Saya ingin bertanya tentang pandangan islam mengenai
puasa sunnat di bulan rejab dan syaaban? Dan berapa
harikah kita disunnatkan berpuasa di bulan ini?
"Adalah disunatkan berpuasa pada bulan suci atau Al-Ashhur Al-Hurum (Bulan Haram) termasuk bulan rejab. Baginda S.A.W diriwayatkan telah menyuruh sahabat2 R.A berpuasa di dlm Ashhur Al-Hurum. Baginda S.A.W menggalakkan berpuasa 3 hari pada setiap bulan. Oleh yg demikian, berpuasa di bulan rajab adalah harus tetapi tiada hadith yang sahih menyatakan tentang berpuasa di bulan rajab secara khusus, sbg contohnya, berpuasa pada hari pertama rajab mendapat sekian pahala (fadhilat tertentu).”
Utk menjelaskan lagi isu ini, kami menyertakan dalil berikut:
“Berpuasa di bulan rajab adalah sama seperti puasa di bulan lain, seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis, 3 hari di pertengahan bulan yg dikenali sebagai Al-Beed (13, 14 dan 15 haribulan setiap bulan), berpuasa selang sehari dan berpuasa sirar al-shahr.
Sesetengah ulamak berkata bahawa Sirar Al-Shahr merujuk kepada permulaan bulan; sesetengah mengatakan ia merujuk kepada pertengahan Bulan atau penghujung bulan. `Umar R.A. pernah melarang berpuasa di bulan rajab kerana berkumpulnya amalan jahiliyyah ketika itu. Diriwayatkan dari Kharashah Ibn Al-Harr: Aku melihat `Umar memegang tangan mereka yang berpuasa pada bulan rajab sehingga mereka mengambil makanan dan berkata, “Bulan ini adalah bulan diagungkan pada ketika zaman jahiliyyah.” (Al-Irwaa’, 957, Al-Baani mengatakan ia adalah sahih)
Imam Ibn Al-Qayyim berkata bahawa Baginda S.A.W tidak berpuasa 3 bulan berturut (Rajab, Sya’ban dan Ramadhan) seperti kebiasaan org, dan dia tidak pernah berpuasa di bulan rajab dan tidak pernah pula menggalakkan berpuasa di bulan ini.
Al-Hafiz Ibn Haja berkata dlm kitabnya, Tabayyun Al-`Ajab Bimaa Wurida Fi Fadl Rajab: “Tidak ada satu hadith yg sahih mengenai puasa di bulan rajab atau berpuasa pada hari khusus di bulan rajab, atau qiyamulail yg khusus di bulan ini. Imam Abu Ismaa’eel Al-Harawi Al-Haafiz juga telah berkata perkara yg sama sebelum aku, dan kami juga meriwayatkan dari yang lain.”
Dlm Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa`imah menyatakan: “berkenaan dgn puasa di bulan rajab, tiadalah diketahui dari kami bahawa ia adalah sahih di sisi syariah.”
Walaupun begitu, adalah di sunnatkan berpuasa mengikut kebiasaan dari awal tahun hingga hujung tahun seperti yg dinyatakan dlm al-hadith. Sekiranya sampainya ke bulan rajab, diniatkan berpuasa kerana yg disebut dlm al-hadith dan bukan kerana fadhilat yg palsu.
Kesimpulannya: Berpuasa sunat isnin dan khamis dan pertengahan bulan pada bulan rajab dan sya'aban tapi jgn diniatkan kpd fadhilat yg palsu.
Cuba baca Article ustaz Asri di bawah
HADITH PALSU PUASA REJAB DAN SYA'ABAN
Jawapan Syeikh `Atiyyah Saqr (Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar):

Wallahua’lam.
http://www.zayed.com
:salam
JKK ust Zayed.
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.