:salam
Bila kita menjalankan perniagaan, dari segi hukum muamalat islam adakah ditentukan kadar keuntungan yang buleh kita ambil? Ana cuma mendengar cakap2 yang mengatakan tak buleh ambil keuntungan sehingga 100% atau lebih, benarkah? Kalau benar apa dalil2 yang dirujuk? Buleh tak ahli panel buat ulasan mengenai persoalan ini, atau ada link URL yg buleh saya rujuk? :srug
:wassalam
:salam
Terima kasih kepada saudara Desaputra dgn soalannya. Nampaknya saudar cukup prihatin dalam soal keberkatan walaupun ingin mengerjakan 'bisnes cubaan sehari'. :grin: Semoga Allah membantu perniagaan saudara ditambah pula dengan berkat. :doa
Persoalan ini sebenarnya pernah dijawab oleh Sheikh THTL kita tidak lama dahulu. Sila lihat URL di ini: SJ-2327: Harga jualan Barangan (untung maksima)
Tidak terdapat larangan dalam Islam dalam memperoleh keuntungan berlipat-ganda. Sheikh Ibn Jibreen dan sheikh Uthaimin apaibla ditanya berkaitan keuntungan ini, secara ringkas mereka mengatakan bahawa pada kebiasaannya brangan dijual berdasarkan harga di pasaran. Tidaklah mempunyai perbezaan sama ada ia mendatangkan keuntungan yang besar, sedikit maupun kerugian. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik seorang penjual itu bersikap sederhana dalam mengambil keuntungan. Sekian.
:wassalam
rujukan
Fatawa Islamiyyah
Volume 4
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.