SJ - 3216: [Z+G] Emas putih

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3216: [Z+G] Emas putih

:salam

Apa hukum seorang lelaki pakai emas putih :haaa

Re: emas putih

:salam

Kalau tgk dalam archive yg dijawab oleh Syeikh Kami THTL, mengatakan bahawa emas putih dan platinum tidak haram kerana ia tidak wujud zaman nabi. Tetapi kita perlu jelas perbezaan antara emas dan platinum.

1. Emas (kuning)
Nombor Atom 79. Nama saintifik "AURUM" dgn Lambang "Au", dari Periodic Table of Element termasuk Unsur Periode 6, Golongan I B. Merupakan logam paling berharga sejak zaman dulu sampai zaman sekarang. Dari semua elemen / unsur material lain, emas murni merupakan unsur yg paling indah. Bersifat metalik, umumnya berwarna kuning cemerlang. Merupakan logam yg "lunak", konduktor panas dan electric yg baik, dan tidak menurun kualitinya akibat pengaruh udara air, dan kebanyakan bahan kimia. (Dibanding besi atau logam lain yg penampakannya lebih buruk dan terkorosi akibat udara, air atau bahan kimia).
http://pearl1.lanl.gov/periodic/elements/79.html

2. Platinum atau sering disebut "Emas Putih".
Nombor Atom 78. Nama saintifik "PLATINUM" dgn Lambang "Pt", dari Periodic Table of Element termasuk Unsur Periode 6, Golongan VIII B.

Dikatakan ditemukan sejak tahun 1735 dan 1741. Dari segi penampakan luar mempunyai keindahan yg menyerupai emas, Indah, bersifat metalik, merupakan logam "lunak", relatif tidak turun kualitinya akibat pengaruh udara dan temperature. http://pearl1.lanl.gov/periodic/elements/78.html

Namun disana, terdapat emas yg berwarna putih kerana campuran logam (18k, 14k dan 10k). Lihat URL ini:
http://www.atlasdiamond.com/gold/

Re: emas putih

:salam

Tidak berapa dulu, saya ada melakukan sedikit research mengenai hukum emas putih ini. Dari kajian saya, saya dapati ulama' khilaf dalam menentukan hukumnya. Ini krn emas putih ini tidak wujud pada zaman Rasulullah saw. Di samping itu, informasi yg kurang berkaitan logam emas putih ini, menjadikan hukumnya tidak jelas.

Dari Islamonline sendiri, terdapat 2 pendapat yg berbeza. Satu mengharuskannya dan satu lagi mengharamkannya. Yg mengharuskannya adalah krn tidak terdapat dalil yg khusus menyentuh perihal emas putih ini. Maka ia didiamkan syara'. Maka berbalik ia kepada hukum asal iaitu mubah(harus). Mereka yg mengharamkan pula mengqiaskan kpd dalil keharaman emas tulin yg qath'i. Lihat penernangan ust THTL di URL ini: SJ-1952: Fatwa tentang pemakaian "white gold" oleh orang lelaki

Jika dilihat atas dasar ini sahaja, maka pendapat yg rajih, adalah harus hukumnya. Krn mengqiaskan semata2 krn nama adalah tidak tepat. Jika diterima qias ini, maka root beer itu adalah haram krn diqiaskan kpd beer.

Namun, kita perlu juga meneliti isi ataupun mixture logam yang ada di dalam emas putih itu sendiri. Setelah meneliti dan membuat sedikit pembacaan, disertakan pula dgn url yg diutarakan oleh Sheikh

, kita dapati terdapat campuran emas tulin di dalam emas putih itu sendiri. Oleh krn itu, kita perlu meneliti hukum emas putih itu dari skop yg lain pula iaitu campuran emas tulin itu sendiri. Spt yg diketahui, ulama' berbeza pendpt mengenai hukum emas tulin yg dicamputr dgn logam yang lain.
Utk mengikuti hukum emas campuran ini sila ke URL berikut: SJ – 2230 : HUKUM MEMAKAI CINCIN ZHULIAN , EMAS, PERAK & BESI

Seperti yg diketahui, emas tulin diberikan grading spt 18kt, 23kt n etc. Emas yg betul2 tulin adalah 24 kt. Begitu jugalah emas putih. Ia juga di-grade-kan bergantung kpd campuran emas tulin, spt terdapat dalam URL yg diberikan oleh

iaitu: http://www.atlasdiamond.com/gold/

Dgn kata mudah, merujuk kpd penerangan ust Pendekar mengenai hukum keharusan logam yg kandungan emas tulinnya 50%, grade emas putih yg dibenarkan oleh lelaki ialah 12 kt ke bawah. Krn 12 kt itu adalah separuh dari 24 kt, menjadikan kandungan emas tulinnya ialah 50%.

sekian. WA.

:wassalam

Re: SJ - 3216: Emas putih

:wassalam
Tas-hih dan Tambahan
Jika si lelaki itu pakai barang kemas menyerupai perempuan spt memakai rantai leher emas putih atau anting-anting dari emas putih, maka lelaki itu adalah dilaknat kerana menyerupai perempuan. HR alBukhari, RasuluLlah saw melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan sebaliknya." (10/274) WA