Soaljawab Islam

Sj-2155: Poligami( S vs S) dua pandangan menteri

:salam
Nak terima pandangan ustaz
masalah hangat/hot issue dimana dua menteri memberi pandangan masing2 apa pandang ustaz. Saya tak pasti adakah pihak yang bertanggungjawap memberi komen dengan masalah ini. Saya takut nanti masyarakat pening/comfused dengan masalah ini.
Maaf kerana saya tak tahu dalam ruangan ini sesuai untuk pandangan ustaz. Bagi saya kalau boleh semua orang boleh tahu isu begini supaya mereka/saya tidak terima bulat2 kata2 mereka dimana keperibadian mereka dipersoalkan. :ceewaah

SJ - 2156 : DILEMA ANTARA MAJLIS TAHLIL-KENDURI DENGAN MAJLI

:salam

Ustaz sebenarnya tajuk nie saya tak tahu nak tulis apa? so saya tulis mcm nie,saya takut nanti org kata saya plak mcm2.Niat saya bukan mcm tu,sebab tak tahu nak tulis tajuk yang sesuai ngan soalan yang hendak saya ketengahkan.

Sj-2160: Nafkah

:salam
Sebagai suami ianya mempunyai t/jawab, terutamanya nafkah zahir dan batin. jadi, apakah maksud sebenar nafkah zahir dan batin ini menurut kaca mata Islam?

Apakah nafkah zahir ini hanya duit shj atau sebagaina?
Apakah nafkah batin in hanya dari hubungan seks shj atau sbgnya?

SJ-2159: kubur (meracun rumput)

:salam

boleh atau tidak kalau kita meracun rumput di atas kubur yg bertujuan utk mencerahkannya.
:wassalam

SJ-2154: [U] Qiblah dan waktu solah.

:salam

a) Bolehkah kita berbeza sedikit daripada arah qiblah yang sebenar (bbrp darjah) sebagai cth; katakan kita berada di tempat yang arah qiblah nye 45darjah ke utara, ttp disebabkan tiada kompas/orang yg tahu menunjukkan arahnya begini dan begini (tidak accurate 100%) jadi lajaknya adalah 47 atau 50 darjah. Sahkah solat? Adakah kita betul2 memerlukan kompas utk dibawa bermusafir (i.e masuk hutan, keluar negara) atau cukup mengganggarkan dgn melihat matahari shj?

SJ-2153: Status Orang Klon Dari Kacamata Islam

:salam

Saya ingin bertanya apakah status orang klon dari kacamata Islam? Sekiranya seseorang (dari negara Barat, tentunya) yang wujud disebabkan telah "diklon", dan kemudian masuk Islam, apakah dia setaraf dengan manusia yang wujud mengikut harfiah alam?
:wassalam

SJ-2157: Definisi orang beriman yang sebenar

Terdapat ramai orang yang melakukan solat, berdoa dan melakukan ibadat, tetapi tujuannya yang utama ialah supaya Allah memberi kesenangan serta kesejahteraan kepada keluarganya. Biasanya fokus ibadat mereka ialah tentang keselamatan diri dan keluarga, dimurahkan rezeki, dilindungi dari khianat manusia. Bukankah ini boleh dikaitkan dengan ayat di dalam surah al-Baqarah mengenai manusia yang berdoa kepada Allah supaya mendapat kesenangan di dunia, dan mereka tiada bahagian di akhirat?

SJ-2152: Isteri ugut akan mintak cerai jika suami mahu kahwi

Seorang suami ingin berkahwin seorang lagi (nombor 2) kerana tuntutan emosi beliau terasa tidak dipenuhi. Si isteri pula berkata akan menuntut cerai jika suami ingin berpoligami. Apakah yang harus dilakukan oleh si suami supaya ia tidak mengundang kemurkaan Allah? Adakah Allah murka terhadap suami yang melukai perasaan isteri dengan berkahwin seorang lagi? Bolehkah kita menggelar lelaki yang berbuat demikian sebagai `tidak berhati perut' atau gelaran buruk yang lain?

SJ-2150: [U] Fatwa Rokok

Apakah pandangan ustaz sekalian tentang rokok adakah haram atau sebaliknya ? Pasal pada tahun 1985 pernah difatwakan haram. (petikan tentang rokok : [url=http://www.tranungkite.net/c01/masrizal1.htm)]http://www.tranungkite.net/c01/masrizal1.htm)[/url]

SJ-2149: Sapu muka lepas salam

:salam

amalan menyapu muka selepas salam merupakan satu amalan yg biasa kita lihat. Tetapi adakah ianya sunnah. Setakat yg saya jumpa, hadis2nya dikatakan sgt lemah dan kaum salaf mengatakan ianya sebagai satu bid'ah (kalau saya tak silap). Tetapi adakah amalan ini khilaf sepertimana amalan menyapu muka selepas salam. :confused:
:wassalam

SJ-2148: Solat Jama'-Qasr: Bermakmumkan Imam mukim

:salam

Bolehkan orang yg solat qasr-jama' mengikuti Imam yg solat genap (tamam)
:wassalam

SJ-2151: Makan sembelihan klon

:confused:Assalamualaikum Ustaz,
Khabar nya sebuah universiti tempatan ada melakukan kajian mengenai klon dan makhluk yang diklon ialah kambing. Apakah hukum memakan kambing tersebut sekiranya dilakukan penyembelihan mengikut syara'?

SJ-2147: Aurat dan Junub.

Assalamu'alaikum,
1.Adakah suara wanita itu dikategorikan sebagai aurat?
2.Adakah terdapat larangan tidak boleh makan ataupun minum ketika berada dalam keadaan berjunub (hadas besar)?
Maafkan saya jika soalan ini telah pun ditanya dan dijawab oleh Ustaz THTL/Pendekar. Terima kasih.

SJ - 2145 : INZAL & KLIMAKS KETIKA PUASA

Assalamualaikum Wmt Wkt Tuan Panel,

Adakah puasa seorang wanita itu batal jika si suami bermain dengan kemaluan isteri hingga isteri mencapai klimaks sedangkan perkara membatalkan puasa ialah berjimak.

Wassalam

SJ-2146: Kencing X Tus

Assalamualaikum Wmt Wkt tuan panel,

Adakah boleh seorang pengidap kencing tak tus menggunakan kondom yang dibuat dari getah sebagai menegah air kencing dari terkena pakaian. Wassalam