:salam ikhwah semua..
1) Bagaimanakah ibadah ahli kitab sesudah berkahwin dengan seorang Muslim. cth Yasser Arafat
2) Adakah Kristian di Malaysia merupakan ahli kitab
jazakumullah...
:wassalam
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam ikhwah semua..
1) Bagaimanakah ibadah ahli kitab sesudah berkahwin dengan seorang Muslim. cth Yasser Arafat
2) Adakah Kristian di Malaysia merupakan ahli kitab
jazakumullah...
:wassalam
:salam
Artiket perihal Ahli kitab ini di petik dari Artikel Al Fadhil Ustaz Pendekar, semoga boleh dijadikan panduan...terima kasih kepada Al Ahkam.
Ahlul Kitab adalah golongan Yahudi dan Kristian . Adapun golongan Majusi , penyembah alam dan selain mereka TIDAKLAH DIANGGAP sebagai ahlul kitab walaupun khabarnya mereka juga pernah beriman dengan Nabi a.s dan pernah juga diberikan kitab / suhuf daripada langit .
Walaupun umat Islam memiliki kitab iaitu Al-Quranul Karim yang didatangkan juga daripada Allah Ta’ala , akan tetapi orang-orang Islam itu sendiri TIDAKLAH DIGELAR sebagai Ahlul Kitab . Ini disebabkan gelaran MUSLIMIN / MUSLIMUN itu sendiri sudah cukup menunjukkan bahawa umat Islam itu adalah orang yang menyerah diri mereka kepada Allah Ta’ala , yang beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan beriman dengan Al-Quranul Karim .
***************************
BEBERAPA MASALAH BERKAITAN TOPIK INI :
A – “ Ahlul Kitab sudah tidak wujud lagi sekarang sebab Yahudi dan Kristian sekarang bukanlah beriman dengan Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s dan tidak pula mereka beriman dengan Injil yang pernah diturunkan kepada Nabi Isa a.s , bahkan mereka ini beriman dengan Taurat palsu dan Injil palsu yang telah pun diselewengkan oleh para pendita mereka . Oleh kerana Taurat dan Injil yang asli sudah tiada lagi , maka tiadalah lagi Ahlul Kitab yang sebenar “ .
PENJELASAN KITA :
Kata-kata di atas sebenarnya lahir daripada mereka yang terkeliru dan tidak berapa memahami istilah Ahlul Kitab itu sendiri . Kita mesti faham , apabila kita menggelarkan Yahudi dan Kristian itu sebagai “ Ahlul Kitab “ maka ini bermakna :
{ a } ~ Kita juga menganggap bahawa Yahudi dan Kristian adalah KAFIR . Kerana kalau mereka tidak kafir sudah tentulah mereka itu muslimin .
{ b } ~ Ahlul Kitab itu sendiri bermakna golongan yang KAFIR yang terdiri drp golongan Yahudi dan Kristian . Lantaran itulah umat Islam tidak tidak digelar sebagai Ahlul Kitab walaupun mereka mempunyai kitab disebabkan Ahlul Kitab itu adalah gelaran khas untuk Yahudi dan Kristian sahaja ( menurut pandangan majoriti ulama’ rh ) .
{ c } ~ Golongan Kafir itu sendiri ada berbagai jenis . Ada yang digelar sebagai Ahlul Kitab ( iaitu Yahudi dan Kristian ) , ada yang dipanggil Majusi ( Golongan penyembah api seperti pengikut Zoaraster dan Hindu ) , ada yang dipanggil sebagai “ Al-Wastaniyin “ ( iaitu penyembah berhala-berhala dan patung-patung ) , ada yang dipanggil “ Ad-Dahriyun “ ( seperti golongan Komunis , Atheis dan Marxisme ) , ada yang dipanggil Kafir daripada golongan falsafah dan ada pula yang digelar sebagai “ Murtaddin “ ( iaitu mereka yang keluar daripada agama Islam ) .
Kafir itu adalah nama am yang ada dibawahnya meliputi berbagai jenis kumpulan lagi . Dan Ahlul Kitab itu sendiri termasuk di bawah kumpulan yang disebut sebagai KAFIR itu .
{ d } ~ Kalau ada daripada kalangan Yahudi dan Kristian yang beriman dengan agama dan kitab sebenar yang asli yang dibawa oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s maka ini bermakna mereka itu BUKANLAH AHLUL KITAB sebab agama dan kitab yang asli yang dibawa oleh kedua-dua Nabi a.s itu adalah agama ISLAM .
{ e } ~ Injil dan ajaran Nabi Isa s.a itu sendiri telah berubah dan diselewengkan sejak 30 tahun selepas ketiadaan Nabi Isa a.s . Dan jarak masa di antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Isa a.s adalah lebih 500 tahun ( disebabkan Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 20 @ 22 April , tahun 571 masehi ) . Ini bermakna kalau selepas 30 tahun ketiadaan Nabi Isa a.s Kitab Injil telah berubah , maka apatah lagi di zaman munculnya Baginda Rasulullah s.a.w ? .
Ertinya : Injil yang ada di zaman Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah berubah dan menyeleweng . Akan tetapi walaupun ianya telah berubah dan menyeleweng sebagaimana juga dengan agama Yahudi dan Kristian , Allah Ta’ala tetap memanggil mereka di dalam Al-Quranul Karim dengan “ YA AHLAL KITAB …… “ ( Wahai Ahli Kitab ! ) .
Ini bermakna Yahudi dan Kristian itu sendiri memang telah pun dipanggil Ahlul Kitab sejak zaman Baginda Rasulullah s.a.w . Dan panggilan “ Ahlul Kitab “ itu sendiri adalah bukti mereka adalah umat yang telah menyeleweng daripada ajaran-ajaran kitab-kitab yang asli . Sebab kalau mereka itu tidak menyeleweng sudah tentulah mereka itu beriman . Dan kalaulah mereka beriman sudah tentulah Allah Ta’ala akan memanggil mereka di dalam Al-Quranul Karim dengan : “ YA AIYUHAL LADZINA AMANU … ! “ ( Wahai orang-orang yang beriman ! ) , namun panggilan ini hanya khas untuk umat Islam yang beriman dengan kerasulan Baginda Rasulullah s.a.w !!! .
{ f } ~ Dakwaan “ Tidak boleh memanggil Yahudi dan Kristian itu sebagai Ahlul Kitab kerana kitab-kitab mereka sudah tidak asli dan menyeleweng “ adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas .
Kita dah nyatakan di atas , Yahudi dan Kristian sudah terlalu lama menyeleweng dan sesat termasuklah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Akan tetapi Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w tetap memanggil mereka sebagai “ Ahlul Kitab “ .
***************************
B ~ “ Bagaimana boleh dianggap Yahudi dan Kristian itu Ahlul Kitab walhal mereka itu sendiri telah mensyirikkan Allah Ta’ala sebab Yahudi kata ‘Uzair adalah anak Tuhan dan Kristian pula berkata Jesus Christ adalah anak Tuhan . Sepatutnya Yahudi dan Kristian ini dipanggil MUSYRIKIN , bukannya AHLUL KITAB ! “ .
PENJELASAN KAMI :
Kita telah pun menjelaskan bahawa semua kumpulan dan golongan yang bukan Islam ini bermakna mereka adalah KAFIR dan di bawah nama KAFIR ini sendiri ada banyak jenisnya termasuklah kaum musyrikin .
Ya ! , memang benar dari satu segi Yahudi dan Kristian itu memang benar-benar telah menyekutukan ( syirik ) Allah Ta’ala disebabkan kata-kata mereka yang durjana itu ! .
Akan tetapi kalau kita memerhatikan uslub ( gaya ) bahasa Al-Quranul Karim sendiri kita akan temui :
{ a } – Tatkala Allah Ta’ala tujukan firman-Nya kepada semua manusia , maka Allah Ta’ala akan memanggil dengan : “ YA AIYU HANNAS ! “ ( Wahai semua manusia ! ) .
{ b } ~ Tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya khas untuk umat Islam maka Allah Ta’ala akan memanggil kita dengan panggilan : “ YA AIYUHAL LADZINA AMANU ! “ ( Wahai semua orang beriman ! ) .
{ c } ~ Tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya kepada Yahudi dan Kristian , Allah Ta’ala akan memanggil mereka dengan : “ YA AHLAL KITAB ! “ ( Wahai Ahli Kitab ! ) .
{ d } ~ Dan tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya kepada golongan Kafir selain Yahudi dan Kristian di atas , Allah Ta’ala memanggil mereka dengan : “ YA AIYUHAL KAFIRUN ! “ ( Wahai orang-orang kafir ! ) .
Memanglah Yahudi dan Kristian itu KAFIR , tidak syak lagi .
Memanglah Yahudi dan Kristian itu MENSYIRIKKAN ALLAH TA’ALA , akan tetapi walaupun mereka syirik kita tidak menemui sebarang ayat Al-Quranul Karim yang memanggil mereka sebagai “ Musyrikin / Musyrikun “ .
Ini menunjukkan walaupun Yahudi dan Kristian itu sendiri melakukan kerja syirik dan menjadi kafir , akan tetapi mereka sendiri ada kedudukan tersendiri menurut pandangan Islam dan mereka juga ada panggilan khusus iaitu AHLUL KITAB ! .
Samalah dengan orang-orang Islam . Apakah tidak ada di kalangan umat Islam yang menjadi ahli nujum dan dukun yang syirik kepada Allah Ta’ala ? .
Apakah tidak ada umat Islam yang menyekutukan Allah Ta’ala dengan menganut juga berbagai fahaman yang boleh menyebabkan mereka menjadi syirik seperti memohon hajat di kuburan-kuburan , memanggil hantu-setan dan jin untuk diminta bantuan ghaib , memuliakan pokok dan busut jantan !? .
Apakah tiada umat Islam yang menjadi murtad disebabkan turut menganut ideologi Sekularisme dan Komunisme !? .
Ada , memang ada umat Islam yang menjadi syirik dan murtad .
Tapi mereka tidak pula dipanggil sebagai MUSYRIKIN ataupun AHLUL KITAB ! .
Maka begitulah dengan Yahudi dan Kristian , walaupun mereka itu ada yang melakukan kerja syirik dan sesat lagi murtad akan tetapi mereka tidak dipanggil di dalam Al-Quranul Karim sebagai MUSYRIKUN ataupun KAFIRUN , tetapi dipanggil sebagai AHLUL KITAB .
Sila pelajari lagi masalah ini menerusi :
AHKAM ADZ-ZIMMIYIN WAL MUSTA’MININ
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Abdul Karim Zaidan ( ha )
Fasal 1 , halaman 10 – seterusnya
Terbitan : Muassasah ar-Risalah , Beirut
FATAWA MU’ASIRAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Jilid 3 , halaman 1169 – 240 ( tumpukan secara khusus di halaman 171 – 174 ) .
Terbitan : Darul Qalam Lin Nasyr Wat Tauzie’ , Kaherah
MAUQIFUL ISLAM al-‘AQADIY MINAL KUFR al-YAHUD WAN NASORO
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Baca semua halaman dan fokuskan pada halaman 35 dan 60
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah
FI FIQH al-AQALLIYAT al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 91 – 104
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah
AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 163 – 165
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah [ Edisi 2002 ]
HALAL DAN HARAM DALAM PANDANGAN ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Terjemahan : Al-Ustadz Muammal Hamidy ( rh )
Halaman : 95 & 267
Terbitan : PT Bina Ilmu , Surabaya [ Edisi Lengkap / Cetakan ketiga 1978 ]
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/
GHAIRUL MUSLIMIN FIL MUJTAMA’ al-ISLAMIY
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 6 – 7
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah [ Edisi 1992 ]
KATA-BERJAWAB 1-5
Oleh : Almarhum Ustadz A. Qadir Hasan ( rh )
Halaman : 3972 & 411
***************************
C ~ “ Memanglah kita boleh makan sembelihan dan menikahi wanita-wanita Ahlul Kitab , akan tetapi syaratnya Ahlul Kitab itu mestilah sudah memeluk Islam “ .
PENJELASAN KAMI :
Kalau Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka apalah guna lagi dipanggil mereka itu sebagai Ahlul Kitab !? . Tidakkah ini lebih menimbulkan kehairanan !? .
Jika Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka mereka secara automatik dipanggil sebagai MUSLIMIN bukannya AHLUL KITAB . Jadi untuk apa lagi disyaratkan lagi mereka mestilah Islam !? .
Kalau wanita-wanita Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka mereka tidak lagi dipanggil sebagai KITABIYAH / KITABIYAT tetapi mereka akan dipanggil pula sebagai MUSLIMAH / MUSLIMAT ! .
Kami tidak pernah pun berjumpa dengan mana-mana keterangan yang kuat ( sepanjang pengetahuan kami ) , sama ada hadist-hadist sahih ataupun fatwa-fatwa ulama’ rh yang muktabar yang meletakkan syarat seperti di atas . Kalau ada cubalah ditunjukkan kepada kami , mudah-mudahan kami boleh menukar pendirian kami ini dan menjadi lebih terpimpin ! .
Setakat kata-kata tok guru itu dan tok guru ini maka itu bukanlah hujah muktamad , apatah lagi kami sendiri telah membawa sejumlah dalil-dalil daripada Al-Quranul Karim , Hadist-Hadist , Fatwa-Fatwa dan pandangan-pandangan ulama’ muktabar yang mengatakan bahawa AHLUL KITAB ITU MASIH WUJUD LAGI DAN MEREKA ITU MEMANGLAH KAFIR ! .
KESIMPULAN TERAKHIR :
Jelas sudah kepada kita bahwa Ahlul Kitab itu masih wujud lagi dan mereka ialah para pengikut agama Yahudi dan Kristian . Dan gelaran “ Ahlul Kitab “ ini sama-sekali TIDAK MENUNJUKKAN bahawa Yahudi dan Kristian itu adalah orang-orang yang beriman tetapi ia lebih menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang engkar ( kafir ) dan terkeluar daripada agama yang benar ( murtad ) .
Para pengikut dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s yang asli dan yang sebenar BUKANLAH AHLUL KITAB tetapi mereka adalah orang-orang Islam yang beriman dengan Allah Ta’ala dan memeluk Islam di tangan Para Anbiya’ a.s yang sezaman dengan mereka .
Oleh itu para pengikut Nabi Ibrahim a.s BUKANLAH Ahlul Kitab, bahkan mereka adalah MUSLIMIN .
Para pengikut Nabi Musa a.s dan Taurat yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab, bahkan mereka adalah MUSLIMIN .
Para Pengikut Nabi Daud a.s dan Zabur yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab , bahkan merekalah MUSLIMIN .
Para Pengikut Nabi Isa a.s ( Al-Hawariyun ) yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab , bahkan mereka juga adalah MUSLIMIN .
Muslimin bukanlah Ahlul Kitab ! .
Ahlul Kitab juga bukanlah Muslimin ! .
Ini disebabkan Ahlul Kitab itu adalah KAFIR ( non-muslims ) ! .
Disebabkan mereka adalah BUKAN ISLAM , maka kita MENGKAFIRKAN mereka ! .
Ahlul Kitab juga biasa digelar sebagai “ al-Kitabiy “ , “ al-Kitabiyah “ . “ al-Kitabiyun “ , “ al-Kitabiyin “ , “ The People of the book “ dan “ The People of the Scripture “ .
Sila pelajari lagi mengenai hal ini menerusi :
SJ - 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ' ( A.S )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7824
SJ - 1843 : PERBEZAAN DI ANTARA SUHUF DGN KITAB
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8034
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì Âáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
Sebahagian besar daripada bahan rujukan dan saranan pembacaan telah pun dinyatakan di atas . Di sini sebagai tambahan demi menambah lagi kefahaman kita bersama :
PEOPLE OF THE BOOK ( THE CHOICE , VOL 1 & 2 )
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Ahmed Deedat ( ha )
Terbitan : Darul Manarah , El-Mansoora , Egypt
SABA Islamic Media Malaysia pun turut sama menerbitkan buku ini .
KAMUS PENGETAHUAN ISLAM
Oleh : ( Datuk ) Hj. Dusuki Hj. Ahmad
Halaman 21
Terbitan : YADIM [ Edisi 1976 ]
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SU – 00104 : AHLUL KITAB , KRISTIAN MALAYSIA & YASEER ARAFAT
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara ateed yang bertanya . Dan Terima Kasih tidak terhingga kepada Al-Fadhil Saudara Semutapi yang banyak menolong kami “ melegakan “ penantian sidang penyoal yang menunggu-nunggu jawapan daripada meja para panelis Al-Ahkam Online .
Soalan berkenaan “ Ahlul Kitab “ @ “ Ahli Kitab “ merupakan soalan yang paling TOP 10 yang selalu diajukan kepada al-Ahkam Online semenjak ianya wujud di alam siber . ( Soalan lain yang termasuk TOP 10 ialah Masalah Jamak-Qosar , Bid’ah , Wahabi , Syiah , Aurat , Tabarruj , Muzik , Permasalahan Taqlid-Talfiq-Ittiba’-Ijtihad-al~Fiqh al-Muqoran , Riba , Zakat Pendapatan dan sebagainya ) .
Oleh itu kami menganggap ini sebagai SU ( Soalan Ulangan ) sahaja dan juga sebagai pelajaran ulangan .
Secara ringkasnya begini wahai saudara jawapan kami untuk 2 soalan diatas ;
1 ~ Wanita-Wanita Ahlul Kitab ( Kristian & Yahudi ) yang dinikahi oleh lelaki muslim MASIH BEBAS untuk menunaikan ibadat mereka . Jika mereka hendak ke Gereja Kristian pada hari Ahad , ataupun ke Haikal ( Biara ) Yahudi pada Hari Sabtu , maka itu memanglah hak mereka dan ini tidak boleh dihalang oleh suaminya yang beragama Islam .
Apalah gunanya dibenarkan berkahwin dengan wanita – wanita Ahlul Kitab jika dilarang pula mereka menjalankan amal – ibadat mereka ? .
Yang paling penting , JANGAN PULA si suami turut sama meraikan dan melakukan amal – ibadat isterinya ( dengan apa alasan sekalipun ) seperti turut sama masuk ke gereja pada Hari Ahad , ataupun turut sama ke Haikal pada Hari Sabtu . Ataupun si suami turut sama membaca BIBLE, atau 10 COMANDERS atau TELMUD atau PROTOCOLS OF ZIONIST LEADERS , dengan niat untuk sama-sama berkongsi amal-ibadat dengan si isterinya . Maka itu semua adalah HARAM kerana membantu perkara yang mungkar , syirik dan sesat .
Janganlah si suami menampakkan kecenderungan kepada agama isterinya itu , tetapi dialah yang PALING MESTI menonjolkan keagungan dan kemuliaan serta kebenaran Islam di hadapan isterinya . Mudah-mudahan isterinya itu mahu menerima agama Islam .
Adapun perkahwinan dengan wanita-wanita Ahlul Kitab ( Yahudi & Kristian ) adalah LEBIH KETAT daripada memakan sembelihan mereka .
Sembelihan mereka boleh dimakan oleh kita walaupun yang menyembelih itu bukanlah orang-orang Kristian ataupun Yahudi yang berpegang teguh dengan kitab-kitab mereka .
Akan tetapi di dalam HAL PERKAHWINAN DENGAN WANITA-WANITA MEREKA , TIDAKLAH PULA SEDEMIKIAN . Ini kerana kita HANYA DIBENARKAN MENIKAHI WANITA-WANITA MEREKA YANG “ MUHSONAT “ SAHAJA .
MUHSONAT ertinya : Wanita-wanita yang terpelihara maruah dan juga kemaluannya . Termasuk juga wanita-wanita yang pandai menjaga diri dan taat kepada agama mereka .
Oleh itu , TIDAK BOLEH MENIKAHI para penyanyi , para pelakon , model-model dan apatah lagi para pelacur yang beragama Yahudi ataupun Kristian kerana mereka itu BUKANLAH MUHSONAT !!!.
Apatah lagi menikahi wanita-wanita mereka yang menjadi agen CIA , ataupun MOSAD ataupun yang seumpama dengan mereka YANG MERANCANG STRATEGI-STRATEGI YANG JAHAT KE ATAS UMAT ISLAM !!! . :non
Presiden dan Ketua PLO ; Yaseer Arafat sendiri , adakah isterinya itu dari kalangan MUHSONAT ??? .
Dan tindakan yang dilakukan oleh Yaseer Arafat sendiri BUKANLAH DALIL untuk membenarkan umat Islam menikahi wanita-wanita Ahlul Kitab sewenang-wenangnya , tanpa mengkaji latar-belakang wanita itu . Dan Yaseer Arafat sendiri SUDAH JELAS BUKANLAH seorang Islam yang taat kepada agamanya dan menjadi pula BONEKA REGIM TEL – AVIV di dalam menentang dan menghancurkan Gerakan – Gerakan Islam dan Jihad yang menentang Kerajaan Haram Israel ( LaknatulLah ‘Alaihim ) .
2 ~ AHLUL KITAB menurut Mazhab Al-Imam asy-Syafi’e rh HANYALAH Orang-orang Yahudi ataupun Kristian daripada Bangsa Israel sahaja . Dan ada pula satu lagi pendapat yang dinisbahkan kepada beliau rh yang menyebut bahawa Kaum Qibti ( Coptic ~ Mesir ) juga adalah AHLUL KITAB .
Jadi , kalau menurut definasi Ahlul Kitab di sisi Al-Imam asy-Syafi’e rh , maka GOLONGAN KRISTIAN DI MALAYSIA BUKANLAH AHLUL KITAB !!! .
Siapa sahaja yang bukan berketurunan Israel ataupun Qibti yang memeluk agama Yahudi ataupun Kristian , maka ITU JUGA BUKANLAH AHLUL KITAB menurut pandangan Al-Imam asy-Syafi’e rh .
Kalau menurut Imam – Imam selain beliau rh , maka Golongan Yahudi dan Kristian yang bukan berasal daripada Israel ataupun Qibti TETAP DIANGGAP AHLUL KITAB apabila mereka memeluk agama Yahudi ataupun Kristian .
Ya , walaupun boleh dinikahi wanita-wanita Ahlul Kitab dan dibenarkan memakan sembelihan mereka , tetapi kita sebagai umat Islam sendiri mesti bertanya diri-diri kita sendiri :
### “ Apakah sudah tiada langsung wanita-wanita Islam yang CANTIK , yang KAYA , yang BERKETURUNAN BAIK-BAIK , apatah lagi YANG BENAR-BENAR BERAGAMA DAN BERMARUAH TINGGI sehingga sanggup kita menikahi pula wanita-wanita Ahlul Kitab ??? .
### “ Ya , memang benar makanan sembelihan mereka HALAL dimakan , tetapi apakah sudah tiada langsung umat Islam kita yang menyembelih binatang-binatang sembelihan sehingga kita mencari-cari pula sembelihan Ahlul Kitab dan sekaligus menguntungkan perniagaan mereka ??? “ .
Silalah pelajari kembali JAWAPAN – JAWAPAN KAMI MENGENAI AHLUL KITAB di dalam :
SU - 00042 : MAKAN SEMBELIHAN AHLUL KITAB
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=ulangan&Number=11921
SJ – 2329 : ADAKAH AHLUL KITAB MASIH WUJUD ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11105
SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN SYIAH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050
SJ-1510: ahlul kitab
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6173
HINDU & BUDHA : AHLUL KITAB JUGAK KE ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=3907
SJ-1896: Perkahwinan antara agama.
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8216
SJ-1789: Ahli Kitab
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7810
SJ-1785: Ahli Kitab Bah 3
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7789
SJ-1780: (Samb. SJ-1763) Lagi ahli kitab
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7779
SJ-1763: [U] ahli kitab
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7731
SJ-1511: Lagi Ahli Kitab...
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6175
SJ-1470: Ahli Kitab & Perselisihan Hukum
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=6092
SJ-1348: Makan sembelihan ahli kitab di Ireland
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5844
SJ - 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ' ( A.S )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7824
SJ - 1843 : PERBEZAAN DI ANTARA SUHUF DGN KITAB
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8034
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
29 / Jumadi Awwal / 1424 H
29 / Julai / 2003 M
SELASA ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum