakat supaya anak yang lahir jelas keturunannya dan ada ibubapa yang bertanggungjawab. Disebabkan itulah, pasangan kafir yang memeluk Islam tidak perlu nikah semula kerana perkahwinan dalam agama mereka dahulu adalah sah. Adakah lelaki yang berkata sedemikian murtad? Jika telah berkahwin, bagaimana hubungan dengan isterinya?
Sumber Rujukan Islam Anda..
Jawab:
Belum murtad lagi. Seperti yg kita jelaskan pada siri SJ-3210. Pengucapan memerlukan ilmu utk membedzakan ucapan yg sedar atau kerana jahil. Maksudnya jika dia mengucapkan perkataan yg blasphemous (yg ada unsur murtad), maka hendaklah dijelaskan kepadanya dgn jelas. Jika dia masih menolak dgn ilmu dan niat utk keluar dari Islam, maka barulah jatuh murtad.
Untuk menjawab kebodohannya itu memerlukan seorang ustaz yg mengemukakan dalil2 alQur:an, Sunnah dan ijma' serta Qias.
Ungkapan pertama: menutup rambut bagi wanita adalah sunat. Telah dijelaskan sebelum ini, antara ayat yg jelas ialah AQ 24: 31 dan AQ 33: 59, berdasarkan asSunnah, ijma' para ulama' seluruhnya.
Ungkapan kedua: Zina yg ikhlas adalah harus adalah ungkapan riddah dan batil yg keluar dari mulut orang yg anti-agama di barat yg dikenali dgn Hedonisme. Kalimah ikhlas dalam islam ialah bermaksud ta'at kepada syari'at agama. Bila seorang Islam melanggar syari'at dan mendakwa dia ikhlas, maka itu adalah ungkapan yg berunsur sendaan.
Islam adalah satu-satunya agama samawi yg masih mempertahankan institusi perkahwinan dan tetap mengharamkan zina dengan apa jua alasan sekalipun. Ungkapan ini memerlukan tindakan dari pihak penguasa Muslim, yg memintanya bertaubat dan jika enggan, maka hendaklah dibunuh kerana zindiknya. Alasan ini adalah batil, misalnya pada kesempatan yg lain dia akan mendakwa dia mencuri kerana ikhlas utk membantu orang miskin (spt Robin Hood). Dia juga akan merompak bank kerana ikhlas membantu tabung palestine. Jika boleh dakwah, nasihati dia, jika tidak jauhilah dari kejahatan perkataannya yg batil lagi rosak. WA