SU-00121: Kaedah Basuhan Pakaian Menggunakan Mesin Basuh sed

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00121: Kaedah Basuhan Pakaian Menggunakan Mesin Basuh sed

Assalamualaikum........
Kepada Ustaz yang muliakan

Ustaz, seorang kawan saya pernah sekolah di sekolah men keb agama pernah menegur saya cara membasuh pakaian dgn menggunakan mesin basuh adalah salah dan ianya penting kerana pakaian tersebut hendak dibuat ibadah, semasa hendak membilas pakaian tersebut hendaklah dibilas menggunakan air yang mengalir tidak yang dipraktikan oleh mesin basuh sedia ada

kedua bagai mana batasan aurat lelaki yang sepatutnya hendak ditutup, bagaimana pula dgn pemain bola sepak yang dipakai

terima kasih tunjuk ajar ustaz yang dimuliakan.......... :wassalam

Re: SU-00121: Kaedah Basuhan Pakaian Menggunakan Mesin Basuh

:salam

Soalan ulangan. Sila rujuk archive. Namun kami tetap akan menjawab secara ringkas.

1. Dr Muzammil Siddiqi(islam online) mengatakan pakain yg dibasuh menggunakan mesin basuh, sama ada bernajis ataupun tidak, adalah suci. Ini krn mesin basuh mengalirkan air dgn fungsi wash, rinse dan spin. Bukannya menakungkan air. Maka persoalan perpindahan najis ke pakaian lain tidak timbul. Ia juga menggunakan detergen yg menurut Syafi'iyah adalah illat (sebab) kepada cucinya kotoran. Walaupun demikian, najis 'solid' hendaklah dibuang terlebih dahulu dari pakaian tersebut.

2. Sila rujuk url ini: SU-00041 mengenai aurat lelaki ketika bermain bola

:wassalam