Soaljawab Islam

SJ-2511: Wanita haid dlm masjid

Assalamualaikum,
Tuan2 Guru yg dihormati sekelian.
a) Saya dan isteri Inshaaalah akan menunaikan fardu haji thn 2004. Dlm SJ-456, pendapat jumhur tidak membenarkan wanita menetap di masjid kecuali Imam Syawkani dan Mazhab Abu Daud Zahiri. Sekarang ini kursus haji yg dianjurkan dan semua pengajian ilmu agama dibuat di dlm masjid. Oleh itu bolehkah tuan guru sekelian
1. mendetailkan 2 pendapat tersebut atau
2. memberikan sumber rujukan pendapat tersebut

SJ-2571: Soal Urusan Ghaib

Assalamualaikum,

Ada dipendengarkan mengenai urusan dunia maupun akhirat mengenai "ilmu Allah" yang dikhaskan kepada hambanya yang terpilih yang mana ilmu adalah "rahsia Allah" cthnya apabila diperbincangkan mengenai ilmu contohnya yang terdapat dan diberikan kepada para wallilulah. Cuma isu ini saya ketengahkan adakah serta apakan status "ilmu tersebut" jika terdapat dalam agama.Apakah komen panel terhadap isu ini.

Jazakallah

SU - 00059 : STATUS HADIS " AKU ADALAH KOTA ILMU ..."

A'kum ustaz.

SJ-2549: kahwin

:salam....semoga allah merahmati warga al-ahkam semua.
saya nak bertanya serba sedikit mengenai nikah kahwin.

soalan 1: Adakah berdosa sekiranya seseorang lelaki itu tidak berkahwin sedangkan ia mampu (bekerja) tetapi dia seolah-olah tidak mempunyai keinginan kerana menganggap dirinya telah semakin tua?

soalan 2: Adakah berdosa sekiranya seseorang lelaki itu berkahwin dengan perempuan yang lebih tua darinya? Apakah hukumnya dalam Islam?

SJ-2533: Masih Keliru Antara Dar al-Islam & ad-Dawlah al

A'kum Ustaz.

SJ-2556: Mati kerana cinta dianggap syahid???

Assalamualaikum...
Saya telah membaca karangan astora jabat pada majalah al-Islam bulan Mei, beliau mengatakan bahawa :nabi saw bersabda:barang siapa yang bercinta,lalu dia mati, dan tidak melakukan sebarang maksiat kepada kekasihnya,lalu dia mati syahid. Adakah hadis ini shahih? Adakah apa yang dikatakan oleh astora jabat itu benar? Apakah pendapat al-Ahkam mengenai persoalan ini? :confused:

SJ-2513 : Hukum solat berimamkan orang yang belum baligh

Assalamualaikum,
apakah hukum kita berimamkan orang yang belum baligh,sedangkan didalam surau itu terdapat orang yang sudah baligh? :(

SJ-2507 : Hukum makan Daging biawak.

Assalamu'alaikum,
Saya ingin mendapat kepastian dalam hal ini.Adakah memakan daging biawak harus/mubah hukumnya?
Terima kasih.

SJ-2503 : Sunat Ab'adh dan sunat Hai'at

Assalamu'alaikum...
Saya ingin bertanya,
Sunat Ab'adh sekiranya tertinggal kita disuruh sujud sahwi. Tapi, bagaimana pula dengan sunat Hai'at, kalau kita tinggalkan dengan sengaja, adakah boleh ditinggalkan dengan sengaja atau sebaliknya?

SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat

:salam
Saya ingin bertanya lagi, bagi seorang perempuan, apakah perlu mengulang semula solat sekiranya setelah selesai solat, kelihatan 2 atau 3 helai rambut berjuntaian keluar. Rambut ini mungkin sudah terjuntai sebelum solat tetapi tidak menyedarinya (kerana tidak mengemaskini pakaian sebelum solat). Diharap ustaz2 di sini sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2506: Hukum Karnival TV3

:salam
Saya ingin bertanya, apakah hukum hadir di majlis ilmu/agama dan pada masa yang sama, di sana juga ada majlis maksiat. Ini merujuk kepada Karnival TV3 yang dikatakan 'sure heboh'. Di samping mengadakan program al-kuliyyah :bestnyer, pengunjung juga disajikan dengan hiburan dari artis2. Diharap panel2 di sini dapat memberi jawapan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2551: Zikir dalam hati tanpa mengira

:salam
Saya ingin bertanya adakah kita boleh berzikir, misalnya menyebut "la ilaha illallah" di dalam hati dan tidak mengira berapa banyak yang kita sebut? Apabila teringat maka kita membacanya sehingga behenti. Ini kerana agak sukar untuk sentiasa memegang 'tasbih', juga kerana khuatir dikata orang hendak menunjuk atau orang mungkin fikir yang kita ini sangat wara'. Diharap ustaz2 di sini sudi menjawab. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2514: Pakaian Mandi

:salam
Setahu saya, mandi tanpa pakaian adalah makruh dan sunat jika berpakaian. Soalan saya:
1. apakah batas2 tubuh yg perlu ditutup untuk mendapatkan pahala sunat tersebut?
2. adakah masih mendapat pahala sunat sekiranya kita menanggalkannya ketika hendak sabun?
Saya harap panel2 di sini dapat memberi jawapan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran...
:wassalam

SJ-2517: Riba - dulu dan sekarang

Dulu faedah pinjaman adalah tinggi sehingga 10% tapi pinjaman kerajaan adalah 4%, maka dikatakan faedah pinjaman kerajaan bukan riba dengan alasan ianya rendah dan sebagai bayaran perkhidmatan saja. Sekarang dah terbalik, faedah bank rendah dari pinjaman kerajaan. Bolehkah dikatakan pinjaman kerajaan sebagai riba dan pinjaman bank bukan riba. Kalau tak boleh apakah justifikasi yang dulu mengatakan pinjaman kerajaan bukan riba.

SU-00048 uri bayi dan cara menguruskannya?

:salam

Oleh kerana saya bakal menjadi ayah :clap, buleh tak tuan2 sheikh panel al-ahkam menjawab persoalan ini.

Uri bayi itu bagaimana untuk menguruskannya, adakah amalan dari sunnah atau dari hukum fekah yang perlu saya patuhi. Ada yang saya dengar macam2, tak buleh bercakap masa menanamnya, tak boleh pandang sekelilinglah. Harap boleh bantu saya yer...

Jazakallah

:wassalam