Apakah hukumnya seorang ahli farmasi serta operator Islam yang bekerja di kilang ubat veterinar yang membuat ubat-ubatan serta vitamin bagi kegunaan penternakan babi? Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan ubat dan vitamin tersebut adalah bahan-bahan yang halal seperti ubat , vitamin, gula, kanji dan sebagainya; Ahli farmasi memberikan lesennya bagi membolehkan operasi kilang berjalan dan mengira komposisi setiap bahan dalam ubat atau vitamin untuk babi, manakala operator pula kerjanya mencampurkan bahan-bahan di atas dan menggaulkannya dalam mesin dan kemudian memebungkuskan ubat yang sudah siap.
Kemudian ubat tersebut dijual kepada penternak babi . Ubat tersebut akan dicampurkan oleh pembeli (penternak babi) dengan makanan babi bagi tujuan menyihatkan dan menggemukkan babi tersebut supaya boleh mendapat babi yang cukup besar dan berat untuk dijual. Apakah hukum bekerja sebagai ahli farmasi atau operator di kilang itu? Boleh kah rezeki itu dikira rezeki yg halal bagi menyara anak isteri?
:confused:
Salam,
Babi adalah haram dijualbeli. Apatah lagi memperolehi pendapatan dari industri berkenaan. Jualbeli khinzir hanyalah dibenarkan kepada non-muslim sahaja.
Di dalam Islam daging babi ini telah dinyatakan keharamannya (untuk dimakan) dan Allah telah berfirman yang mafhumnya di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (tidak disembelih) disebutkan (nama) selain Allah." (Surah Al Baqarah:173)
Berdasarkan dalil yang sama juga dapat di ‘istinbath’ kan (dikeluarkan) bahawa hukum kepada berternak dan juga mengembala babi atau perkara yg berkaitan dgnnya (termasuk memberi makan) di dalam Negeri Islam adalah haram, yang mana keharaman itu meliputi kepada golongan muslim dan juga golongan non-muslim. Ini adalah berdasarkan kepada dalaalatul isyarah (dalil isyarat) yang terdapat di dalam ayat ini dan juga berdasarkan kaedah Usul Fiqh yang menyatakan "Makna yang terkandung dalam kata-kata itulah yang berlaku" daripada kaedah inilah dapat di ambil mafhum muwafaqah daripada surah Al Baqarah ini di mana "larangan pada sesuatu perkara, akan termasuk juga pada larangan dalam hal yang lebih besar". Maka berdasarkan surah Al Baqarah: Surah 173 ini terdapat larangan memakan daging babi maka daripada mafhum muwafaqah ayat larangan ini juga mencakupi hal yang lebih besar daripadanya, termasuklah masalah penternakan babi di dalam negeri Islam.
Jika kita melihat di dalam lipatan sejarah Khulafah Ar-Rasyideen kita akan dapati bahawa Saidina Umar Al Khattab yang pada masa itu menjadi Khalifah dan Amirul Mukminin (ketua seluruh umat Islam) telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan pemeliharaan dan penternakan babi. Apa yang pernah dilakukan oleh Khalifah Umar ini telah memperkuatkan mafhum muwafaqah di atas. Dalam suratnya yang dikirimkan kepada para penguasa daerah ia mengatakan antara lain: "Jangan ada seekor babi yang berdekatan dengan kalian, jangan ada orang-orang Nasrani di antara kalian yang menegakkan salib-salibnya dan jangan menghadiri jamuan makan yang dalamnya ada orang minum arak. Berlatihlah ketangkasan berkuda dan belajarlah memanah".(Diketengahkan oleh ‘Abdurrazzaq di dalam "Mushnaf)
Namun demikian islam memberikan sedikit rukhsah dlm hal ini. Namun rukhsah itu tertakhluk kepada beberapa syarat. Kurang jelas samada syarikat saudara memang totally membuat ubat2an HANYA kpd perternak babi ataupun SALAH SATU pembeli ubat2an yg dihasilkan adalah penternak khinzir.
Kalau HANYA kpd penternak khinzir, berhentilah dari kerja tempat tersebut, banyak lagi industri lain yg memerlukan specialty saudara. Banyak lagi kilang yg boleh menampung operator2 Islam. Kalau SALAH SATU, Islam memberikan rukhsah.
Izinkan saya menjelaskan perkara yg diberikan rukhsah dlm hal ini. Dlm hal ini, di sana terdapat kaedah fiqhiyyyah.
Kaedah far’iyyah atau juz’iyyah
"Iza ijtama`al halaal wal haram ghulibal haraam" ~Apabila bercampur halal dan haram, maka perkara haram dimenangkan
Kaedah ini diasaskan kpd sepotong hadith:
“tidak akan berkumpul antara halal dan haram kecuali yg haram mengalahkan yg halal.”
Al-hafiz Iraqi mengatakan hadith ini, “La Aslahu” -- tidak diketahui asalnya.
As-Subuki menyetujui pendapat Al-baihaqi bahawa hadith ini diriwayatkan oleh Jabir Al-ja’fiy (seorang perawi yg dha’if), drpd as-sya’bi dari Ibn Mas’ud dan merupakan hadith munqati’.
As-Suyuti dari jalur rijal yg sama, hadith ini ditakhrij oleh Abdul Al-Razzaq dlm mushannafnya, hadith ini mauquf kepada Ibn Mas’ud dan bukan marfu’.
Sungguhpun demikian, ada benarnya intipati hadith tersebut.
Syarh qawaid
Al-Juwaini dlm Al-Silsalah mengatakan bahawa jika terjadi pertentangan antara dua dalil, yg satu menunjukkan haram dan yg lain menunjukkan mubah, maka yg haram didahulukan.
Ibn Salah dlm Fatawinya berkata:
“Jika sesuatu dirham halal bercampur dgn dirham2 haram dan tidak boleh dibezakan, maka caranya ialah dirham sebanyak yg haram itu dipisahkan dgn niat melakukan pembhgn. Lalu selebihnya digunakan atau dibelanjakan. Dirham yg telah dipisahkan itu dikembalikan kpd empunya jika empunya itu diketahui. Maka Dirham itu harus disedekahkan dgn niat sedekah drpd yg mempunyainya.”
Imam Annawawi sependapat dgn Ibn Salah dgn tambahan, “adapun yg dikatakan kebanyakan org awam bahawa jika harta seseorang bercampur dgn harta org lain, maka harta org itu haram baginya; adalah tidak benar dan tidak memiliki dasar kerana itu.”
Imam Annawawi juga menaqalkan dlm Syarh Al-Muhazzab dlm perihal muamalah berkata, “Org yg sbhgn besar wangnya adalah haram, jika tidak diketahui haram secara pasti, maka harta itu tidak haram akan tetapi dimakruhkan.”
Imam Al-Ghazali dlm Ihya’ Ulumuddin, “Jika sesebuah negeri bercampur aduk barang haram yg tidak terhitung, maka tidak haram membeli darinya bahkan mengambilnya kecuali terdapat tanda2 bahawa yg dibeli atau diambil itu haram.”
Berdasarkan syarah ini, jika SALAH SATU pembelinya adalah penternak khinzir, maka dibolehkan makan gaji di situ tetapi dimakruhkan seperti pendapat Imam An-Nawawi Rh.
Note: Bumi Allah itu luas, bertebaran rezeki.
Wallahua'lam.
:devil2
http://www.zayed.com
Boleh rujuk Archive di bawah oleh Ustaz Pendekar
SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIMA
http://www.zayed.com