SJ – 2529 : HUKUM MENANAM RAMBUT

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2529 : HUKUM MENANAM RAMBUT

:salam

Saya sendiri tidak pasti adakah soalam ini merupakan soalan ulangan, minta maaf sekiranya ianya telah diajukan sebelum ini. :bash

Soalan saya adalah mengenai hukum menanam rambut dikepala? :burn

:wassalam

Re: SJ – 2529 : HUKUM MENANAM RAMBUT


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2529 : HUKUM MENANAM RAMBUT

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara tokusa .

Quote:
Saya sendiri tidak pasti adakah soalam ini merupakan soalan ulangan, minta maaf sekiranya ianya telah diajukan sebelum ini.

Respon Kami : Ya , tidak mengapa . Masih ada maaf untukmu . :grin:

Quote:
Soalan saya adalah mengenai hukum menanam rambut dikepala?

Jawapannya : Persoalan ini telah pun dijawab sebelum ini di al-Ahkam Onlie , sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung ( ertinya masalah yang ada kaitan dengan tajuk soalan ini ) .

Sila rujuk di :

SJ – 2285 : PERBEZAAN DI ANTARA BERUBAT DGN MENGUBAH CIPTAAN ALLAH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10750

Dan secara tidak langsung , ianya juga ada dibahaskan di :

SJ-1408: Meluruskan rambut dan cincin suasa
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5964

dan di : SJ-2498: Lanjutan Mengubah Ciptaan ALLAH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=12292

Ringkasnya :

Masalah keguguran rambut adalah salah satu penyakit khasnya bagi mereka yang masih muda dan agak pelik jika seseorang di usia seperti itu mengalami masalah ini . Bagi mereka yang telah berumur lanjut , itu sudah tentu satu kebiasaan .

Disebabkan ianya dianggap sebagai penyakit , maka proses menanam rambut pula tidaklah dianggap sebagai satu usaha mencabar Allah Ta’ala dengan melakukannya dan tidak pula dianggap sebagai mengubah kejadian Allah Ta’ala pada seseorang manusia secara fitrah . :yess

Bahkan proses menanam rambut itu adalah satu langkah merawat penyakit itu , dan sudah tentulah untuk menentukan adakah ia satu penyakit ataupun tidak memerlukan kita meminta pandangan daripada pakar-pakar perubatan yang boleh diyakini .

Oleh itu selagi ianya dilakukan sebagai proses RAWATAN dan tidak pula dilakukan dengan niat untuk menipu , mempersonakan , memperdaya orang lain ( khasnya kaum berlainan ) dan tidak pula dilakukan untuk tujuan yang tidak dibernakan oleh Islam , maka proses menanam rambut itu adalah TIDAK MENGAPA ( Dibenarkan ) selagi mematuhi syarat-syarat di atas . :non

Silalah rujuk kembali kepada beberapa SOAL-JAWAB FIQH ( SJ ) lalu yang telah kami berikan di atas agar saudara/I sekalian lebih jelas mengenai hal ini .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
24 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
25 / Mei / 2003 M

AHAD – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum