Oleh zain-ys
Buku yang mesti dimiliki oleh setiap muslim yang mahu mengetahui hakikat Syiah Imamiyah dan tokoh-tokohnya
Sumber Rujukan Islam Anda..
Oleh zain-ys
Buku yang mesti dimiliki oleh setiap muslim yang mahu mengetahui hakikat Syiah Imamiyah dan tokoh-tokohnya
Oleh alitantawi
Sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu kajian hadith atau menceburkan diri dalam kajian hadith pasti tidak dapat mengabaikan buku-buku yang dipanggil buku Mustolah al-Hadith. Buku-buku seperti Nuzhat al-Nazor karya Ibn Hajar dan Tadrib al-Rawi karya al-Suyuthi adalah antara buku yang popular dalam kalangan pengkaji hadith. Buku-buku moden juga digunakan seperti buku Dr. Mahmud al-Tohhan bertajuk Taisir Mustolah al-Hadith dan buku Mabahith Fi Ulum al-Hadith karya Manna al-Qatthan.
Apakah kedudukan buku-buku Mustolah al-Hadith di sisi pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini? Sejauh manakah buku ini penting dalam kajian hadith? Bagaimanakah buku-buku ini digunakan oleh para pengkaji?
Tulisan ini adalah sebagai menyokong terhadap perbincangan article ust alitantawi berkenaan manhaj mutaqaddimun dalam kajian hadis:
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15595
HADIS MAKAN & MINUM BERDIRI:
(satu perbandingan penilaian Mutaqaddimun dan Mutaakhirun)
izinkan ana mencelah..lagi contoh yg ana rasa sesuai ialah hadis makan dan minum berdiri iaitu hadis yg ditanya kepada al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, apabila disemak hadis ini:
Kajian hadith melalui peringkat demi peringkat sejak zaman para sahabat sehinggalah ke zaman kita pada hari ini. Bentuk kajian di setiap zaman juga adalah berbeza mengikut keadaan dan kemampuan pengkaji. Ditambah pula dengan wujudnya sebab-sebab sampingan yang membantu kajian seperti kemajuan dalam penulisan dan teknik pemeliharaan hadith.
Di zaman para sahabat, tidak dinafikan bahawa terdapat kebarangkalian yang terlalu sedikit untuk wujudnya kesilapan sama ada sengaja atau tidak dalam periwayatan hadith. Namun, zaman demi zaman berlalu sehinggalah berakhirnya zaman para sahabat.
Petikan:
Dakwaan: Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak, zuhud dan alim Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid.
Kita jawab: Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros, pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bidah) perayaan maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mujamul Buldan jilid 1 ms 87 karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-Maliki, Wafayatul Ayan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi.
Bagi sesiapa sahaja yang membaca buku-buku berkaitan hadith dan mengambil tahu tentang persoalan berkaitan hadith-hadith sahih serta dhaif, pasti akan mengenali nama seorang pengkaji hadith terkemuka Muhammad Nasiruddin al-Albani. Beliau merupakan seorang pengkaji hadith yang telah meninggal pada tahun 1999.
Sejarah Munculnya Ilmu Mustolah al-Hadis & Perkembangannya
Oleh: Abu Ismail (e-mail: acid_fast_stain@yahoo.com)
Alhamdulillah ,wassola tuwassala muala rasulillah,wa ala alihi wa ashabi ajmain wa man walah, Segala puji bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan mulia baginda Rasulillah SAW,keluarganya, para sahabatnya dan mereka yg mengikuti jejak baginda.
Wa badu
Ilmu Mustolah al-Hadis ialah ilmu yang membahaskan berkenaan asas-asas dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengetahui keadaan dan kondisi sanad dan matan hadis, samada ia diterima atau ditolak yang merupakan objek pembahasan utama ilmu ini.Melalui ilmu yang berdisiplin tinggi ini kaum muslimin dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang lemah atau palsu.Ilmu ini adalah satu ilmu yang sangat penting bagi umat Islam, sebagaimana kata Imam al-Nawawi (676H) dalam pendahuluan kitab al-Taqrib wa al-Taisir li Marifati Sunan al-Basyir al-Nadzir:
Oleh abu_ismail
MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK
قال الإمام الترمذي في الجامع الكبير: عقيب حديث (252) :" والعمل على هذا عند أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم والتابعين ومن بعدهم : يرون أن يضع الرجل يمينه على شماله في الصلاة . ورأي بعضهم أن يضعهما فوق السرة ، ورأي بعضهم أن يضعهما تحت السرة ، وكل ذلك واسع عندهم "
. Menurut Imam at-Tirmizi dalam al-Jami al-Kabir (Sunan at-Tirmizi) selepas hadith no: 252 : Amalan ini dilakukan oleh para ilmuwan dari kalangan sahabat Nabi SAW, para tabiin dan golongan selepas mereka. Mereka berpendapat seseorang itu hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya ketika solat. Sebahagian daripada mereka berpendapat meletakkan kedua-dua tangan di bahagian atas pusat. Manakala sebahagian yang lain berpendapat meletakkannya di bawah pusat. Semua itu luas pada mereka.
Oleh alitantawi
1- Pastikan siapakah yang meriwayatkan hadith itu. Cara yang paling mudah ialah bertanya kepada orang yang berilmu tentang hadith. Cara lain ialah dengan anda sendiri mencarinya dalam buku-buku hadith. Ini kerana
2- Anda perlu mengetahui kesahihan hadith. Untuk mengetahui kesahihan hadith, kebiasaannya kita perlu mengetahui sumber asal hadith tersebut. Cara mudah untuk mengetahui kesahihan sesebuah hadith ialah dengan bertanya kepada orang yang mengetahui. Jika anda mampu, bolehlah mengkaji pendapat ulama terdahulu dan masa kini.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato Harun Taib dalam kuliahnya 5 Januari 2007 membongkar hakikat di sebalik kebangkitan Syiah di Iran, Iraq dan Lebanon. Didedahkan juga bagaimana dendam Syiah terhadap Sunni sama seperti dendam Yahudi terhadap umat Islam.
Beliau menceritakan tentang keganasan Syiah di Iran dan di Iraq. Di Iran para ulama Sunni dibunuh selepas Ayatullah Khomeini naik memerintah. Satu perkembangan yang membimbangkan juga di Iraq sekarang ini di mana golongan Syiah yang memerintah telah membunuh golongan Sunni samada orang awam dan para ulamanya. Manakala masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Menurutnya, sekejam-kejam Komunis semasa menjajah negara umat Islam tidak pernahpun meruntuhkan masjid-masjid mereka.
Tonton video ini yang mengandungi kuliah Dato Harun Taib dengan disertakan klip-klip video kekejaman Syiah dan kekarutan mereka.
Petikan: Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.
Sebuah buku yang baik yang membahaskan tentang Syiah Imamiah. Ditulis oleh bekas menteri waqaf Mesir, Syeikh Dr Abdul Munim al-Nemr. Sila lihat gambar-gambar yang disertakan untuk membaca isikandungan buku, kata pendahuluan dan biografi penulisnya.
Antara buku yang saya pernah baca ialah hasil karya seorang ulama Syiah, Husain al-Musawi. Berikut ini adalah antara isikandungan dari buku ini.
Tajuk Buku: Lillah Tsumma Lit tarikh (ááå Ëã ááÊÇÑíÎ)
Ditulis oleh: Husain al-Musawi, seorang ulama Syiah.
Ia ditulis atas dasar mahu membetul/tashih penyelewengan yang berlaku di dalam agama Syiah serta membersihkan nama imam-imam dari dibabitkan dengan penyelewengan berkenaan. Katanya, dia tahu bahawa bukunya ini pasti akan mengundang reaksi yang kurang enak dari kalangan Syiah. Mereka akan mendustakannya dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sebagaimana yang berlaku ke atas Sayid Musa al-Musawi (antara tokoh Islah Syiah). Beliau ditohmah dengan pelbagai tohmahan antaranya sebagai talibarut Amerika.. Diupah oleh Saudi yang Wahabi.
Seorang perserta angkat berat Syiah menyeru:
"Ya Sahibaz Zaman! Ya Maulaya.. Ya Amiral Mukminin..!"
Sabda Rasulullah s.a.w.:
(HR At-Tirmizi/Hasan sahih)
Al-Kulaini menyebutkan dalamal Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, taukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Quranmu (sunni).
Ulama Syiah: Bahawa al-Quran yang sahih yang lengkap ada pada al-Imam al-Mahdi al-Muntazar... Dan bahawa Adapun al-Quran yang ada di tangan kita, kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan.
TONTON VIDEO BERIKUT..
Syiah Imamiyah tidak sesat? Mereka adalah dari kalangan syiah yang sederhana? Mereka sama seperti mazhab-mazhab empat yang lain? Sebelum anda memberikan jawapan, Saksikan video ini.. Fikir.. Dan nilai berdasarkan akal fikiran anda yang waras.
Dengar sendiri azan Syiah (Imamiyah) yang berbeza dengan azan kita Ahlus Sunnah. Disertakan juga penjelasan berkenaan dengan kalimah Syahadah Syiah.
Menggunakan hadith-hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Muslim tentang al-Mahdi; Syiah cuba menyeludup masuk ajaran sesatnya. (Lihat gambar 1&2)
Yang lain pula bertopengkan organisasi perubatan alternatif, mereka cuba menyebarkan ajaran kufur mereka. (Lihat gambar 3)
Dua buah risalah ini disebarkan dimasjid-masjid secara terbuka.
Oleh alitantawi
Sebahagian daripada mereka yang mempelajari ilmu hadith terkadang tergelincir daripada landasan sebenar dalam kaedah pengkajian hadith. Begitulah sifat manusia yang tidak sempurna dan serba kekurangan. Semakin bertambah ilmu, semakin bertambah pula kesedaran bahawa ilmu itu hanyalah sedikit dan masih banyak yang perlu dicari.
Oleh alitantawi
Persepsi golongan agamawan (kebanyakannya yang bergelar ustaz dan ustazah) terhadap bidang kajian hadith adalah berbeza mengikut latar belakang ilmu serta kecenderungan masing-masing. Berdasarkan pengalaman diri dan juga pengalaman orang lain, saya dapat merumuskan bahawa di antara bentuk perbezaan pendapat golongan agamawan terhadap bidang kajian hadith adalah seperti berikut:
a) Ada yang menganggap bahawa ilmu hadith telah selesai dikaji oleh ulama silam dan kita di zaman ini hanya menuai hasil daripada kajian mereka. Ulama silam disifatkan lebih mengetahui dan lebih arif berbanding ulama di zaman kita ini. Bahkan ada di antara golongan ini yang menganggap kajian ulama masa kini terhadap hadith adalah tidak wajar dan menjadi satu kesalahan kerana kita belum sampai ke tahap ulama silam.
b) golongan lain yang menganggap bahawa ilmu hadith boleh dikaji tetapi tidak ada lagi orang yang mampu mengkaji seperti ulama silam. Mereka tidak melarang tetapi mereka seolah-olah berputus asa terhadap wujudnya golongan pengkaji moden.
c) golongan yang menganggap bahawa kajian hadith adalah ilham daripada Allah SWT semata-mata dan ia tidak ada kaitan dengan kajian saintifik atau kajian akademik. Mereka akan menonjolkan ulama hadith sebagai manusia terpilih yang mendapat ilmu daripada Allah SWT dan bukannya daripada jalan pengajian seperti manusia lain.
d) golongan yang menganggap bahawa kajian hadith amat mudah dan sesiapa sahaja boleh mengkaji hadith tanpa perlukan asas yang kukuh. Golongan ini akan gopoh dalam menentukan kedudukan hadith atau maksud hadith dengan sekadar kajian ringkas tanpa merenung kembali kajian para ulama zaman berzaman.
e) Ada pula yang menganggap bahawa kajian hadith berlegar di sekitar kajian maksud hadith tanpa melibatkan kajian kesahihan hadith. Bagi mereka, ilmu hadith hanyalah berkaitan pembacaan dan pengajian maksud hadith. Mereka tidak peduli sama ada hadith yang digunakan itu sahih atau tidak bahkan mereka menganggap bahawa semua hadith yang telah ditulis di dalam kitab-kitab adalah sahih semuanya.
Sedangkan pada hakikatnya
Ilmu hadith adalah hasil kajian para ulama zaman berzaman dengan berpandukan kaedah-kaedah ilmiah. Ia bukannya sangkaan atau ilham apatah lagi mimpi. Kajian para ulama hadith sejak dahulu hingga kini merupakan ijtihad ke arah mencari natijah paling tepat. Pintu ijtihad ini tidak akan dapat ditutup sehingga hari kiamat. Setiap zaman pasti akan menyaksikan munculnya pencinta dan pengkaji hadith yang akan menyumbang ke arah mengayakan khazanah kajian. Kalaulah (sekadar contoh) kita menyatakan bahawa kajian hadith hanya dikuasai oleh Imam al-Bukhari dan rakan-rakan pada sekitar tahun 200-300 Hijrah, maka bagaimana pula dengan kemunculan ulama hadith terkemuka selepas mereka seperti Ibn Abi Hatim (327H), Ibn Hibban (354H), al-Daraquthni (385H), al-Hakim (450H), al-Khathib al-Baghdadi (463H), Ibn al-Jauzi (597H), Ibn al-Solah (643H), al-Nawawi (676H), al-Mizzi (742H), al-Zahabi (748H), al-Iraqi (806H), Ibn Hajar al-Asqalani (852H), Ali al-Qori (1014), al-Syaukani (1250H) sehinggalah zaman moden ini yang menyaksikan kemunculan nama-nama seperti Ahmad Syakir (1958M), Ahmad Ibn Siddiq al-Ghumari (1960M), Abd. Fattah Abu Ghuddah (1996M), Muhammad Nasiruddin al-Albani (1999M), Abd. Qadir al-Arnaouth (2004M) dan ramai lagi yang menurut jejak langkah para pengkaji silam. Setiap zaman menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh hadith yang sentiasa menyajikan kita dengan penemuan-penemuan baru dan kajian-kajian ilmiah yang tidak pernah kita temui sebelum itu. Nama-nama yang saya sebutkan di atas hanyalah segelintir nama yang popular dan disanjung pada zaman masing-masing. Apakah kita ingin menyatakan bahawa nama-nama itu tidak patut terlibat dalam kajian hadith hanya semata-mata kerana mereka tidak hidup sezaman dengan al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi dan lain-lain yang sezaman dengan mereka? Sudah tentu pernyataan ini langsung tidak dapat diterima oleh mereka yang mempunyai akal yang waras atau memiliki sedikit ilmu berkaitan Islam!
Sikap yang sepatutnya kita ambil ialah
Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di dalam bidang kajian hadith. Peluang ini terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mempunyai sifat ikhlas dan mendalami asas-asas yang diperlukan dalam kajian. Sekiranya anda tidak mampu untuk turut serta mengkaji, janganlah menjadi batu penghalang atau bersikap ingin melemahkan semangat orang-orang yang ingin menjadi pengkaji hadith. Bantulah, tegurlah sebarang kesilapan dan berikanlah nasihat-nasihat berguna agar para pengkaji hadith tidak terpesong daripada landasan yang benar dan tidak lari daripada kaedah-kaedah Mustolah al-Hadith. If you cant be among them, support them! (betul ke grammar ni?)