SJ-2510: safar mar'ah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2510: safar mar'ah

:salam,
Terdapat dlm Sahih alBukhari dan Sahih Muslim tentang pengharaman wanita bermusafir tanpa ditemani mahram. Adakah di sana ada pengecualian? Bolehkah 3 wanita dan 2 lelaki bermusafir ke Kelantan dari KL dgn kereta dan mereka hanyalah berkawan bukannya mahram. Harap ustaz dapat jelaskan, kerana hal ini memang biasa berlaku pada org2 yg belajar agama jugak.

Re: SJ-2510: safar mar'ah

:wassalam

Jawab:
Hadis yg anda maksudkan itu benar dikeluarkan oleh alBukhari:2/219; Muslim (Mukhtasar Sahih Muslim)/173
"Seorang perempuan janganlah dia bermusafir kecuali ditemani dgn lelaki mahramnya."
Ulama' Hadis melarang secara mutlak kerana thabit hukum dari hadis ini. Ulama' feqah melihat pada illatnya (sebab larangan) kerana selepas kewafatan Nabi saw, dan suasana di Arabia menjadi aman, maka para wanita termasuk Aisyah ra kembara mengerjakan Haji tanpa muhrim lelaki. Maka ulama' fiqih melihat hadis itu tertakluk pada suasana dan keselamatan perempuan. Jika perjalanan selamat dan bebas dari gangguan binatang buas, penjahat atau jatuh pada syahwat, maka larangan itu diangkat. (Asqalani, Fathul Bari: 7/201
Dr alImam Prof Yusof Abu Abdallah alQaradawi (Kayfa Nata'amalu ma'a asSunnah)/129, sekarang suasana sudah aman, ujud pula rangkaian lebuhraya dan kecanggihan alat pengangkutan: kereta dan kapalterbang, serta rangkaian telekomunikasi (mobile phone), maka perjalanan dalam satu kumpulan lelaki dan perempuan jika aman dari fitnah diharuskan. WA