Soaljawab Islam

SJ - 2047 : NASYID RAIHAN & RADIO DIRAMPAS

Assalamualaikum wmt wkt,

1.Siapakah golongan tihamah yang disebut dalam nasyid kumpulan Raihan?

2.Sek menetapkan radio barang larangan, kemudian ada pelajar yang masih membawanya...dirampas oleh guru disiplin...ditetapkan radio boleh diambil selepas 6 bulan jika tak tuntut, hangus kemudian sek melelong radio tersebut kepada orang ramai... apa pandangan ahli panel tentang hukum ini?

wassalam

SJ-2056: [U] Serban

Assalamu'alaikum,
Adakah terdapat dalil yang mengatakan memakai serban akan dikurniakan pahala seperti pahala 70 orang yg mati syahid? Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil tersebut.
Terima Kasih.

SJ - 2045 : ADAKAH KARAMAH BERTENTANGAN DENGAN LOGIK AKAL ?

assalamualaikum...lama dah x tulis apa2 kat sini..smenjak al-ahkam tukar site dulu, login x dpt masuk..ni login baru nih...ok, terus kpd soalan :

1) Apa pendapat panel al-ahkam tentang pendapat brothers salafi (sestengah mereka) yg snang2 mnafikan karomah atau kejadian ajaib yg berlaku ke atas org2 selepas Nabi S.A.W dan sahabah R.A?

SJ-2048: Solat Sunnah (3)

Assalamualikum,

Mengenai Solat Hajat saya rasa banyak diamalkan sebagai solat tersebut untuk berubat, memohon doa dsb. apa pendapat tuan. Maka saya keliru status dari seqi fiqh, jika pendapat/dalil tidak kuat kenapa ramai alim/ulama/abid mengamalkannya untuk pelbagai sebab.

Tambahan-Solat 2-8 rakaat selepas Maghrib dikenali dengan solat awabin/hifzil iman.

JKK

SJ-2053: Doa, ruqyah, hadith sahih, siapakah Jameel Zeeno?

Soalan (1):
Di dalam hadith ada dinyatakan yang do'a itu suatu ibadah, dan setiap ibadah itu pula mesti ditujukan kepada Allah sahaja; oleh itu dikatakan menjadi kufur orang yang menyeru di dalam do'a mereka pertolongan kepada malaikat, nabi, jin atau apa-apa sahaja makhluk Allah. Bagaimana pula dengan kedudukan jampi (ruqyah)? Adakah ia juga suatu bentuk sembahan (worship)? Apakah hukum seseorang (bomoh/kahin) yang menyeru nama-nama malaikat, nabi atau orang Soleh terdahulu di dalam jampi mereka?

SJ-2046: Solat sunat dan solat ketika hujan

1) Benarkah pendapat yang mengatakan solat sunat lebih afdhal dikerjakan di rumah manakala solat fardhu di Masjid/ surau/ musolla? Pendapat ini merujuk kepada riwayat yang mengatakan "Janganlah jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur" (mungkin Tuan boleh memberi matan sebenar riwayat tersebut")

2) Saya pernah membaca sebuah hadith di dalam Sahih Muslim yang mana Rasulullah SAW bersabda maksud hadithnya "Solatlah kamu di tempat di mana kamu berada ketika hujan".

SJ-2051: PUASA Terbuka Awal Tanpa sengaja.

Baru-baru ini saya telah dikejutkan oleh rakan saya mengatakan bahawa puasa kami semua telah batal sejak awal puasa berikutan kami telah berbuka lebih awal dari masa kawasan kami iaitu seawal 1-2 minit. dimana bila azan disiarkan di kaca TV maka kami pun berbuka tanpa perasan bahawa kws kami belum lagi tiba masa sedangkan pada yang sama kami menyangka bahawa masa kami adalah sama berikutan jarak antara KL dan shah alam yang dekat. Di sini saya ingin tahu tiadakah Ihsan bagi golongan seperti kami yang berbuka tanpa disengajakan.

SJ-2044: [Re-send] [U] Qabliyah Juma'at

Assalamualaikum,
Mintak maaf sebab mail terus ke mail peribadi saudara. Saya cuba nak gunakan 'kemukakan soalan' tapi tak berjaya.

SJ-2050: Waktu Imsak bid'ah

Betulkah waktu imsak amalan bid'ah?

SJ-2049: zakat fitrah

Assalamualaikum ustad,
.Siapakan yang sepatutnya membayar zakat fitrah bagi seorang anak perempuan yang sudah berkerja dan mampu untuk membayarnya sendiri. Adakah bapanya berhak membayarnya. Sekian.

SJ-2043: Solat Sunat-Kontroversi

Assalamualaikum,

Mungkin kita mulakan dengan solat hajat/awwabin. JKK

SJ-2040: Makanan dalam mulut sewaktu puasa....

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanyakan berkaitan makanan di dalam mulut sewaktu kita berpuasa.
1--Kahak. Saya mempunyai kahak yang tebal. Kadang-kadang ia selalu masuk ke mulut secara tiba-tiba [atau mungkin perasaan saya]...saya begitu tertekan kerana selalu sgt keadaan ini. Perlukah saya meludah? Bila meludah tu kena berkumur dgn air mutlak tak???
Pernah juga saya terasa pahit/manis sedangkan itu waktu tengahari....dan tentunya sudah lama makanan itu hadam....

SJ-2042; Qada dan Qadar

If Allah guides whom he wills, then it's not really somebody's fault that they are not Muslim..or not a good Muslim.... ????
Because they haven't been guided yet right? I'm confused.

saya ditanya soalan di atas. boleh tak pihak tuan memberi jawapan supaya saya boleh menghuraikannya kepada sipenanya.

SJ-2041: Kontroversi-Solat Sunat

Assalamualaikum,

Solat Sunat yang disenaraikan sebagai ada khilaf bersabit dengannya bolehkan diterangkan sedikit sebanyak

JKK

SJ-2061: Berpanjang-panjang dalam berdoa.

Apakah yang di maksudkan dengan Di akhir zaman nanti umat Islam akan berpanjang-panjang dalam berdoa.