:salam
antara takut kepada Allah dan cinta kepada Allah.. timbul persoalan yang mana harus didahulukan.. takut atau cinta?
ada pendapat mengatakan dalam konteks doa yang sering dibaca yang mengandungi unsur memohon untuk mendapat keredhaanNya dan syurga serta dijauhkan diri dari neraka.. adakah di sini bahawa kita hidup semata2 mengharapkan syurga dan menghindarkan diri dari neraka.. dan kalau diandaikan syurga dan neraka itu x wujud, kita x akan menyembahNya..
mungkinkah konsep cinta kepada Allah yang hakiki dan sebenar-benarnya adalah seharusnya semata2 kerana Allah walaupun tidak wujud sebarang ganjaran atau balasan..?? :confused:
adakah persamaan di antara cinta sepasang kekasih dengan cinta seorang hamba dengan penciptanya.. seperti Rasulullah s.a.w. sebagai kekasih Allah..
ampun maaf andai tersalah kata.. harap dibetulkan..
wallahua'lam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3090 : cinta atau takut??
Primary tabs
Sun, 05/10/2003 - 11:17am
#1
SJ - 3090 : cinta atau takut??
Wa'alaikumussalam. Ramadhan Mubarak!
Alhamdulillah. Ma'af kerana kelambatan menjawab soalan anda. Kami akan cuba membincangkan persoalan yang dibawa oleh af_feirays dengan kadar dan ruangan yang terbatas ini, Insyaallah.
Sebelum itu kita rongkaikan pertanyaan yang di timbulkan, iaitu :-
1. Mana yang harus didahulukan cinta atau takut kepada Allah swt
2. Jika tidak ada syurga dan neraka, tidakkah kita akan menyembah Allah
Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai persoalan diatas, elok juga kita melihat definisi Cinta dan Takut (Kauf) dari perspektif Islam. Secara umum, ulama' membahagikan cinta itu kepada dua :-
1. Cinta yg khusus
a. Cinta kepada Allah swt
b. Cinta kepada Rasulullah saw
c. Cinta kepada Nabi-Nabi dan orang yang beriman
2. Cinta yang umum
a. Cinta tabie - cinta orang dahaga terhadap air, cinta orang lapar terhadap makanan dsb.
b. Cinta berdasarkan rahmat dan kesian, seperti cinta bapa pada anak dsb
c. Cinta berdasarkan persahabatan.
Disebabkan soalan diatas ini membincangkan mengenai Cinta kepada Allah swt, maka kita detailkan sedikit. Cinta kepada Allah ini adalah kewajipan utama, yang menjadi asas kepada Islam. Dengan memperbaiki cinta seseorang itu kepada Allah, ia akan memperbaiki Imam seseorang. Jika kurangnya cinta kepada Allah, maka kuranglah tauhid seseorang itu. Ini dijelaskan didalam firman Allah swt :-
Cinta kepada Allah boleh berbentuk mendahului perkara yang Allah cinta. Ia akan mencintai apa yang Allah cinta, dan membenci apa yang Allah benci. Maka cinta kepada Allah ini akan ditunjukkan melalui :
1. Cinta kepada Nabi saw dan sunnahnya, dan menta'atinya
2. Merendah diri kepada orang-orang beriman, dan tegas kepada orang kafir
3. Berjihad kerana Allah swt
4. Tidak takut kepada sesiapa, melainkan Allah
Sifat no:2 hingga no:4 boleh dilihat didalam firman Allah swt dibawah ini :-
5. Sentiasa melakukan ibadat-ibadat sunat seperti Solat, Puasa dan Umrah. Allah swt telah menyatakan didalam hadith Qudsi :-
6. Penyayang
7. Menziarah diantara satu sama lain
8. Tolong menolong diantara satu sama lain
9. Menawarkan nasihat yang ikhlas kerana Allah swt
Ini digambarkan didalam sebuah hadith, Nabi saw bersabda :-
10. Hamba ini diuji, contohnya dengan bala-bencana yang menimpa, Ia bagaikan ubat yang pahit akan tetapi mujarab. Menurut sebuah hadith :
Cinta kepada Allah ini memerlukan pengorbanan yang tinggi. Ia digambarkan dengan sifat-sifat yang dinyatakan diatas seperti pengasih, penyayang kepada orang Islam, tegas terhadap kaum kafir, tidak gentar dengan seruan Jihad, Cinta akan ilmu-ilmu Allah yang dibuktikan dengan menuntut ilmu, cinta akan Nabi saw dengan mengamalkan sunnahnya yang sahih dan Redha dengan menghadapi bencana dan dugaan yang menimpa! Jika hamba Allah swt dapat mengharungi dan membentuk Cinta yang sebegini, maka tidak ada apalagi yang perlu dipohon dari Allah swt. Keadaan ini dapat digambarkan didalam keratan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, nabi saw bersabda :-
===========
Menurut Saed Hawa, terdapat 2 jenis Takut :
(a) Takut akan azab Allah
(b) Takut akan Allah
Takut yang kedua (b), Takut akan Allah, ialah takut para ulama' atau takut orang-orang yang berilmu. Mereka ini mengetahui akan rahsia-rahsia perintah Allah, dan seklai-sekali mereka tidak akan mati kecuali didalam Islam. Ini tergambar didalam firman Allah swt:-
Takut peringkat pertama merupakan takut orang awam, hasil daripada beriman kepada Syurga dan Neraka, dimana barangsiapa yang taat akan mendapat ganjaran dan pembalasan bagi mereka yang melakukan maksiat, kelemahannya ada;ah akibat dari kelalaian dan kelemahan Iman, dan keadaan ketakutan itu akan hilang dan datang.
Bagi takut yang kedua merupakan peringkat tertinggi, menjadikan Allah sebagai Tuhan yang ditakuti, Takut yang akan membawa dekat kepadanya. Ini dapat dilihat didalam takut para ulama', sebagaimana firman Allah swt :-
Pada umumnya, menurut Saed Hawa, orang-orang mukimin juga berkongsi akan ketakutan ini, mereka pun berlumba-lumba menambah ilmu pengetahuan mereka, dan tahu bahawa ketakutan yang tertinggi adalah takut kepada Allah, dan tidak memerlukan rawatan yang lain bagi membawa ketakutan itu kepada mereka.
--------------------
(1) Persoalan yang mana perlu didahulukan? Bolehlah dikatakan bahawa kedua-kedua perkara ini perlu ada, dan saling berganding diantara satu sama lain. Cinta kepada Allah dibuktikan dengan cinta kepada perintahnya, cinta kepada Rasulnya, cinta kepada orang Islam, dan membenci apa yang Allah swt larang. Takut kepada Allah membawa seseorang itu hampir kepada Allah, dan membentuk manusia yang taat kepada Allah, dan melakukan segala apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang.
Pencapaian Cinta yang teringgi (iaitu cinta kepada Allah) dan Takut yang tertinggi perlu melalui beberapa proses pembelajaran, ujian dan pahit maung hidup ini. Cinta dan takut sendiri mempunyai derajatnya sendiri. Dimulakan takut kerana kemurkaan Allah dan akhirnya mencapai peringkat takut disebabkan oleh Allah swt itu sendiri. Begitu juga dengan cinta, tidak dikatakan cinta kepada Allah swt kepada mereka yang tidak ikut Al-Quran dan Sunnah! Tidak dikatakan cinta kepada Allah mereka yang menentang hukum Islam. Tidak dikatakan cinta kepada Allah jika ada sifat-sifat membenci kepada ulama'. Duduk diam berzikir sahaja tidak akan mencapai maqam cinta yang tertinggi, jika tidak cinta untuk menegakkan daulah Islamiyah dibumi ini.
--------------
(2) Apakah boleh seseorang itu beramal kerana inginkan syurga dan takutkan neraka? Inilah yang dikatakan oleh Saed Hawa didalam buku Tazkiyah Nafs sebagai amalan atau takut peringkat pertama. Tidak salah beramalan kerana inginkan syurga. Disana terdapat banyak hadith-hadith yang dikategorikan sebagai Hadith Al-Targhib wa Al-Tarhib atau hadith galakkan dan larangan, dan didalam Al-Quran juga banyak menceritakan tentang ganjaran-ganjaran mereka yang beramal soleh dan juga azab-azab yang pedih bagi mereka yang ingkar. Hadith-hadith ini mengalakkan orang awam beramal dan menjaga diri agar tidak temasuk dari golongan yang menerima azab. Lama kelamaan, semakin banyak ilmu yang mereka pelajari, semakin banyak amalan yang mereka amalankan, maka timbullah perasaan cinta dan takut kepada Allah bukan berdasarkan sesuatu, tulus semata-mata kerana Allah swt.
Disebabkan tahap amalan-amalan manusia ini berbeza-beza, maka disana terdapat beberapa piawaian yang perlu dipatuhi. Piawaiannya ialah amalan-amalan itu wajib mematuhi syarat yang ditunjukkan oleh Al-Quran dan Sunnah. Sebagai contoh, para syarat yang paling utama ialah ilmu. Solat orang bertaqlid lebih kurang ganjarannya dari orang yang berittiba' dengan Al-Sunnah, kerana mereka mencari ilmu-ilmu yang sahih mengenai amalan solat tersebut. Dan begitu jugalah nilai-nilai kerohanian yang ada didalam diri, semakin banyak amalan dan ilmu seseorang itu, semakin banyak rintahan dan dugaan yang dihadapi, jika seseorang itu redha dengan apa yang berlaku, maka timbullah perasaan ikhlas kepada Allah swt.
Drs Sidi Ghazalba pernah mengemukakan suatu struktur didalam perjalan hidup seorang Islam, Bermula dengan MUSLIM (orang Islam), kemudian meningkat menjadi MUKMIN (Orang yang beriman), lantas ia mempelajari Islam dengan mendalam dan mengamalkannya maka jadilah dia sebagai MUHSIN (orang yang Ihsan), kemudian dia benar-benar mengikhlaskan dirinya sehinggalah mencapai MUKHLIS (orang yang ikhlas) dan akhirnya mencapai MUTTAQIN (orang yang bertaqwa dan Takut kepada Allah). Gambaran ini menunjukkan seseorang Islam perlu melalui proses peningkatan, dari segi zahirnya dari berTaqlid kepada Ittiba', dan dari segi batinnya dari beramalan kerana takutkan azab kepada beramal semata-mata kerana Allah swt. Proses ini perlu pembuktian dan pengujian, ia bukan sahaja boleh dilakukan dengan berzikir semata-mata, malah ia memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi. Cinta kepada Allah dibuktikan dengan cintanya seseorang itu kepada Kitab Allah dan Sunnah Nabi saw, Takut kepada Allah dibuktikan dengan takut akan kebencian Allah, dan takut akan Allah tidak redha akanNya. Wallahu'alam
wassalam.
---------------------------------
Rujukan :
1. Shiekh Mohammad Salih Al-Munajjid. [="#800000" size="3"]ÃäæÇÚ ÇáãÍÈÉ æÃÍßÇãåÇ url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=276&dgn=4&dgn=2
2. Shiekh Dr. Saed Hawa. Al-Mustakhlish Fi tazkirah Al-Nafs. Dar Al-Islam, 1998.
3. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 10 : Ilmu Al-Suluuk. Mekah : Percetakan Al-Hukumah, 1969.
خيرالأمين