Assalamualaikum
Kemusykilan mengenai keberkatan dalam adat perkahwinan Melayu. Mahar itu ialah mas kahwin. Dalam adat melayu, mas kahwin disekalikan dengan wang hantaran. Misalnya mas kahwin RM18xx dicampur wang hantaran RM4000 menjadikan jumlahnya RM58xx sebagai wang hantaran keseluruhan. Wang hantaran hanyalah adat Melayu sahaja. Islam hanya mementingkan kepada maharnya.
Islam menganjurkan mahar yang ringan (mengikut kemampuan) kepada pihak lelaki kerana keberkatan rumah tangga itu terletak pada perkara yang memudahkan perkahwinan. Sekiranya RM18xx itu tidak membebankan pihak lelaki, sudah tentu ia dikira sebagai mahar yang ringan.
1. Tetapi sekiranya jumlah keseluruhan RM58xx itu melambatkan perkahwinan atau mengganggu mudahnya sesuatu perkahwinan, adakah ia akan menjejaskan keberkatan sebuah rumah tangga? sedangkan kedua pihak sanggup dan bersetuju.
2. Jadi adakah keberkatan itu bergantung kepada keadaan perkahwinan itu (disebabkan wang hantaran) ataupun bergantung pada kerelaan/persetujuan kedua belah pihak?
3. Sekiranya jumlah wang hantaran dan perkahwinan yang ditangguh itu tidak menjadi masalah, adakah ia tidak menjejaskan keberkatan rumah tangga?
4. Bagaimana pula dengan wang pinjaman bank atau institusi kewangan digunakan untuk kos kenduri? Adakah sistem pinjaman itu akan mempengaruhi keberkatan urusan perkahwinan itu. Pinjaman itu bertujuan untuk mempercepatkan perkahwinan. Jika dikumpul sendiri sudah tentu perkahwinan itu ditangguhkan lagi.
Sememangnya keberkatan bergantung kepada Allah untuk hambanya. Tetapi sekurang-kurangnya kita perlu jaga daripada langsung tidak diberkati Nya kerana keberkatan Nya itulah yang menentukan kebahagiaan rumah tangga dan apa jua yang dikehendaki Nya.
Sekadar kemusykilan umum.
:wassalam
Lanjutan dari siri Sj-2107 sebelum ini, keperihatinan anda mengenai keberkatan perkahwinan adal kebenarannya. Diperakui dari sebilangan hadis, salah satu keberkatan perkahwinan adalah yg rendah maharnya. Rendah mahar ini hanya salah satu pintu2 keberkatan hidup, banyak lagi faktur2 lain yg memberkahi perkahwinan dan kehidupan yg bakal didirikan kelak.
Perkahwinan di Malaysia didasarkan dari budaya Melayu purba yg berasal dari sejarah silam budaya Melayu/Nusantara. Lalu lahirlah pengukuhan adat seperti berikut: " Biar mati anak, jangan mati adat; Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah." Athar melayu ini begitu kukuh di alam Melayu dan menyebabkan penerapan budaya Islam menjadi perlahan.
Mengenai mahar: di Malaysia komponen mahar secara umumnya spt berikut:
1. Mahar maskahwin (ditetapkan oleh Pendaftar Nikah)
2. Wang Hantaran/Belanja (adat)
3. sebentuk cincin (selalunya berlian)
4. persalinan
5. alat solek
6. kasut dan beg tangan
7. buah-buahan
8. Sireh junjung/Pulut semangat
dll mengikut adat setempat
Islam menganjurkan kesederhanaan (mahar yg sederhana; tidak terlalu rendah yg merendahkan martabat wanita) dan tidak terlalu tinggi yg membebankan lelaki dan menimbulkan kesulitan. Budaya tingginya mahar ini bukan sahaja di Malaysia bahkan lebih serius di Timur Tengah, tempat kelahiran Nabi saw sendiri. Saudi Arabia dan Negara2 Teluk (Khaleej) mengenakan mahar antara yg tertinggi di dunia Islam!
Sesungguhnya perjalanan Islam masih jauh lagi bukan sahaja melahirkan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga malah dalam kehidupan bernegara kearah negara yg juga diberkahi. WA
(Ruj: Dr Amran Kasimin, Istiadat Perkahwinan Melayu, DBP; Syaikh Ali Qutb, Tuhfatul Aris wal Urus, Albani, Adabul Zifaf
:walksmil