Al-Syama'il: Bab 01. Rupa Fizikal Rasulullah s.a.w. (15 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

1

Bab: Rupa Paras Nabi s.a.w. (15 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي خَلْقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1

1. Anas bin Malik berkata:

“Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.

Baginda s.a.w. diutus oleh Allah menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda s.a.w. menetap di Mekah (sebagai Rasul) selama sepuluh tahun dan di Madinah juga selama sepuluh tahun.

Baginda s.a.w. diwafatkan oleh Allah dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

 

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِالطَّوِيلِ الْبَائِنِ، وَلَا بِالْقَصِيرِ، وَلَا بِالْأَبْيَضِ الْأَمْهَقِ، وَلَا بِالْآدَمِ، وَلَا بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ، وَلَا بِالسَّبْطِ، بَعَثَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِينَ سَنَةً، فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ، وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ، وَتَوَفَّاهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ سِتِّينَ سَنَةً، وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ»

2

2. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak keriting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda s.a.w. coklat. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Tirmizi)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَبْعَةً، لَيْسَ بِالطَّوِيلِ وَلَا بِالْقَصِيرِ، حَسَنَ الْجِسْمِ، وَكَانَ شَعْرُهُ لَيْسَ بِجَعْدٍ وَلَا سَبْطٍ أَسْمَرَ اللَّوْنِ، إِذَا مَشَى يَتَكَفَّأُ»

3

3. Al-Bara’ bin Azib berkata:

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang).

Rambutnya yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya.

Apabila Baginda s.a.w. memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Daud)

 

الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ يَقُولُ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مَرْبُوعًا بَعِيدَ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، عَظِيمَ الْجُمَّةِ إِلَى شَحْمَةِ أُذُنَيْهِ الْيُسْرَى، عَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ، مَا رَأَيْتُ شَيْئًا قَطُّ أَحْسَنَ مِنْهُ»

4

4. Al-Bara’ bin Azib berkata:

Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w. memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu Baginda s.a.w. bidang. Baginda s.a.w. bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi. (Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: «مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِي لِمَّةٍ فِي حُلَّةٍ حَمْرَاءَ أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ، لَهُ شَعْرٌ يَضْرِبُ مَنْكِبَيْهِ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، لَمْ يَكُنْ بِالْقَصِيرِ وَلَا بِالطَّوِيلِ»

5

5. Ali bin Abi Talib berkata:

Rasulullah s.a.w. tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendinya besar. Bulu yang tumbuh di dada sehingga pusatnya lebat. Apabila Baginda s.a.w. berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun ke tempat yang rendah. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda s.a.w., sama ada sebelum (Baginda s.a.w. lahir) mahupun selepas (Baginda s.a.w. meninggal dunia). (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ: «لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالطَّوِيلِ وَلَا بِالْقَصِيرِ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ، ضَخْمُ الرَّأْسِ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ، طَوِيلُ الْمَسْرُبَةِ، إِذَا مَشَى تَكَفَّأَ تَكَفُّؤًا كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ، لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ مِثْلَهُ، صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»

6

6. Riwayat sama seperti di atas.

عَنِ الْمَسْعُودِيِّ، بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ بِمَعْنَاهُ

7

7. Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat Rasulullah s.a.w.:

Rasulullah s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Baginda s.a.w. bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur.

 

Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi Baginda s.a.w. mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda s.a.w. sedang turun di lereng yang curam.

 

Apabila Baginda s.a.w. berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun nubuwah, iaitu tanda kenabian bagi para nabi. Rasulullah s.a.w. merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah (Rasu- lullah tidak pernah berkeluh-kesah atas sikap tidak ber- timbang rasa dan penyeksaan oleh kaumnya.). Baginda s.a.w. adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

 

Manusia yang perangainya paling lembut, dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat pertama kali, pasti akan menaruh hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda s.a.w. tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., tentunya akan berkata, “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengan Baginda s.a.w., sama ada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda s.a.w. meninggal dunia. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

كَانَ عَلِيٌّ إِذَا وَصَفَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ بِالطَّوِيلِ الْمُمَّغِطِ، وَلَا بِالْقَصِيرِ الْمُتَرَدِّدِ، وَكَانَ رَبْعَةً مِنَ الْقَوْمِ، لَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ، وَلَا بِالسَّبْطِ، كَانَ جَعْدًا رَجِلًا، وَلَمْ يَكُنْ بِالْمُطَهَّمِ وَلَا بِالْمُكَلْثَمِ، وَكَانَ فِي وَجْهِهِ تَدْوِيرٌ أَبْيَضُ مُشَرَبٌ، أَدْعَجُ الْعَيْنَيْنِ، أَهْدَبُ الْأَشْفَارِ، جَلِيلُ الْمُشَاشِ وَالْكَتَدِ، أَجْرَدُ ذُو مَسْرُبَةٍ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ، إِذَا مَشَى تَقَلَّعَ كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ فِي صَبَبٍ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ مَعًا، بَيْنَ كَتِفَيْهِ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ، وَهُوَ خَاتَمُ النَّبِيِّينَ، أَجْوَدُ النَّاسِ صَدْرًا، وَأَصْدَقُ النَّاسِ لَهْجَةً، وَأَلْيَنُهُمْ عَرِيكَةً، وَأَكْرَمُهُمْ عِشْرَةً، مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ، وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ، يَقُولُ نَاعِتُهُ: لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ مِثْلَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ". قَالَ أَبُو عِيسَى: سَمِعْتُ أَبَا جَعْفَرٍ مُحَمَّدَ بْنَ الْحُسَيْنِ يَقُولُ: سَمِعْتُ الْأَصْمَعِيَّ يَقُولُ فِي تَفْسِيرِ صِفَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " الْمُمَّغِطُ: الذَّاهِبُ طُولًا ". وَقَالَ: " سَمِعْتُ أَعْرَابِيًّا يَقُولُ فِي كَلَامِهِ: تَمَغَّطَ فِي نَشَّابَتِهِ أَيْ مَدَّهَا مَدًّا شَدِيدًا. وَالْمُتَرَدِّدُ: الدَّاخِلُ بَعْضُهُ فِي بَعْضٍ قِصَرًا. وَأَمَّا الْقَطَطُ: فَالشَّدِيدُ الْجُعُودَةِ. وَالرَّجُلُ الَّذِي فِي شَعْرِهِ حُجُونَةٌ: أَيْ تَثَنٍّ قَلِيلٌ. وَأَمَّا الْمُطَهَّمُ فَالْبَادِنُ الْكَثِيرُ اللَّحْمِ. وَالْمُكَلْثَمُ: الْمُدَوَّرُ الْوَجْهِ. وَالْمُشَرَبُ: الَّذِي فِي بَيَاضِهِ حُمْرَةٌ. وَالْأَدْعَجُ: الشَّدِيدُ سَوَادِ الْعَيْنِ. وَالْأَهْدَبُ: الطَّوِيلُ الْأَشْفَارِ. وَالْكَتَدُ: مُجْتَمِعُ الْكَتِفَيْنِ وَهُوَ الْكَاهِلُ. وَالْمَسْرُبَةُ: هُوَ الشَّعْرُ الدَّقِيقُ الَّذِي كَأَنَّهُ قَضِيبٌ مِنَ الصَّدْرِ إِلَى السُّرَّةِ. وَالشَّثْنُ: الْغَلِيظُ الْأَصَابِعِ مِنَ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ. وَالتَّقَلُّعُ: أَنْ يَمْشِيَ بِقُوَّةٍ. وَالصَّبَبُ الْحُدُورُ، نَقُولُ: انْحَدَرْنَا فِي صَبُوبٍ وَصَبَبٍ. وَقَوْلُهُ: جَلِيلُ الْمُشَاشِ يُرِيدُ رُءُوسَ الْمَنَاكِبِ. وَالْعِشْرَةُ: الصُّحْبَةُ، وَالْعَشِيرُ: الصَّاحِبُ. وَالْبَدِيهَةُ: الْمُفَاجَأَةُ، يُقَالُ: بَدَهْتُهُ بِأَمْرٍ أَيْ فَجَأْتُهُ "

8

8. Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah s.a.w. kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu Abdullah). Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah s.a.w.. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah s.a.w. kerana aku mahu mencontohi Baginda s.a.w.. Inilah yang dikisahkan oleh Hind:

 

Rasulullah s.a.w. adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda s.a.w. lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kepalanya besar.

 

Rambutnya beralun. Apabiia rambut bahagian depannya terurai, Baginda s.a.w. membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai ke cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah s.a.w. menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut hampir menyentuh dan tidak melebihi telinga. Limmah: Jika melebihi cuping telinga). Warna kulitnya putih kemerah-merahan.

 

Dahinya luas, alisnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua alisnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidung Rasulullah s.a.w. mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang tidak melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda s.a.w. lebih mancung (daripada yang sebenarnya).

 

Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi, bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat.

 

Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata, dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar. Bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.

 

Dari pangkal leher sampai ke pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.

 

Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang , telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.

 

Apabila Rasulullah s.a.w. berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda s.a.w. melangkah dengan mantap, dan berjalan dengan tenang dan tawaduk. Jika Baginda s.a.w. berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda s.a.w. sedang turun ke tempat yang rendah. Apabila dipanggil, Baginda s.a.w. akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.

 

Pandangan matanya terarah ke bawah. Baginda s.a.w. menundukkan kepala menatap bumi lebih lama daripada memandang ke langit.

 

Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah s.a.w. akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda s.a.w. yang akan terlebih dahulu memberi salam.(Diriwayatkan oleh Tirmizi)

الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ: سَأَلْتُ خَالِي هِنْدَ بْنَ أَبِي هَالَةَ، وَكَانَ وَصَّافًا، عَنْ حِلْيَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَنَا أَشْتَهِي أَنْ يَصِفَ لِي مِنْهَا شَيْئًا أَتَعَلَّقُ بِهِ، فَقَالَ: " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخْمًا مُفَخَّمًا، يَتَلَأْلَأُ وَجْهُهُ تَلَأْلُؤَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، أَطْوَلُ مِنَ الْمَرْبُوعِ، وَأَقْصَرُ مِنَ الْمُشَذَّبِ، عَظِيمُ الْهَامَةِ، رَجِلُ الشَّعْرِ، إِنِ انْفَرَقَتْ عَقِيقَتُهُ فَرَّقَهَا، وَإِلَّا فَلَا يُجَاوِزُ شَعْرُهُ شَحْمَةَ أُذُنَيْهِ إِذَا هُوَ وَفَّرَهُ، أَزْهَرُ اللَّوْنِ، وَاسِعُ الْجَبِينِ، أَزَجُّ الْحَوَاجِبِ سَوَابِغَ فِي غَيْرِ قَرَنٍ، بَيْنَهُمَا عِرْقٌ يُدِرُّهُ الْغَضَبُ، أَقْنَى الْعِرْنَيْنِ، لَهُ نُورٌ يَعْلُوهُ، يَحْسَبُهُ مَنْ لَمْ يَتَأَمَّلْهُ أَشَمَّ، كَثُّ اللِّحْيَةِ، سَهْلُ الْخدَّيْنِ، ضَلِيعُ الْفَمِ، مُفْلَجُ الْأَسْنَانِ، دَقِيقُ الْمَسْرُبَةِ، كَأَنَّ عُنُقَهُ جِيدُ دُمْيَةٍ فِي صَفَاءِ الْفِضَّةِ، مُعْتَدِلُ الْخَلْقِ، بَادِنٌ مُتَمَاسِكٌ، سَوَاءُ الْبَطْنِ وَالصَّدْرِ، عَرِيضُ الصَّدْرِ، بَعِيدُ مَا بَيْنَ الْمَنْكِبَيْنِ، ضَخْمُ الْكَرَادِيسِ، أَنْوَرُ الْمُتَجَرَّدِ، مَوْصُولُ مَا بَيْنَ اللَّبَّةِ وَالسُّرَّةِ بِشَعْرٍ يَجْرِي كَالْخَطِّ، عَارِي الثَّدْيَيْنِ وَالْبَطْنِ مِمَّا سِوَى ذَلِكَ، أَشْعَرُ الذِّرَاعَيْنِ وَالْمَنْكِبَيْنِ وَأَعَالِي الصَّدْرِ، طَوِيلُ الزَّنْدَيْنِ، رَحْبُ الرَّاحَةِ، شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ، سَائِلُ الْأَطْرَافِ - أَوْ قَالَ: شَائِلُ الْأَطْرَافِ - خَمْصَانُ الْأَخْمَصَيْنِ، مَسِيحُ الْقَدَمَيْنِ، يَنْبُوعَنْهُمَا الْمَاءُ، إِذَا زَالَ زَالَ قَلِعًا، يَخْطُو تَكَفِّيًا، وَيَمْشِي هَوْنًا، ذَرِيعُ الْمِشْيَةِ، إِذَا مَشَى كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ، وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ جَمِيعًا، خَافِضُ الطَّرْفِ، نَظَرُهُ إِلَى الْأَرْضِ أَطْوَلُ مِنْ نَظَرِهِ إِلَى السَّمَاءِ، جُلُّ نَظَرِهِ الْمُلَاحَظَةُ، يَسُوقُ أَصْحَابَهُ وَيَبْدَأُ مَنْ لَقِيَ بِالسَّلَامِ "

9

9. Jabir bin Samurah berkata:

Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang mempunyai mulut yang lebar, bermata lebar dan bertumit nipis.

Syu’bah berkata, “Aku bertanya kepada Simak, apakah yang dimaksudkan dengan mulut yang lebar? Baginda s.a.w. menjawab, Bentuk mulutnya besar, iaitu seimbang dengan bentuk wajahnya.’

Aku bertanya, ‘Apakah yang dimaksudkan dengan bermata lebar? Simak menjawab, ‘Belahan matanya panjang. ’Aku bertanya, ‘Apakah yang dimaksudkan dengan bertumit nipis? ’Simak menjawab, ‘Daging tumitnya sedikit.”’ (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

جَابِرَ بْنَ سَمُرَةَ يَقُولُ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَلِيعَ الْفَمِ، أَشْكَلَ الْعَيْنِ، مَنْهُوسَ الْعَقِبِ» [ص:39]. قَالَ شُعْبَةُ: قُلْتُ لِسِمَاكٍ: مَا ضَلِيعُ الْفَمِ؟ قَالَ: عَظِيمُ الْفَمِ، قُلْتُ: مَا أَشْكَلُ الْعَيْنِ؟ قَالَ: طَوِيلُ شِقِّ الْعَيْنِ، قُلْتُ: مَا مَنْهُوسُ الْعَقِبِ؟ قَالَ: قَلِيلُ لَحْمِ الْعَقِبِ

10

10. Jabir bin Samurah berkata:

Aku melihat Rasulullah s.a.w. pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda s.a.w. memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda s.a.w. dan bulan silih berganti. Menurutku, Baginda s.a.w. lebih indah daripada bulan purnama. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

 

عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي لَيْلَةٍ إِضْحِيَانٍ، وَعَلَيْهِ حُلَّةٌ حَمْرَاءُ، فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَيْهِ وَإِلَى الْقَمَرِ، فَلَهُوَ عِنْدِي أَحْسَنُ مِنَ الْقَمَرِ»

11

11. Abu Ishaq berkata:

Ada seorang lelaki bertanya kepada al-Bara bin Azib, “Adakah wajah Rasulullah s.a.w. seperti pedang?” Al-Bara’ menjawab, “Tidak, wajah Baginda s.a.w. bahkan seperti rembulan.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ: سَأَلَ رَجُلٌ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ: أَكَانَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ السَّيْفِ؟ قَالَ: «لَا، بَلْ مِثْلَ الْقَمَرِ»

12

12. Abu Hurairah berkata:

Rasulullah s.a.w. berkulit putih, seolah-olah terbentuk daripada perak, rambutnya pula ikal beralun. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Abu Daud)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْيَضَ كَأَنَّمَا صِيغَ مِنْ فِضَّةٍ، رَجِلَ الشَّعْرِ»

13

13. Jabir bin Abdullah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata:

Sudah diperlihatkan para nabi kepadaku. Musa kelihatan seperti seorang lelaki daripada suku Syanu’ah (satu kabilah dari Yaman, tubuh mereka sederhana). Aku melihat ‘Isa bin Maryam, ternyata orang yang paling mirip dengannya yang pernah aku lihat adalah ‘Urwah bin Mas'ud. Dan, aku melihat Ibrahim, ternyata seseorang yang pernah aku lihat yang paling mirip dengannya adalah sahabat kalian ini (iaitu Rasulullah s.a.w. sendiri). Aku juga melihat malaikat Jibril, yang paling mirip dengannya yang pernah aku lihat adalah Dihyah." (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «عُرِضَ عَلَيَّ الْأَنْبِيَاءُ، فَإِذَا مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ ضَرْبٌ مِنَ الرِّجَالِ، كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ، وَرَأَيْتُ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا عُرْوَةُ بْنُ مَسْعُودٍ، وَرَأَيْتُ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ، فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا صَاحِبُكُمْ، يَعْنِي نَفْسَهُ، وَرَأَيْتُ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ فَإِذَا أَقْرَبُ مَنْ رَأَيْتُ بِهِ شَبَهًا دِحْيَةُ»

14

14. Sa’id al-Jurairi berkata, “Aku mendengar Abu Thufail berkata.

Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w., dan tidak ada seorang pun yang masih hidup di permukaan bumi ini yang pernah melihat Baginda s.a.w. selain aku. Sa’id al-Jurairi berkata, “Jelaskan sifatnya kepadaku!” Abu Thufail menjawab, “Baginda s.a.w. putih, tampan dan sederhana.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا الطُّفَيْلِ يَقُولُ: «رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا بَقِيَ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ أَحَدٌ رَآهُ غَيْرِي» ، قُلْتُ: صِفْهُ لِي، قَالَ: «كَانَ أَبْيَضَ مَلِيحًا مُقَصَّدًا»

15

15. Ibnu Abbas berkata:

Ada jarak (yang kecil) pada gigi hadapan Rasulullah s.a.w. Apabila Baginda s.a.w. berbicara, kelihatan seolah-olah ada cahaya yang memancar keluar dari antara celah-celah gigi hadapannya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Imam Baihaqi)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَجَ الثَّنِيَّتَيْنِ، إِذَا تَكَلَّمَ رُئِيَ كَالنُّورِ يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ ثَنَايَاهُ»

 

Disediakan oleh:

zain y.s (al-ahkam.net 2014)