Soaljawab Islam

SJ - 2969 : Kesilapan sesama manusia yang lepas

assalamualaikum..,

Bagaimanakah caranya untuk meminta maaf kepada orang yang kita buat salah dahulu di mana kita tidak tahu di mana dia berada. Sebab kesalahan sesama manusia adalah dengan cara meminta maaf daripada mereka. wassalam

SJ - 2968: [Z] Bunuh semut dengan semburan serangga

assalamualaikum..,
Membunuh semut yang tidak membahayakan (spt semut hitam yang makan gula). Oleh kerana terlalu banyak sehingga bertelur atau bersarang di dalam kawasan rumah. Apa hukumnya membunuhnya dengan niat untuk kebersihan. Harap dapat penjelasan daripada saudara. Wassalam

SJ - 2965 : [Z] muazzin terlupa Al-Tathweeb

assalamualaikum..,
muazzin terlupa ketika azan? apa yang harus dilakukan ketika itu?. Ketika azan subuh muazzin terlupa membaca "assolahtuhairulminannauf" apakah hukumnya...harap dapat beri sedikit penerangan. Wassalam

SU-00157: sisa makanan di dalam mulut

assalamualaikum..,
ketika solah, masih terdapat sisa makanan didalam mulut spt daging dsbg. Apakah hukum solah tersebut walaupun sebelum itu telah membersihkan mulut dengan bersugi atau berus?...wassalam

SJ - 2974: [G] Solat sunat 4 raka'at

assalamualaikum..,
Mengenai solat sunat 4 atau 6 rakaat dengan satu salam. Ada pendapat menyatakan bahawa setiap rakaat hendaklah dibaca surah selepas fatihan. Bagaimana pulan dengan tahiyyat awal? ada atau tiada?..harap dapat memberi penjelaskan kepada saya yang muskil ini..wassalam

SJ - 2963: Susulan Re: SJ - 2944: Insuran, kad diskaun bagi

:salam

1. Bagi sistem insuran yang tidak mengikut cara Islam maka adakah dibenarkan jika pelajar itu hanya membayar skim insuran itu tetapi tidak mengambil sebarang wang ganjaran yang diberi apabila tidak darurat?

2. Maaf tapi saya tidak biasa dengan kebanyakan kad-kad yang tuan sebutkan. Yang pastinye ia bukan seperti touch and go.

SU-00154: Menulis `al-Fatihah' di akhbar

:salam

(i) Menulis ["al-Fatihah"..... si fulan si fulan telah kembali ke rahmatullah pada sekian hari bulan... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya .... amin" ] atau yang seumpamanya di dada-dada akhbar atau di tempat-tempat lain yang sepertinya -- apa pandangan Islam tentang paparan seperti itu ?

SJ - 2962: [Z] Takbir Hari Raya

:salam

Mendayu-dayu ketika membaca takbir & tahmid pada hari raya, adakah ia Islamik?

:wassalam

SJ - 2958 : Syukur dengan manusia

:salam
Bolehkah kita bersyukur dengan manusia,kalau boleh macam mana caranya.

SJ - 2959 : Solat sunat lepas terbit matahari.

Assalamualaikum.
Di sini saya ada beberapa kemusykilan. saya ada terndengar dlm satu penyampaian ada hadith yg mengatakan bahawa barang siapa yg solat subuh dgn berjamaah dan terus duduk sambil berzikir setelah selesai solat sehinggalah terbit matahari dan kemudiannya solat sunat 2 rakaat, Allah s.w.t akan beri ganjaran seolah2 dia mengerjakan haji/umrah yg diterima. Dan jika dia bersolat 2 rakaat lagi, Allah s.w.t akan selesaikan segala keperluannya pada hari tersebut.
Soalan saya: 1. apakah status hadith tersebut.

SU-00155: puasa bulan rejab

:salam...diharap pihak alahkam berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.disini ana nak kemukakan satu soalan ttg puasa bulan rejab yang mana sangat2 diagung2kan oleh masyarakat kita.apa yang ana belajar dan dari pembacaan ana sendiri ana dapati bulan rejab hanyalah bulan suci didalam islam seperti bulan2 lain.anjuran berpuasa pada bulan ini selalu diwar2kan dan dikatakan mendapat banyak fadhilat.ana ada baca satu buku fiqh sunnah karangan sayid sabiq mengatakan tidak ada kelebihan menonjol bgnya(bln rejab) dari bulan2 lain kecuali

SU-00153: URI BAYI

:salam

Berikut soalan yg masuk ke PM saya. Saya masukkan ke ruangan 'Kemuka Soalan Feqh' utk berkongsi bersama pengunjung ye bersama. WA.

------

SU-00152 : Lafaz niat mandi wajib?

assalamualaikum,
apakah lafaz niat wuduk dalam mandi wajib?

SJ - 2956 : nikmat

assalamualaikum,
bagaimanakah boleh dikatakan seseorang itu tidak mensyukuri nikmat yg diberikan oleh Allah?

SJ - 2955: Pergi ke masjid kariah lain

:salam

Saya selalu pergi ke mesjid di qaryah bersebelahan kerana kuliah-kuliahnya mengikuti perkembangan semasa dan lebih baik berbanding di qariah sendiri, malah saya tidak lagi ke mesjid di qariah saya. Betulkah tindakan saya ini? Saya turut mengajak rakan saya untuk selalu ke sana untuk mengikuti kuliah tetapi dia tak mahu dengan alasan, "buat apa ke sana, masjid di kariah sendiri pun jarang pergi, inikan pula masjid lain". Bagaimanakah caranya untuk saya mematikan hujahnya?

Dari MUKMININ

:wassalam