Soaljawab Islam

SJ-2098: mazhab...boleh pindah randah?

:salam

Saya ada satu masalah. Kita ambil bab wudhu' misalnya. Setelah mengkaji dan meneliti nas dan dalil yg digunakan oleh imam2 mazhab, saya berhasrat untuk mengambil pendapat yang mengatakan tidak batal wudhu' selagi mana tidak diiringi dgn syahwat. Persoalannya perlukah saya memakai keseluruhan pendapat mazhab tersebut berkisar tentang wudhu'. Contohnya berkaitan anggota wajib menurut pendapat mazhab tersebut (kalau lain dgn mazhab syafi'i)? :confused:

SJ-2112: Pembahagian harta (faraidh)

jika suami meninggal, bagaimana pembahagian harta pusaka mengikut secara Islam . boleh terang secara lengkap. terimaksih. :)

SJ-2108: Adat perkahwinan: Soal keberkatan.

Assalamualaikum

Kemusykilan mengenai keberkatan dalam adat perkahwinan Melayu. Mahar itu ialah mas kahwin. Dalam adat melayu, mas kahwin disekalikan dengan wang hantaran. Misalnya mas kahwin RM18xx dicampur wang hantaran RM4000 menjadikan jumlahnya RM58xx sebagai wang hantaran keseluruhan. Wang hantaran hanyalah adat Melayu sahaja. Islam hanya mementingkan kepada maharnya.

SJ-2100: Azan

Assalamu'alaikum,

SJ-2097: Taharah: bhn makanan haram

Assalamu'alaikum

1. Sekiranya kita tersentuh bhn makanan yg mempunyai bahan haram seperti gelatin dari khinzir, adakah kita perlu menyucikan tangan yg tersentuh itu dengan 7 kali air + tanah?

2. Bagaimana pula dgn bekas makanan yg telah menampung makanan itu. Adakah perlu disucikan atau memadai dibasuh saja?
Terima kasih, wassalam.

SJ-2096: Fiqh Solat: Solat Qadha secara jama'ah

Bolehkah solat Qadha' secara berimam. :bash

SJ-2091: Pakaian Sutera

Adakah pakaian sutera (kain setting) boleh dipakai oleh lelaki?

SJ-2082: bid'ah lagi (part 2)

:salam :)

Saya ada 3 soalan berkisar dgn bid'ah

1) Adakah menyambut Maulid Nabi itu bid'ah. Syeikh Atiah Saqr berpendapat bahawa ianya tidak menjadi kesalahan selagi mana tidak bercampur dgn perkara yg haram. Hadis di bawah ini menjadi hujahnya yg mengatakan keberkatan hari lahir Nabi Muhammad SAW.

SJ-2090: Anak susuan

Assalamu’alaikum!

Adakah batal wudhu’ dan apakah aurat anak susuan dengan

1) bapa susuan?
2) adik beradik susuan?
3) bapa @ ibu saudara sebelah ibu susuan
4) bapa @ ibu saudara sebelah bapa susuan

Jazakallah!

Sj-2095: Lalu dihadapan org yg sedang solat

Assalamu’alaikum!
Bolehkah Ustaz nyatakan nas yang melarang kita lalu dihadapan orang yang sedang solat? Jika benar terdapat larangan seperti itu, bagaimana dalam keadaan orang yg ramai seperti di Masjidil Haram, bukankah ianya akan menyukarkan pergerakan seseorang? Saya pernah terbaca @ terdengar riwayat yg melarang seseorang itu lalu dihadapan org yg solat krn jika ia mengetahui dosanya, ia akan lebih rela berdiri 40 tahun di tempat ianya berdiri. Adakah riwayat ini shahih? Jazakallah!

SJ-2094: erkara2 yg dibolehkan antara solat2 jika jamak

:salam
saya browse through arkib, dan rasa2nye x jumpa jawapan masalah nih...kalau ada, tolong reply...
apa2pun, soalan saya adalah:

- benarkah bila kita menunaikan solat jamak / qasar, tidak boleh ada apa2 perbuatan mahupun percakapan antara solat pertama dgn solat kedua, kcuali 3 perkara (saya x ingat tiga2...yg saya ingat, iqamat)? sahih ke nih? :confused:
jazakumullahu khairian kathiran... :wassalam

SJ-2078: Hukum HIZBI?

Assalamualaikum...baru2 ni ana ade t'baca sebuah kitab karangan salah seorg ustaz yg boleh dikatakan masyhur jugak kat negara kita ni...kitabnya tu b'kaitan dgn Fiqh Siasah...
Dalam kitabnya itu, ade kenyataan yg b'bunyi 'Hukum Membentuk Hizbi adalah HARAM'...selain itu, ustaz tu jugak menyamakan org yg m'bentuk Hizbi ni boleh dikategorikan sbg Khawarij... Ana b'harap sgt ustaz2 dpt turun tgn utk menerangkan keadaan yg sebenarnya seterusnya memisahkan antara yg haq dan yg bathil...sekian...wallahu'alam... :confused:

SJ-2089: Suci atau tidak?

Assalamu'alaikum

Terima kasih kerana memberi ruang utk saya bertanya. Harapan saya ialah saudara dpt menjawab kemusykilan saya..

1. Sehelai seluar yang terkena sentuhan anjing/najis anjing direndam dalam air bersama-sama pakaian lain, adakah pakaian2 lain itu turut dikategorikan bernajis mughalazah?

2. Bagaimana pula jika air rendaman itu tidak bertukar warna dan tiada 'ain najis pada seluar yg dikhuatiri bernajis itu?

SJ-2088: Hadith ttg Nabi Isa (as) akan membunuh semua babi

Apakah status hadith yang mengatakan Nabi Isa AS akan membunuh semua babi di dunia ini sebelum Qiamat? Sekiranya ia sahih, bolehkah ustaz kemukakan hujah-hujah supaya kita dapat menerima dan beriman dengannya sepenuh yakin.

SJ-2087: Tentang ragu2, najis dan solat

Assalamu'alaikum