Soaljawab Islam

SJ - 2906: Mendengar muzik seperti irama gereja

:salam
Saya ada kemusykilan sikit dalam agama. Saya ada membeli sebuah kaset di mana ada unsur2 irama gereja, so adakah perkara itu salah dari segi agama kerana mendengar irama sebegitu?

:wassalam

SJ - 2909: hamba perempuan..

:salam :sumo
Saya nak tanya mengenai ayat 6 dalam surah al-mukminun.. buleh tak ustaz terangkan tafsir ayat tersebut.. adakah benar orang laki buleh bercampur dengan hamba atau tawanan tersebut selain daripada Isteri sendiri? Sebab ada kawan yang bukan Islam tanya.. jadik tak tau nak jelas camner.. saya harap pertolongan dari ustaz utk menjelaskan hal ni..
sekian
:wassalam :sumo

SJ - 2894 : Doa ketika Sujud and Sebelum Salam

Assalamualaikum...

Soalan ringkas ana,

1. Nabi saw menegah membaca quran didalam sujud tetapi hendaklah kita memperbanyakkan doa didalamnya, musykilnya, boleh tak kita ambil doa-doa dari Quran dan dibaca didalam sujud dan sebelum salam disamping doa-doa yg Nabi saw baca.

Jazakallah khair...

SJ - 2902: [Z] Matan Hadis

:salam

Saya ingin tahu matan hadis ini :

SU-00139: jahil agama

Assalammualaikum....

selama nie,saya selalu tercari-cari ruangan yg mana saya bulih mengemukakan kemusykilan saya lantaran dari kejahilan diri. Alhamdullilah hari ni saya dah berjumpa ngan laman yg sesuai. Sebagai permulaan, saya ingin bertanya apakah hukum kita melihat gambar2 18sx nie?Adakah ia jatuh dalam hukum dosa besar atau apa?Harap saya dapat diberikan penjelasan memandangkan kecetekan ilmu agama saya nie...hehehe

SJ - 2896: [G] Meluruskan rambut kerinting

Re: SJ-1408: Meluruskan rambut dan cincin suasa..
Assalamualaikum wrt,
Merujuk soalan di atas(SJ-1408), larangan hanya kepada lelaki. Bagaimana pula hukumnya terhadap perempuan yang meluruskan rambut? Bagaimana pula jika si suami yg menyuruh si isteri untuk meluruskan rambutnya? terima kasih
wassalam

SJ - 2923: [Z] Perihal solat & solat berjemaah (5)

:salam
1. Jika seseorang sedang solat ba'diyah maghrib dilantik sebagai imam, adakah dia perlu menguatkan bacaannya?
2. Jika memakai seluar panjang yang berlubang kecil contohnya seperti terkena puntung rokok di bahagian paha atau lain-lain kawasan aurat, adakah dikira aurat & bolehkah solat dengan memakainya?
3. Jika terlambat menghadiri solat berjemaah dan sudah pun ada beberapa saf, adakah masih perlu mengutamakan saf hadapan jika masih ada kekosongan?

SU-00140: Wanita bagi gambar kepada lelaki

:salam
Saya telah berkenalan dengan seorang wanita melalui chating dan bercadang untuk mengawininya sekiranya ada jodoh.Sekarang, saya masih berkawan dulu dengannya.Kemudian,saya telah minta gambar daripada dia untuk saya lebih mengenali dia dari bentuk rupa paras dan dia pun telah bagi gambar dia kepada saya.Jadi,Soalannya, Apakah hukumnya?Dan minta nama-nama kitab rujukan untuk saya rujuk.Sekian.
:wassalam

SJ - 2907: Bekerja dikilang membuat ubatan bagi haiwan yang

Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan ustadz, kilang tersebut selain dari membuat ubat untuk babi, juga banyak membuat ubat untuk ayam, lembu dan kambing.

SU-135: Kencing berdiri?

:salam
Ingin mengajukan pertanyaan apakah hukumnya seseorang muslim itu kencing berdiri. Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa ianya merupakan perbuatan yang tercela. Benarkah perkara ini? Alasan kencing berdiri kerana kesukaran untuk membuka seluar dan dikhuatiri terkena percikan kencing pada seluar dan rata2 tandas awam kebanyankannya adalah dari jenis mangkuk yang tidak berapa bersih tempat duduknya.

SJ - 2887: [Z] Mansukh-Nasikh

:salam

SJ - 2889: [A+Z] Cara Rasulullah SAW Memakai Serban

Assalamualaikum,

Bagaimanakah cara Rasulullah SAW memakai serban? Saya perhatikan ada berbagai-bagai cara untuk melilit serban. Boleh tak ustaz-ustaz di al-ahkam nie terangkan cara yang disunahkan untuk melilit serban. Wasallam. :chef

SJ - 2895: [G] Imam fasiq

assalamualaikum..
Saya cuma nak bertanya...
1) apakah ciri2 imam yang dikatakan fasiq
2) jika imam tu jelas sifat fasiqnya, namun dia menjadi imam di surau kolej saya, bagaimana harus saya lakukan? adakah solat bersendirian lebih baik...wassalam..
jazakallah :srug

-ummisolehah-

SU-136: Solat tanpa wuduk...

assalamualaikum,
bolehkan solat tanpa wuduk bagi orang yang sakit iaitu yg tak mampu nak ambil air wuduk?

SU-00133: Keutamaan berzikir bersama imam

:salam
soalan 1. Apabila seseorang ke masjid lewat, lalu dia tertinggal beberapa rakaat. Sesudah dia selesai solat, manakah yang lebih utama / afdal dilakukan, adakah memulakan zikir sendirian ataupun mengikut imam yang sudah hampir tamat zikirnya?