Soaljawab Islam

SU-00173: bacaan tahiyyat

:salam

saya ingin bertanya kepada panel fiqh ahkam mengenai perihal membaca tahiyyat akhir dalam solat. bolehkan para panel menerangkan bacaan terbaik/betul bagi bacaan tahiyyat akhir, samada perlu dimasukkan selawat keatas sahabat nabi sekali.. kerna saya pernah terbaca pendapat yg berbeza2 mengenai bacaan tahiyyat ini. JZK

p/s: saya telah menggunakan arkib mencari menggunakan keywords tahiyat tahiyyat namun yg keluar adalah pergerakan jari sms tahiyyat akhir. harap kalau inis oalan ulangan, boleh disertakan URLnya. JZK

SJ - 3037: [G] Melewatkan waktu solat fardu selain isyak &am

Assalamualaikum.,
Kebiasaannya waktu isyak itupun jika ada kuliah. Bagi Mazhab hanafi pula setahu saya pada waktu asar. Bagaimana pula dengan waktu-waktu yang lain?...bolehkah ustaz kirimkan jawapan berserta hadis dan dalil. Terima kasih

SJ - 3008: Fadhilat Sya'ban

:salam

Apahak status Fadhilat ini?? Adakah ianya bersumber dr sumber yg shahih?
----------------------------------------------------------------
Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

SJ - 3010: [G+Z] meletakkan aulawiyat!!

Bagaimana kita hendak meletakkan aulawiyat di antara urusan keluarga terutama sekali terhadap ibu bapa dengan urusan-urusan yang berbentuk keagamaan seperti kuliah2, aktiviti persatuan da'wah dan yang sewaktu dengannya? ..mungkin boleh difokuskan dalam lingkungan usia remaja dan juga secara umum..

SJ - 3090 : cinta atau takut??

:salam
antara takut kepada Allah dan cinta kepada Allah.. timbul persoalan yang mana harus didahulukan.. takut atau cinta?
ada pendapat mengatakan dalam konteks doa yang sering dibaca yang mengandungi unsur memohon untuk mendapat keredhaanNya dan syurga serta dijauhkan diri dari neraka.. adakah di sini bahawa kita hidup semata2 mengharapkan syurga dan menghindarkan diri dari neraka.. dan kalau diandaikan syurga dan neraka itu x wujud, kita x akan menyembahNya..

SJ - 3016: [Susulan SJ-2635]: Air mazi pada pakaian

:salam

Dalam jawapan tuan, air yg dipercikkan adalah hingga jelas mengenai tempat kena air mazi itu. Bagaimana jika bekas air mazi itu tidak kelihatan tetapi diketahui telah terkeluar air mazi kerana ada bekasnya pada kemaluan? Contohnya seperti bekas air mazi telah kering atau warna seluar gelap. Adakah memadai memercikkan air di tempat yang diagak terkena?

:wassalam

SU-00171: pasal puasa

halu
ramai orang kata kalau kita malam tu niat puasa wajib, esok kita puasala.
lepas tu esoknya dah pertengahan hari kita tak jadi puasa sebab saja2,
jadi kita kena puasa double sebab ganti puasa yang tadi sekali
faham ke? :confused:

SJ - 3003: [G+Z] Masalah haid

Assalamualaikum,

Saya terbaca satu soalan dalam sebuah buku soal jawab agama tentang masalah darah yang keluar daripada kemaluan wanita yang sedang hamil. Soalan dan jawapannya adalah seperti berikut:

Soalan:
Pada kebiasaannya perempuan yang mengandung tidak turun darah, tetapi turun juga darah dan mengikut pemeriksaan doktor, darah itu bukan dari rahimnya, tetapi dari tembuni yang terkoyak sedikit atau bocor, apakah jenis darah yang keluar itu?

SJ - 3002: [G] Qada' solat

assalamualaikum,
Saya ingin mendapatkan kepastian berhubung ttg wanita yg datang haid selepas masuk waktu solat (cthnya zuhur) dan dia belum bersolat ketika haid itu datang. Adakah ia perlu mengqado' solat zuhur tersebut?

wassalam.

SJ - 3005 : Bagaimana nak tahu diri ria' @ ujub

:salam
Saya selalu mengikuti kuliah-kuliah dan ada diterangkan tentang bahaya ria' dan ujub, iaitu boleh menghapuskan nilai amalan seseorang. Tetapi bagaiman nak mengetahui diri kita ini sedang ria', kalau ujub mungkin boleh tahu, keliru sikit? Boleh tolong jelaskan.

terima kasih...

SJ - 3006: Perbezaan makna Nurul Huda dan Nur Hidayah

:salam
Saya ingin tahu perbezaan makna antara Nurul Huda dan Nur Hidayah, Fadhli dan Fadhil. Pada pandangan saya kedua-duanya mempunyai makna yang serupa, benarkah? Kalau ya, yang mana yang paling tepat sebutannya?

TQ..

SJ - 3004: [G] Solat dibelakang imam yang tak disukai

:salam

SJ - 3001 : Solat sunat sebelum subuh

:salam
Seseorang hendak melakukan solat sunat (apa-apa saja, eg. solat hajat)sebelum melakukan solat subuh kerana tiada solat sunat selepas subuh. Apakah maksudnya, sebelum masuknya waktu subuh atau boleh solat sunat walaupun sudahpun masuk waktu subuh tetapi belum solat subuh lagi?

TQ

SJ - 3041 : Doa dalam majlis bercampur maksiat

:salam
Di Malaysia ini, yang agama rasminya ialah Islam, seringkali kelihatan pembukaan dan penutupan sesuatu majlis itu didahulukan dengan pembacaan doa. Tetapi kebanyakan majlis itu mengandungi unsur-unsur maksiat seperti pendedahan aurat, percampuran antara bukan mahram, peningalan solat, nyanyian melalaikan dan lain-lain lagi. Bahkan kadang-kadang isi doanya juga agak karut-marut.
1. Apakah hukumnya seseorang berdoa dalam majlis-majlis sebegini.
2. Apakah hukumnya hadirin itu mengaminkan doa itu?

SU-00170: Fadhilat Air Zam-Zam

:salam
Bolehkah terangkan sebarang fadhilat atau dalil mengenai air zam-zam?

terima kasih...