Soaljawab Islam

SJ – 2525 : MENJAWAB SALAM MELALUI T.V , RADIO , E-MEL &

ÇáÓøáÇã Úáíßã æ ÑÍãÉ Çááå

apakah kaedah yg baik utk jawab salam yg diberi melalui email, mesej, pesanan suara, tv , radio dsbnya.

utk email atau mesej, perlukah kita balas balik atau tulis semula ucapan salam ?

sekian, terima kasih.

SJ – 2500 : BASMALAH PARA NABI ‘A.S TERDAHULU

Al quran diturunkan semasa nabi Muhammad saw,begitu juga dengan bismillah, jadi adakah bismillah dibaca juga oleh nabi2 terdahulu ?, tolong huraikan.

SJ-2501 : Basmalah dan surah AL-Taubah

Kita dilarang membaca bismillah pada permulaan surah attaubah.Kalau kita baca beberapa ayat kemudian berhenti. Lepas beberapa lama kita nak sambung semula adakah kita dilarang juga membaca bismillah, atau adakah perlu baca bismillah. Tolong jelaskan beserta dalil sekali kerana saya mendapat beberapa jawapan dari orang2 yang di tanya tapi mereka tak sertakan dalil.

SJ-2548: Masalah hubungan

:salam

SU-00047 Pertanyaan Tentang Solat...

Assalamu'alaikum...
Saya ingin bertanya,
a) bilakah waktu-waktu yang dibolehkan untuk mengqada'kan solat yg ditinggalkan bukan kerana terlupa atau tertidur?
b) adakah solat subuh dimestikan dalam waktu subuh, dan solat zohor dimestikan dalam waktu zohor, dan begitulah seterusnya. Ataupun boleh dikerjakan mana-mana sembahyang dalam mana-mana waktu sekalipun tanpa mengikut turutan. Contohnya diqada'kan solat subuh dahulu, kemudian qada' solat zohor, asar dan seterusnya?

SJ – 2499 : MENGHADIRKAN ROH JIN

Assalamu'alaikum Warah MatulLah

Menghadirkan roh jin adalah suatu yang tidak mustahil dan boleh berlaku, kerana tiada nash yang mengatakan ia tidak boleh berlaku. (Boleh berlaku, bukannya halal dilakukan - hukumnya haram) .

Jazakallah.

SJ-2510: safar mar'ah

:salam,
Terdapat dlm Sahih alBukhari dan Sahih Muslim tentang pengharaman wanita bermusafir tanpa ditemani mahram. Adakah di sana ada pengecualian? Bolehkah 3 wanita dan 2 lelaki bermusafir ke Kelantan dari KL dgn kereta dan mereka hanyalah berkawan bukannya mahram. Harap ustaz dapat jelaskan, kerana hal ini memang biasa berlaku pada org2 yg belajar agama jugak.

SU-00046 bersalaman dgn wanita

:salam

boleh tak kita bersalaman dgn wanita ?..yg saya tahu hukumya haram tetapi ada yg mengatakan boleh selagimana tdk timbul fitnah..

SJ - 2492 : HUKUM BELAJAR SILAT GERAK KILAT

asalamualaikum....

saya nak bertanya tentang perkara yang sudah lama terpendam.saya pernah terdengar tentang Gerak Kilat , adakah ianya satu seni mempertahankan diri...salahkah sekiranya mempelajari dan mengamal..saya juga pernah melihat kitab untuk amalannya..sila jelaskan kepada saya kalau boleh hantarkan ke email saya [email]disket84@yahoo.com[/email]

:salam

SJ-2489: Gambar (illustrasi bercetak) Rasulullah SAW dan par

Apakah pandangan ulama’ muktabar berkenaan dgn ilustrasi (kartun, suara dan sebagainya) tentang batang tubuh Rasulullah SAW dan para sahabat. Contohnya seorang yg ingin membuat filem atau animasi berkenaan dgn sirah Rasulullah SAW. Bagaimana gambaran yg dpt dibuat utk menerangkan kata-kata sahabat dan sabda Rasulullah SAW. Adakah tegahan yg berupa dalil yg shahih drpd Al-Quran, hadith, atau kata2 sahabat? Jzk.

SJ-2485: [U] wahabi

Adakah golongan wahabi tergolong ahlus sunnah waljamaah? Saya sudah bertanya kepada banyak ustaz, mereka mengatakan wahabi tergolong dalam ahl sunah wal jamaah. tetapi kenapa astora jabat menentang kuat golongan wahabi dalam majalah al-islam?

SJ-2493: [U] hukum mendengar lagu.

apakah hukumnya mendengar lagu. samaada lagu nasyid, lagu metal ,pop,dan lain-lain lagi? :confused:

SJ-2494: Air liur

:salam
Satu lagi soalan yang ingin saya tanya. Saya pernah terbaca article menyatakan air liur yang meleleh ketika tidur(air liur basi) adalah najis. Benarkah? Jika benar, perlukah kita membangunkan orang yang sedang tidur jika kita melihat air liurnya meleleh? dan jika kita tersedar dari tidur, perlukah segera membasuh apa-apa yang terkenanya?
Diharap soalan ini tidak keterlaluan. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2509: Gambar Kekasih

:salam
Diharapkan panel di sini sudi menjawab. Apakah hukum merenung gambar kekasih dgn perasaan rindu dan sayang :love sedangkan pemakaiannya di dalam gambar adalah sopan/menutup aurat? Adakah ianya juga dilarang? Diharap panel di sini dapat memberikan jawapannya. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
:wassalam

SJ-2516: Jima' - darah haid dan istihadah

:salam
semoga Allah merahmati dan memberikan kekuatan kepada umat Islam seluruh dunia.....
pre: sebagaimana yang kita tahu secara umumnya wanita mempunyai kitaran haid yang unik dan kompleks. Ada yang 6 hari sehinggalah ada yang 20 hari.