:salam :sumo
Kawan ana ada masalah kesuntukan duit. Jadi dia telah pergi carik keja part time. Carik punya carik punya carik, susah2 tu, dia dapat satu kerja kat Mc' Donald bahagian KITCHEN..
Nak citerkan kat sini.. kami ni dekat Jepun.. Jadik sudah tentu makanan2 dalam McD tu adalah haram..yakni daging yang tak disembelih dengan cara Islam dan jugak daging babi..
Dan kalau dah kena keja kat kitchen.. sudah tentu lah kena pegang babi tu..
jadik nak tanya ustaz..
1. Apakah hukumnya bekerja di kedai tu dengan mengambil kira walaupun benda tu haram, tapi nak dijual kepada orang2 bukan Islam sajer??
Adakah hukum bekerja di kedai yang jual babi sama dengan bekerja di kedai yang jual arak?? Bagaimana kalau dia kerja jugak tapi sesudah pegang babi tu dia membersihkan diri dia dengan cara yang sepatutnya??
2. Bagaimanakah pula keadaannya kalau seseorang tu bekerja sebagai seorang cashier di sebuah supermarket yang jugak turut menjual daging babi, daging tak halal dan jugak arak?? adakah sama dengan hukum bagi keadaan di soalan pertama?
3. Bagaimana dengan duit gaji hasil kerja tersebut?? adakah ia halal utk dimakan ataupun haram??
4. Apakah yang patut kawan saya tu buat sekarang ni?? Adakah dia patut berhenti kerja tersebut ataupun teruskan bekerja di situ memandangkan keadaan dia yang kesuntukan duit dan susah nak carik kerja??
Saya harap Ustaz2 dapat menyelesaikan kebuntuan :bash dalam otak sayer nih..
:wassalam :bazooka
:salam
Terima kasih dgn soalan sdr. Dan terima kasih juga kerana memberi kepercayaan kepada kami utk manjwb/meleraikan kekeliruan sdr ini.
Bekerja di tpt yg mana di situ menjual benda2 yg haram sama ada kpd org islam ataupun tidak adalah di larang dalam Islam. Tidak kira ianya arak maupun makanan lain. Perkara ini menjadi lebih teruk sekiranya ia menjual benda yg haram itu kpd org Islam.
Dr Yusuf al-qaradawi berkata di dalam kitan al-halal wal-haram fil Islam bhw:
"Semua pekerjaan yang diperoleh dengan jalan haram adalah suatu dosa. Dan setiap daging yang tumbuh dari dosa (haram), maka nerakalah tempatnya. Orang yang memperdagangkan barang-barang haram ini tidak dapat diselamatkan karena kebenaran dan kejujurannya. Sebab pokok perdagangannya itu sendiri sudah mungkar yang ditentang dan tidak dibenarkan oleh Islam dengan jalan apapun."
Sheikh Zubeir Bouchikhi, Education head of the Islamic Center of Greater Houston(islam online) pula berkata bhw hukum menjual makanan halal seperti babi boleh dikiaskan dgn hukum menjual arak. Oleh yg demikian, haram hukumnya bekeja di tempat sedemikian.
Dr. Abdus-Sattar Fathallah As-Sa`eed, professor of Qur'anic sciences at Al-Azhar University menambah dgn mengatakan kebolehan bekerja di kedai2 yg menjual benda haram hanya dibenarkan jika teramat sukar utk mencari kerja. Dan jika tiba2 terdapat kerja yg halal, maka wajib baginya meniggalkan kerja itu.
Allah berfirman dalam surah at-Thalaq ayat 4 yg bermaksud:
"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
Berbalik kpd persoalan sdr:
Pada asal hukumnya haram. Namun jika mmg tidak terdapat kerja yg lain, maka ia dalam keadaan 'hajat'. Jadi pendapatannya halal. Berikut saya lampirkan penerangan 'hajat' oleh sheikh Pendekar
----
PERKARA “ HAJAT “ :
( Satu perkara yang diperlukan oleh manusia – tetapi situasinya tidaklah segenting situasi dharurat – yang mana, andainya “ hajat “ ini tidak dipenuhi, ianya akan menyebabkan kesukaran dan kesusahan, walaupun tidak mengakibatkan kerosakan yang besar sebagaimana ketiadaaan perkara dharurat di atas ).
Contohnya : Bolehnya melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir serta berbuka puasa , walaupun perjalanan itu tidaklah terlalu sukar dan payah.
Kesimpulannya : Hajat menurut pemahaman ahli-ahli Fiqh ialah keperluan yang perlu dipenuhi, walaupun ianya tidaklah sampai ke tahap mengakibatkan kerosakan, tetapi andainya ianya tidak dipenuhi, kesengsaraan dan kesusahan pastikan mendatang.
----
Saya lampirkan jawapan sheikh Pendekar:
HARAM hukumnya andainya dia percaya bahawa dia masih berpeluang berkerja di kaunter halal, ataupun di tempat yang bebas daripada arak itu ( dan perkara-perkara lain yang haram ). Tapi andainya diyakini, bahawa dia tidak mempunyai peluang berkerja di kaunter halal ataupun bertukar kerja di sektor yang halal, maka hukumya adalah HARUS , kerana kalau dia meninggalkan kaunter haram itu dan beralih ke kaunter halal secara pertukaran dengan cashier lain ( cashier kedua ) yang juga muslim , maka ini juga menyebabkan cashier kedua itu pula terjerumus ke dalam perkara haram !.
Sekiranya mmg tidak terdapat langsung pekerjaan lain, maka tidaklah mengapa. Namun dia harus berusaha utk mendapatkan kerja halal yg lain dalam ketika dia bekerja di McD itu. Sekiranya didapati keja yg lain, wajib baginya utk berhenti bekerja di Mc D itu. WA.
Lanjutkan bacaan sdr ke URL berikut:
SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN
SJ-2484 : BEKERJA DENGAN SYARIKAT ORANG KAFIR
SJ – 2242 : BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM
SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIMA
http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=41272
http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=82117
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/index.html
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.