:salam
Seorang sahabat mencerikan kepada saya :
SAYA mulai, katanya:" Allah hendak menjadikan langit dan bumi dan yang mula-mula dijadikan ialah mutia atau mutiara yang putih, yang terhampar lebar tidak terukur bersarnya. Mutia itu kemudian menjadi air, tetapi beku jua tiada menitis seperti air yang biasa. Setelah itu Allah Subhanahu wa Taala (swt) menjadikan api untuk menghangatkan air tersebut. Maka air itu pun berasaplah lalu mengeluarkan buih-buihnya.
Allah telah menjadikan air yang cair itu sumber kejadian langit dan buih-buihnya menjadi bumi yang maha luas. Pusat bumi kejadian Allah ialah Makkah al-Mua'azzam, tempat Kaabah Allah. Bumi telah terhampar dari Musyrik ke Maghrib, tetapi ia bergoncang dan bergerak sahaja. Malaikat Jibril telah berusaha untuk menegakkan bumi yang masih lembut itu, tetapi tidak berjaya. Lalu beliau menghadap Allah swt dan Allah kemudian menjadikan pasak bumi, yang berupa bukit. Maka bumi itu pun menjadi tinggi rendah kerana pasakan itu.
Dalam air pula Allah telah menjadikan seekor ikan yang maha besar dan di atas belakang ikan berdiri seekor lembu putih, yang bercampur dengan warna hijau. Besar dan panjang lembu itu tidak terperikan. Tanduknya sebanyak 400 dan panjangnya pada setiap tanduk itu sama dengan 40 tahun perjalanan jauhnya. Dan bumi ini terletak di atas tanduk lembu yang istimewa sehingga hari kiamat nanti. Apabila lembu itu lenguh menjunjung bumi, maka dipindahkanlah bumi itu dari satu tanduk ke tanduk yang lain. Oleh sebab itu bumi ini mengalami gempa dari semasa ke semasa."
Mohon komentar.
:wassalam
ÇáÓáÇã Úáíßã
Bab lembu junjung bumi tu macam agama hindu punya kepercayaanjer??
æÇáÓáÇã
:salam
Sdr Petapa ni macam dah pernah baca kitab-kitab agama hindu aje....
Cerita yang sahabat saya khabarkan itu saya tak tahu dari buku mana, tapi sahabat saya pernah kata kat saya dia dapat cerita itu dari seorang Imam di tempat dia tinggal. Imam surau kalau tak silap. Kata dia, imam tu dah berumur lingkungan 70'an tapi warak orangnya dan disegani.
Mohon komentar sesiapa yang tahu, betul ke cerita macam tu yang dah jadi pegangan tok imam berkenaan. Bunyi macam tak saintifik aje...
:wassalam
ÇáÓáÇã Úáíßã
sdr/i jawana,saya tengok ensiklopedia la.....bukan baca kitab hindu.
æÇáÓáã Úíßã
:salam
Secara scientific telah kita ketahui bagaimana semua planet bergantung bukan sahaja bumi. Mengenai pasak bumi .. memang disebut didalam AlQuran.
Gaseous Mass to Heavens & Earth
Fusing & Separating
Avoiding the Mistakes of Genesis
6 Days or Periods of Creation?
How Old is the Earth?
Organization of the Universe
What Shape is the Earth?
Expansion of the Universe
How Many Earths are There?
The origin of life in water
The Physics of Judgement Day
What Holds up the Sky?
Tajuk2 diatas boleh dilawati pada laman http://www.themodernreligion.com/index2.html
:wassalam
:salam
Adakah maksud saudara (saudari ke?) MicroScript bahawa sebahagian besar daripada apa yang diberitahu oleh rakan saya itu tentang Asal Kejadin Alam merupakan suatu pemberitahuan yang tidak benar?
Tidak konsisten dengan al-Quran kah?
Bertentangan dengan al-Quran kah?
Sebahagiannya tidak benar? atau semua tidak benar kecuali tentang perkataan "pasak bumi" kah?
Mana satu yang tidak benar !!!
Mohon syeikh (syarifah?) MicroScript huraian/perinciannya.
:wassalam
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
Hmm....nampaknya RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH sekarang pun dah jadi macam RUANGAN DISKUSI UMUM :fikir .
Teruskanlah saudara-saudara semua berbincang " masak-masak " mengenai bab di atas , lagi banyak perbincangan lagi senang kerja saya apabila hendak menjawabnya .
Yang paling bagus ....saudara semua berbincang lalu bagi JAWAPANNYA , lagi senang kerja kami semua di meja editor al-Ahkam ni :yess .
Teruskan perbincangan ......kami menjadi pemerhati aje .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
2 / Jumadi Awwal / 1424 H
2 / Julai / 2003 M
RABU ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum
:salam
Jadi apakah kesudahan cerita ini? Jika tidak silap saya, Stephen Hawking (atau Mortimer J Adler atau Betrand Russel?)ada menceritakan bagaimana dia disanggah oleh seorang wanita apabila dia mengatakan bumi ini berpusing di atas paksinya. Perempuan tersebut mengatakan bumi ini terletak di atas tanduk lembu atau kura-kura (tak pasti sebab dah lama sangat baca benda nie). Ini kepercayaan tok kadok kot...
:salam
Saudara rakan diskusi dalam al-Ahkam online terhormat,
Saya petik apa yang saya sebutkan sebelum ini.
Saya telah memperoleh sumber cerita berkenaan. Cerita itu diperoleh daripada buku "Kisah al-Anbiya', edisi Sulaiman Mar'i, Pulau Pinang, tanpa tarikh (versi jawi).
Pertama
Yang menjadi kemusykilan saya ialah cerita itu dibukukan dan telah begitu masyhur di kalangan orang-orang tua dulu terutamanya di kalangan orang Melayu di negara kita hinggakan Imam yang saya sebut di atas berpegang teguh dengan apa yang diriwayatkan di dalam buku Kisah al-Anbiya ' itu.
Kedua
Begitu popular sekali buku Kisah al-Anbiya' itu hinggakan ia disadur dan dibukukan semula dalam bentuk yang lebih tersusun iaitu dalam buku bertajuk "Surat Al-Anbiya'" susunan Hamdan Hassan, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama 1990.(Cerita yang saya sebut di atas boleh juga ditemui dalam buku ini di ms 1 & 2).
Ketiga
Bak kata Petapa:
Tetapi cerita itu saya petik daripada buku yang mempunyai tajuk yang popular.
Keempat
Saranan MicroScript supaya melihat daripada laman web yahg diberikan, telah saya lakukan.
Saya petik (maaf, saya tak sempat nak terjemah).
Soalan saya
1. Adakah ini bermakna bahawa cerita-cerita dalam buku Kisah al-Anbiya' yang saya sebut di atas tidak benar di sisi al-Quran?
2. Jika tidak benar kenapa ia dijual?
3. Apa-apa komentar yang anda fikirkan patut.
:wassalam
Saya sambung lagi untuk difikir dan direnung bersama:
(ms 2 buku "Surat al-Anbiya') terbitan DBP, susunan Hamdan Hassan, cetakan pertama 1990).
"Pada mulanya bumi ini hanya sepi sahaja selama 28 ribu tahun, Kemudian Allah memenuhi bumi ini dengan mencipta biji sawi yang putih. Allah juga telah mencipta seekor burung bernama ta'iru'n-nasir . Allah berfirman kepada burung itu bahawa makanannya ialah biji sawi putih itu. Jika biji sawi habis, burung itu akan mati. Burung ta'iru'n-nasir pun makanlah biji sawi itu sebiji sehari, tetapi dilihatnya biji sawi berkurang juga, lalu memakannya sebiji sebulan, namun demikian biji sawi itu berkurang juga. Oleh kerana takut mati, lalu memakannya sebiji setahun. Oleh tetapi lama-kelamaan biji sawi itu habis juga lalu matilah burung itu.
Apabila burung itu mati, Allah menjadikan pula 70 laki-laki dan kejadiannya bukanlah serentak, tetapi satu demi satu untuk menempati bumi ini. Umur mereka masing-masing 70 ribu tahun, tetapi kemudian Allah mematikan mereka. Selanjutnya Allah menciptakan jin, setengahnya berkaki empat dan setengahnya jenis jin yang boleh terbang. Maka penuh dunia ini dengan makluk jin dan iblis. Kemudian Allah menjadikan segala malaikat, dan malaikat itu seterusnya turun ke dunia kerana ingin melakukan pengabdian kepada Allah swt."
WA
Mohon komen pakar falsafah.
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
Saudara Jawana yang dihormati ,
Kalau ada di dalam mana-mana buku yang menerangkan kisah Asal Kejadian Bumi Di Atas Tanduk Lembu / Seladang yang berada pula di atas ikan paus raksasa , HARAP DAPAT DI"QUOTE " di sini .
Ini demi lebih memudahkan pihak panelis al-Ahkam mengkajinya dan memberikan jawapan mengenainya .
Jangan lupa nyatakan sumbernya dan pengarangnya ya .
Harap dapat membantu kami :yess
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
7 / Jumadi Awwal / 1424 H
7 / Julai / 2003 M
ISNIN ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum
Terima kasih akhi Pendekar.
(seperti yang saya sebutkan sebelum ini, sumbernya ialah buku "Surat al-Anbiya" terbitan DBP, susunan Hamdan Hassan, cetakan pertama 1990 , hlm 1 - 3).
"Kisah dimulai dengan kehendak Allah menjadikan langit dan bumi dan yang mula-mula dijadikan ialah mutia atau mutiara yang putih, yang terhampar lebar tidak terukur bersarnya. Mutia itu kemudian menjadi air, tetapi beku jua tiada menitis seperti air yang biasa. Setelah itu Allah Subhanahu wa Taala (swt) menjadikan api untuk menghangatkan air tersebut. Maka air itu pun berasaplah lalu mengeluarkan buih-buihnya.
Allah telah menjadikan air yang cair itu sumber kejadian langit dan buih-buihnya menjadi bumi yang maha luas. Pusat bumi kejadian Allah ialah Makkah al-Mua'azzam, tempat Kaabah Allah. Bumi telah terhampar dari Musyrik ke Maghrib, tetapi ia bergoncang dan bergerak sahaja. Malaikat Jibril telah berusaha untuk menegakkan bumi yang masih lembut itu, tetapi tidak berjaya. Lalu beliau menghadap Allah swt dan Allah kemudian menjadikan pasak bumi, yang berupa bukit. Maka bumi itu pun menjadi tinggi rendah kerana pasakan itu.
Dalam air pula Allah telah menjadikan seekor ikan yang maha besar dan di atas belakang ikan berdiri seekor lembu putih, yang bercampur dengan warna hijau. Besar dan panjang lembu itu tidak terperikan. Tanduknya sebanyak 400 dan panjangnya pada setiap tanduk itu sama dengan 40 tahun perjalanan jauhnya. Dan bumi ini terletak di atas tanduk lembu yang istimewa sehingga hari kiamat nanti. Apabila lembu itu lenguh menjunjung bumi, maka dipindahkanlah bumi itu dari satu tanduk ke tanduk yang lain. Oleh sebab itu bumi ini mengalami gempa dari semasa ke semasa.
Pada mulanya bumi ini hanya sepi sahaja selama 28 ribu tahun, Kemudian Allah memenuhi bumi ini dengan mencipta biji sawi yang putih. Allah juga telah mencipta seekor burung bernama ta'iru'n-nasir . Allah berfirman kepada burung itu bahawa makanannya ialah biji sawi putih itu. Jika biji sawi habis, burung itu akan mati. Burung ta'iru'n-nasir pun makanlah biji sawi itu sebiji sehari, tetapi dilihatnya biji sawi berkurang juga, lalu memakannya sebiji sebulan, namun demikian biji sawi itu berkurang juga. Oleh kerana takut mati, lalu memakannya sebiji setahun. Oleh tetapi lama-kelamaan biji sawi itu habis juga lalu matilah burung itu.
Apabila burung itu mati, Allah menjadikan pula 70 laki-laki dan kejadiannya bukanlah serentak, tetapi satu demi satu untuk menempati bumi ini. Umur mereka masing-masing 70 ribu tahun, tetapi kemudian Allah mematikan mereka. Selanjutnya Allah menciptakan jin, setengahnya berkaki empat dan setengahnya jenis jin yang boleh terbang. Maka penuh dunia ini dengan makluk jin dan iblis. Kemudian Allah menjadikan segala malaikat, dan malaikat itu seterusnya turun ke dunia kerana ingin melakukan pengabdian kepada Allah swt."
Kisah Nabi Adam Alaihissalam
"Melalui firman-Nya Allah hendak menjadikan Adam a.s. sebagai khalifah di bumi ini, para iblis yang sebelumnya selalu sahaja mengabdi kepada Allah amat dukacita apabila mendengar kehendak Allah itu. Sementara para malaikat merasa bimbang dengan keinginan Allah itu, kerana takut akan terjadi pertumpahan darah di dunia ini. Namun demikian Allah menegaskan kepada para malaikat supaya jangan bimbang atas kehendak-Nya. Allah swt memerintah para mailaikatnya yang utama supaya turun ke dunia untuk mengambil segenggam tanah bagi mencipta lembaga Adam as. Mula-mula Allah memerintahkan Jibrail as mengambil tanah tersebut, tetapi tidak terlaksana, sebab bumi gementar kerana takut akan diambil untuk tujuan menciptakan Adam. Lalu Allah memerintahkan Mikail as mengambhilnya, tetapi tidak berjaya juga, kerana disumpah dan dimarai bumi. selanjutnya Allah memerintahkan pula malaikat Israfil. namun Israfil juga menerima kemarahan yang sama. Akhirnya Izrail cuba melaksankan perintah Allah itu, tetapi Izrail juga dimarahi oleh bumi yang tidak rela dirinya dijadikan tubuh badan Adam. sungguhpun demikian Izrail tetap berkeras hati, sambil menyatakan kepada bumi bahawa tindakannya itu bukanlah atas kehendaknya sendri, melainkan perintah Allah swt. Maka Izrail as pun menghulurkan tangannya yang panjang lalu mengenggam tanah dari Masyrik sampai ke Maghrib dan dalamnmya sehingga tujuh lapis bumi. Bekas tanah yang diambil oleh malaikat Izrail itu menjadi Laut Kalzum (Laut Merah) sebagaimana yang ada sehingga sekarang ini.
Malaikat Izrail membawa tanah segenggam itu kepada Allah swt. kemudian Allah memerintahkan supaya mencampurkan tanah itu dengan empat jenis air, iaitu air tawar, air masin, air hanyir dan air pahit. Air tawar itulah yang menjadi air liur manusia sekarang, air masin menjadi air mata, air hanyir menjadi air hidung dan air pahit menjadi air telinga (tahi telinga). Lembaga Adam itu terdiri daripada unsur-unsur tanah, seperti kepalanya daripada tanah di daerah Baitulmaqaddis, bahagian mukanya daripada tanah di syurga, kaki daripada tanah Hindi, tulangnya daripada tanah Bukit Kaf, zakarnya daripada tanah Babil, belakangnya daripada tanah Ghiraq, hatinya daripada tanah Jannatul-Fairdaus, lidahnya daripada tanah Ta'if dan kedua matanya daripada tanah Khawd Khaws.
Kemudian lembaga Adam ini diberi alat pancaindera, seperti mata, telinga, hidung, lidah serta lubang-lubang yang diperlukannya. Walaupun lembaga Adam ini sudah lengkap kejadiannya, tetapi masih tetap terbaring. Pada suatu ketika iblis dengan bala tenteranya telah melalui dekat dengan lembaga Adam, lalu diludahinya lembaga tersebut. Malaikat yang menjaganya telah menyapu bekas air liur iblis itu. Itulah asal mula terjadinya pusat Adam as. Adam yang terbaring masih menunggu nyawa (roh) yang sedang bertasbih di dalam kendil, yang tergantung di bawah aras Allah swt. Apabila kendil itu pesok sedikit, maka menitislah satu titik nur lalu jatuh ke lapisan yang lebih bawah sehingga kepada Adam. Nur yang bercampur dengan tanah itu meresap ke bahagian-bahagian Adam dan akhirnya hiduplah Adam as."
Saya rasa cukup setakat itu dulu untuk kali ini.
WA
Assalamualaikum,
Kitab Qisasul Anbiya (yg ini, sebab kitab ini ada beberapa versi)memang banyak memuatkan hadis2 maudhu (palsu). Lihat buku 'Himpunan Hadis Daif dan Maudhu' Jilid 1 karangan Almarhum Ustaz Azmi Ghani.
Kitab ni setaraf dgn buku Harry Potter, mungkin bestseller di zamannya dulu...
Kalau mahu cerita Nabi2 yg authentic bacalah Qisasul Anbiya karangan Imam Ibnu Katsir (ringkasan dari Al-Bidayah wal Nihayah) terbitan Darus Salam Pub.
wassalam.
Assalamu'alaikum saudara jawana,
Maafkan saya, saya agak sibuk kebelakangan ini. Kisah2 sedemikian memanglah banyak, contohnya seperti kisah2 israiliyat, yakni sekadar untuk bacaan sahaja. Uztaz pendekar memang hebat apatah lagi THTL, yang selayaknya menangani isu ini. Sebagai memendekkan isu ini agar saudara jawana tak tertanya2.
Jawapan = Benar, Kisah didalam buku tersebut bersalahan dengan Quran dan Science.
Jawapan=Tak semua buku dapat dibenteras. Contoh seperti CD cetak rompak. Cuba fikirkan agama Kristian itu sendiri, ia adalah agama rekaan, tetapi berapa banyak yang telah tertaksub dengan agama rekaan Yahudi ini.
Jawapan=Bawa buku tersebut ke hadapan, seperti ustaz2 yang mengajar dikawasan anda. (Surau atau Masjid). Lebih umph lagi, jika saudara mengambil tindakan susulan selepas berjumpa ustaz2 tersebut.
Kisah sebenar, silalah saudara lawati laman2 berikut:
http://alhuda.mmu.edu.my/falak/Pembentukan_alam_semesta.htm
http://www.youngmuslims.ca/online_library/books/truth_of_this_world/truth04.html
http://www.creationofuniverse.com/
:wassalam
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí
***********************
SJ – 2743 : ASAL KEJADIAN ALAM , TANDUK LEMBU DAN IKAN PAUS
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada semua saudara budiman yang mengambil bahagian di dalam perbincangan mengenai topik di atas .
Saya memohon maaf kerana lewat menjawab soalan ini dan menjawab terlebih dahulu soalan-soalan lain . Ini memandangkan saya sendiri masih menunggu beberapa lagi info tambahan ( kalau – kalau masih ada ) daripada saudara-saudara sekalian .
Beikut adalah jawapan saya mengenai soalan di atas . Mudah-mudahan ia bertepatan dengan kehendak Allah Ta’ala selaku Tuhan yang telah mengutuskan agama Islam di atas dasar fitrah dan bertepatan dengan akal yang waras dan kajian Sains yang benar .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
{ 1 } ~ BENARKAH KEPERCAYAAN ITU ? :
Marilah kita melihat dengan iman yang yakin , akal yang waras dan ilmu yang benar terhadap kepercayaan berikut :
“ Bumi ini diciptakan oleh Allah Ta’ala di atas tanggungan tanduk lembu / seladang yang begitu besar dan di bawahnya pula ada seekor ikan paus yang begitu besar ( raksasa ) yang saiznya bla..bla…bla…. “ .
Anggapan dan kepercayaan seperti ini sebenarnya memang dipegang oleh segelintir umat Islam , malahan ia memang terdapat di dalam beberapa kitab pengajian yang “ ditadah “ oleh segelintir umat Islam itu .
Malahan kedapatan juga orang-orang tua kita dan mereka yang belajar di dalam masjid-masjid , surau-surau ataupun pondok-pondok yang mempercayai perkara ini disebabkan ianya “ tertulis di dalam kitab “ sebagai mana kata dan dakwaan mereka .
Memang ya ianya tertulis di dalam beberapa kitab yang dikarang oleh umat Islam itu sendiri , akan tetapi kepercayaan seperti itu ternyata berpunca daripada kepercayaan yang karut dan juga palsu , hasil daripada kemasukan unsur-unsur ajaran luaran ataupun hadis-hadis palsu mengenainya .
Di dalam kitab : “ MASALIK al-ABSOR FI MAMALIK al-AMSOR “ juga ada dinyatakan mengenai hal tersebut dan dinyatakan pula bahawa bumi ini ditanggung di atas tanduk seekor seladang yang mempunyai 4000 biji mata , hidung, mulut dan kaki . Dan seladang itu dinamakan sebagai : “ KAYUTSA “ .
Seladang bernama : “ KAYUTSA “ ini pula berdiri di atas seekor ikan paus raksasa yang kalau diletakkan seluruh lautan dunia di atasnya , maka lautan itu hanyalah laksana sebiji sawi ( zarah ) di atas padang pasir yang begitu luas terbentang . Ikan paus itu dinamakan sebagai : “ BAHAMUT “ .
Itu adalah satu contoh kepercayaan mengenai asal-usul kejadian bumi – seladang raksasa – ikan paus raksasa di dalam sebuah kitab , dan saya yakin di dalam kitab-kitab selainnya pun masih ada teori yang sama seperti itu ataupun yang hampir sama dengan itu .
Walau bagaimana tercatitnya kepercayaan itu di dalam kitab , namun itu BUKANLAH HUJAH YANG MUKTAMAD UNTUK KITA MENERIMA KEPERCAYAAN ITU .
Kitab-kitab dan kata-kata pengarang , tok-tok guru dan seumpamanya BUKANLAH DALIL MUKTAMAD di dalam agama kita yang suci murni ini , melainkan al-QURANUL KARIM dan as-SUNNAH as-SAHIHAH .
Dan ternyata pula kepercayaan seperti itu tidak pula dinyatakan di dalam al-QURANUL KARIM ataupun di dalam as-SUNNAH as-SAHIHAH ataupun Fatwa-Fatwa Ulama’ terbilang daripada kalangan Para Sahabat r.a , Para Tabi’en r.a , Para Pengikut Tabi’en r.a ataupun Imam-Imam Mujtahidin ! .
Ertinya di dalam sumber agama Islam yang muktamad : TIDAK ADA kepercayaan seperti itu . Oleh itu , daripada manakah ianya berasal , lalu diyakini pula oleh segelintir umat Islam ??? .
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
{ 2 } ~ PENGALAMAN SAYA :
Berikut adalah beberapa pengalaman saya menemui dan berdialog dengan mereka yang mempunyai kepercayaan seperti itu .
( i ) ~ Ketika saya berada di bangku sekolah rendah ( darjah 4 ) , bonda saya telah menghadiahkan saya satu koleksi ENKSIKLOPEDIA SAINS yang diterbitkan oleh DBP sebagai hadiah kerana “ sudah menjadi dewasa “ ( dah berkhatan ) . Ianya terdiri daripada 12 jilid dengan berbagai topik yang berkaitan dengan Sains . Dan di dalam salah-satu jilid itu , ada satu lukisan : BUMI DISOKONG OLEH 8 EKOR GAJAH DAN DI BAWAH GAJAH ITU PULA ADA SEEKOR KURA-KURA RAKSASA YANG BEGITU BESAR DAN DI BAWAHNYA PULA ADA LAUT .
Dikatakan pula di dalam Enksiklopedia itu bahawa lukisan itu adalah gambaran bagi kepercayaan para penganut agama Buddha .
( ii ) ~ Kemudian selepas itu , saya ada terjumpa pula sebuah buku sejarah yang mempunyai lukisan yang hampir sama dengan lukisan di dalam enkseklopedia tersebut .
( iii ) ~ Ketika saya menuntut di Kelantan Darul Naim pula , saya berkunjung ke rumah seorang khalifah bagi sebuah tareqat yang terkenal . Ketika beliau menunjukkan gambar gurunya ( mursyidnya ) , saya terkejut kerana guru beliau bergambar di belakang sebuah lukisan yang sama besar dengan pintu rumah .
Apakah yang tertera di lukisan yang besar itu ? .
Lukisan itu menggambarkan bumi ini disokong oleh seekor lembu raksasa dengan kedua-dua tanduknya , dan di bawahnya pula ada seekor ikan paus raksasa yang dibawahnya pula ada lautan besar .
Saya bertanya kepada khalifah tareqat itu : “ Apakah hakikat ikan paus itu ? “ .
“ Itulah ikan yang dinamakan sebagai : IKAN PAUS YANG BERNAMA NUN “ ; jawab beliau .
Dan di dalam hari lain pula , saya pernah bertemu dengan seorang yang berkata : “ Ikan paus itulah yang dinamakan sebagai : Ikan NUN dan ikan paus itulah yang telah menelan Baginda Nabi Yunus a.s sehingga beliau berdoa dengan doanya yang masyhur di dalam al-Quran “ .
Kata-kata khalifah tareqat di atas dan seorang yang saya temui di atas , menyebabkan saya makin tidak berani nak belajar ilmu-ilmu agama daripada khalifah tareqat itu , kerana saya rasa “ tak sedap hati “ dengan pegangannya itu .
{ iv } ~ Beberapa tahun lalu , saya pernah pulang bercuti ke tanah air tercinta . Ketika itu saya masih belajar di Universiti al-Azhar asy-Syarif .
Kebetulan ketika menyampaikan kuliah mingguan di salah – sebuah surau yang besar yang berada di dalam karyah saya , saya menyebut berkenaan hal bumi ini ditanggung oleh seekor lembu yang besar dan dibawahnya pula ada seekor ikan paus yang begitu besar .
Dan saya katakan lagi kepada sidang jemaah : “ Kepercayaan itu adalah satu khurafat dan karut-marut yang menyerang pemikiran sebahagian umat Islam , dan kepercayaan itu tidak ubah dengan kepercayaan di dalam agama Budha . Dan yang jelas , kepercayaan ini tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang suci – murni yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w “ .
Rupa-rupanya kata-kata saya itu dikomen pula selepas seminggu oleh seorang guru agama yang turut sama mengajar di atas surau itu .
Beliau memberikan komentarnya dan kebetulan saya pula hadir sama di dalam majlis tersebut untuk “ menumpang ilmu “ beliau :
“ Ada ustaz yang mengatakan bahawa kisah bumi disokong oleh seekor lembu besar dan dibawahnya pula ada seekor ikan paus besar adalah KARUT DAN ISRAI’ELIYYAT ( unsur-unsur Yahudi ) .
Ustaz ni jangan nak memandai-mandai walhal dia pun masih baru belajar di sana ( Mesir ) dan kepercayaan itu bukanlah karut sebab ia sendiri ada di dalam kitab-kitab kita “ .
Saya tidaklah terkejut dengan tempelakan dan komentar si guru agama itu , Cuma saya yakin ada sebahagian jemaah surau itu yang “ melaporkan “ pada ustaz itu apa yang pernah saya sampaikan di dalam kuliah saya minggu sebelum itu . Dan memanglah ada di kalangan para jemaah yang suka “ melaga-lagakan “ di antara ustaz itu dengan ustaz ini . Aduhai : adus
Saya tidak bangun menjawab semula komentar tersebut kerana menghormati majlis ustaz itu dan beliau pula lebih alim daripada saya .
Cuma selepas itu , saya pula memberikan komentar . Ringkasnya begini :
“ Saya tidak pernah pun mengatakan di dalam kuliah lepas bahawa kepercayaan itu adalah ISRAI’ELIYYAT . Apa yang saya sebut ialah : KEPERCAYAAN ITU MIRIP AJARAN KARUT DI DALAM AGAMA BUDDHA “ .
# Namun , kalau saya katakan ianya adalah ISRAI’ELIYYAT juga , maka itu juga tidaklah salah istilah kerana yang dianggap sebagai ISRAI’ELIYYAT bukanlah sahaja ajaran-ajaran yang berpunca daripada agama Yahudi , malahan termasuklah sama ajaran-ajaran Kristian , Hadist-Hadist Palsu , Ajaran-ajaran Sesat Lagi Menyeleweng dan seumpamanya .
Silalah pelajari apa-apa kitab yang menerangkan hakikat dan bahaya ISRAI’ELIYYAT jika masih kurang yakin dengan apa yang saya katakan itu .
Si ustaz tadi , apabila mengkomentar ucapan saya , tidaklah pula disertakan dengan hujah-hujah yang muktamad lagi sahih daripada al-Quranul Karim ataupun Hadis Sahih ataupun fatwa yang muktabar yang menyokong kepercayaan bumi ini di atas seekor lembu yang ia pula berada di atas seekor ikan paus raksasa !!! .
Si Ustaz tadi hanya memberikan dalilnya : “ IANYA TERCATAT DI DALAM KITAB-KITAB YANG BIASA KITA MENGAJI SELAMA INI “ .
Hati saya berdetik ketika mendengar penjelasan itu , sambil berkata : “ Kesiannya ustaz tu , dah mengaji lama di pondok dan mengaji pula di Mekkah , tapi masih lagi tidak kenal apakah sebenarnya dalil-dalil dan sumber rujukan muktamad di dalam agama kita “ .
Namun polemik itu tidak sedikit pun menyebabkan saya dan dia bermasam muka ataupun “ berperang “ . Hubungan kami selepas itu masih lagi baik dan saya pun masih terus menghadiri pengajian ilmu yang beliau kendalikan apabila saya tidak mempunyai sebarang program di waktu itu . Alhamdulillah . :doa
[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]
Kepercayaan tadi bukan sahaja tidak diterima oleh para ulama’ rh yang muktabar , malahan mereka juga menafikan bahawa ia berpunca daripada ajaran Islam yang sahih .
Ini bukanlah “ pandai-pandai “ saya sendiri ! .
Cubalah lihat ke dalam :
1 ~ al-BIDAYAH WAN NIHAYAH
Oleh : al-Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rh .
Jilid 1 , Bab : Ma Wurida Fi Khalq as-Sawamat Wal Ardh Wa Ma Bainahuma , Halaman : 44 –45 .
Terbitan : Darul Fikr , Beirut
2 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyyah Saqr
( Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar }
Jilid 4 , Bahagian ke-17 , Halaman : 175
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah
# Kedua – dua tokoh ulama’ terbilang yang diterima oleh hampir keseluruhan umat Islam sedunia ini menyatakan bahawa kepercayaan di atas itu adalah : KHURAFAT DAN ISRAI’ELIYYAT !!! .
Dan kepercayaan itu bukan sahaja DITENTANG oleh para ulama’ rh yang muktabar , bahkan pakar-pakar Sains dan Alam Semesta sendiri menentang kepercayaan seperti itu .
Para Saintis dan angkasawan yang ke bulan sendiri pun tidak pernah nampak lembu dan ikan paus itu ketika mereka mengambil gambar bumi .
Orang-orang yang tidak belajar tinggi pun akan tergelak apabila mendengar kepercayaan itu .
Agama Islam sering menjadi bahan ejekan dan momokan serta ketawa para musuh dan mereka sendiri mengatakan bahawa agama Islam adalah agama yang jumud dan jauh ke belakang .
Dan kalau kisah dan kepercayaan seperti ini dibawa kepada mereka , apakah reaksi mereka ??? . Adakah mereka akan tertarik untuk memeluk agama Islam ataupun terus mentertawakan agama kita ??? . :non
Tugas kita ialah mempersembahkan Islam di dalam bentuk yang suci-murni , bukannya yang disaluti dengan kekarutan dan khayalan yang dipegang oleh sebahagian umatnya .
Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan kita daripada kemunduran berfikir dan taqlid buta-tuli , terutama sekali di dalam masalah kepercayaan dan aqidah . :doa
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
21 / Jumadi Awwal / 1424 H
21 / Julai / 2003 M
ISNIN ~ Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum
p/s - kamin tukar nombor SJ sahaja... :)