SJ - 2772: Makna bapa

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2772: Makna bapa

:salam ustaz,
saya ingin bertanya, apakah istilah bapa dalam Islam dan jika ada kategori bapa tersebut tolong huraikan dengan terperinci dan ceritakan bagaimana dengan soal aurat bagi setiap kategori bapa tersebut. sekian, terima kasih.

Re: makna bapa

makna bapa.

Dalam Islam wujud istilah Bapa kandung, bapa saudara, bapa tiri, bapa mentua dan Bapa Angkat.

Bapa membawa maksud kita mempunyai pertalian persaudaraan yang erat dengan seseorang samada ia adalah pertalian darah (nasab), persemendaan, susuan ataupun angkat.

Di dalam al-quran, firman Allah S.W.T ketika mengisahkan anak-anak Nabi Ya’qub yang berkata:
“Kami menyembah Tuhan Engkau dan Tuhan bapa-bapa engkau Ibrahim, Ismail dan Ishaq, Tuhan yang satu dan kami berserah kepadaNya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 133)

Dari segi susur galur para Nabi, Nabi Ismail adalah bapa saudara Nabi Ya’qub tetapi Al-quran menyebut bapa. Kalau kita kembali kepada hadith awalan tadi, perkataan ‘bapa’ boleh membawa seerti dgn bapa saudara seperti yang dimaksudkan dlm ayat al-quran itu tadi.

Nabi S.A.W juga menyebut 'bapa' sebagai menggantikan perkataan 'bapa saudara'.

Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas R.A bahawa ketika rasulullah S.A.W ditanya oleh seorang lelaki yang bertanya baginda di manakah bapanya? Lalu baginda S.A.W menjawab:
“Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” (Riwayat Muslim dalam kitabul Iman, hadith ke 347).

Perkataan bapaku (an abi) di sini merujuk kepada bapa saudara nabi muhammad S.A.W, Abu Talib yang meninggal dunia dalam kekufuran.

Dalam Surah an-nisa (ayat 23-24) lelaki diharamkan mengahwini wanita kerana sebab 3 yakni
1. Nasab
2. Persemendaan
3. Susuan
Oleh sebab itu, wujud hubungan mahram dgn kerana 3 sebab ini.

Persemendaan merupakan satu nikmat kerana ia menyambungkan orang luar dengan kaum kerabat. Dalam hadith ada menyebut:
“Persemendaan adalah sedarah sedaging seperti darah daging keturunan”

Begitu juga bapa.

Aurat bapa dengan perempuan kerana 3 sebab ini adalah sama seperti aurat perempuan dgn mahramnya.

Walaubagaimanapun terdapat khilaf di kalangan ulamak mengenai aurat perempuan dgn mahramnya.

Mazhab maliki berpendapat orang lelaki tidak dibenarkan melihat dada orang perempuan sekalipun perempuan tersebut adalah muhrim.
(Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusy, jilid 1, halaman 111)

Mazhab syafie berpendapat aurat perempuan dengan muhrim lelakinya ialah pusat hingga ke lutut.(Al-Muhazzab, Jilid 1 halaman 64)

Arakian, bapa angkat...ia bukan disebabkan 3 sebab pertalian yang dinyatakan oleh syarak, maka aurat perempuan dgn bapa angkatnya adalah sama seperti aurat perempuan dgn bukan mahramnya.

Wallahua'lam.

P/s: entah jawab ke tidak soalan penanya tadi. kalau tak jawab, maaf. anggaplah ini sebagai celoteh...

Re: SJ - 2772: Makna bapa

:wassalam
Komentar:
Kami endorse Jawapan dari sdr Zayed. JKK