Assalamua'laikom ustaz...
1) Semalam saya dimaklumkan oleh famasi bahawa ubat yg saya ambil 4 tahun yg lepas mengandungi bahan haram (tak tanya bahannya tapi saya berpendapat ianya babi) oleh itu perlukah saya membasuh tangan saya ini dengan air tanah? atau saya tidak perlu berbuat begitu kerana pada masa itu saya tidak mengetahui. Kalau saya menyemak SJ-1958. Pendapat maliki hanya meletakkan jilatan anjing manakala syafi' meletakkan kedua2nya sebagai najis berat. Oleh itu sebagai pengikut syafi' bolehkah saya mengguna pakai pendapat maliki berhubung pendapat ini dalam pada masa yg sama saya bersolat mengikut Syafi'?
:salam
As-Sayid Ridha berpendapat bahawa babi tidak boleh diqiyaskan kpd jilatan anjing. Tidak terdapat sebarang dalil yg tegas menunjukkan kenajisan babi. Pendapat ini dikuatkan oleh Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah dan Imam Nawawi. Maka tidak perlu dibasuh tgn dgn air tanah.
Jika ingin berpegang kpd pendapat yg mengatakan babi itu sama dgn anjing, tidak perlu juga dibasuh tgn itu kerana berdasarkan firman Allah Ta’ala ertinya:
“Dan tidaklah kamu berdosa mengenai hal-hal yang tak disengaja.”(Al-Ahzab: 5).
:wassalam
Fiqhus sunnah
Sayyid Sabiq
Koleksi Hadis2 Hukum
Tengku Muhammad Hasbi
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Komentar:
Jawapan Ust
adalah memadai. JKK