SJ-2549: kahwin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2549: kahwin

:salam....semoga allah merahmati warga al-ahkam semua.
saya nak bertanya serba sedikit mengenai nikah kahwin.

soalan 1: Adakah berdosa sekiranya seseorang lelaki itu tidak berkahwin sedangkan ia mampu (bekerja) tetapi dia seolah-olah tidak mempunyai keinginan kerana menganggap dirinya telah semakin tua?

soalan 2: Adakah berdosa sekiranya seseorang lelaki itu berkahwin dengan perempuan yang lebih tua darinya? Apakah hukumnya dalam Islam?

soalan 2.1: Apakah kelebihan sekiranya lelaki berkahwin dengan perempuan yang lebih tua darinya?. Sekiranya ada nas- nas yang soheh sila nyatakan.

soalan 3: Adakah boleh manusia berkahwin dengan jin,bunian? Adakah wujud kahwin ghaib?

sekadar ini dahulu saya ingin bertanya saya harap warga al-ahkam dapat memberi jawapan yang soheh kepada saya ... :salam..ilalliqa' [="black"] [/]

Re: SJ-2549: kahwin

:wassalam

Jawab:
1. kahwin itu fitrah dan sunnah
Dalilnya:
a. dari Ibn Mas'ood ra, "wahai pemuda, barangsiapa yg mampu kahwin hendaklah dia berbuat demikian) Muslim: Kitab Nikah ms 1038
b. HR Imam Ahmad," Sesungguhnya di antara sunnahku ialah kahwin. (antara) orang yg paling buruk ialah orang bujang (yg tidak mahu kahwin)" (Syaikh Abu Muhammad al Tihami, Qurrat alUyun, Cairo: ms 10)
Pokoknya: enggan berkahwin dgn alasan yg tidak syara'iy bercanggah dgn sunnah

2. Isu pilihan isi hati ni tak payahlah kita rincikan. jangan jadi Bani Israil dgn peristiwa alBaqarah . Panduan umum:" pilihlah yg beragama niscaya kamu akan selamat" HR Bukhari-Muslim dari Abu Hurayra ra)

2.1 Berkahwin dgn perempuan tua
hadis: Musnad Imam Ahmad," kahwinlah dgn perempuan yg penyayang dan yg subur.." (disahihkan oleh alHakim)
Jadi perempuan tua ini kelebihannya ialah penyayang dan sabar sebab banyak pengalaman, tapi kesuburan tentulah anak dara yg masih sunti.
Namun pro dan cons ini termasuk misteri.
Dalil:
"boleh jadi kamu benci suatu perkara sedangkan ada kebaikan bagimu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu perkara, ia adalah keburukan bagimu. Allah-lah yg Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." terjemah AQ 2:216
Tepuk dada tanya selera.

3. janganlah bertanyakan sesuatu yg kita tak ada pengetahuan padanya. Kita diperintah berkahwin sesama manusia sahaja.
Dalilnya: "dan diantara tanda2 kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan utkmu isteri2 dari JENIS kamu sendiri.." Rum: 21
WA