SJ - 2810 : Suara wanita Aurat?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2810 : Suara wanita Aurat?

Benarkah suara itu aurat bagi wanita?

Re: Aurat

rasanya ini soalan ulangan. ada dalam archive tapi saya tak jumpa.

Anyway, suara wanita bukanlah aurat. Kalau tidak masakan kaum wanita zaman nabi boleh berbicara dgn nabi malah dibaiah; umar ditegur oleh wanita dalam isu mahr; banyak hadith diriwayatkan oleh Aishah R.A; dsb.

Cuma yang dilarang seperti yang disebut di dalam al-quran:
Firman Allah S.W.T:
"Oleh itu jgnlah kamu berkata-kata dgn lembut manja (semasa bercakap dgn lelaki asing) kerana yg demikian boleh menimbulkan keinginan org yg ada penyakit di dlm hatinya (menaruh tujuan buruk kpd kamu) dan berkatalah
dgn kata-kata yg baik (sesuai dan sopan)." (Surah Al-Ahzab: ayat 32)

Ayat ini merujuk kepada kata-kata yang lembut manja menggoda, bak kata orang...tergedik2..inilah yang terlarang. Adapun komunikasi biasa (kata2 baik sesuai dan sopan), tidaklah terlarang.

wallahua'lam.

Re: SJ 2810 : Suara wanita Aurat?

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih lagi sekali kepada sdr Zayed yang telah menjawab soalan diatas.

Soalan mengenai "apakah suara wanita aurat" telah dijawab oleh Al-Fadhil Ketua Panelist Al-Ahkam, Ustaz THTL, dan saya sertakan urlnya seperti dibawah ini:

1. SJ-2147: Aurat dan Junub.

2. SJ-1179: hukum bercouple

3. SJ-1399: nasyid perempuan

Suara wanita bukanlah aurat dan ia dituturkan didalam batas-batas syara' yang telah ditetapkan. Suara wanita perlulah dibataskan agar tidak berbentuk menggoda, atau kerana ingin menarik perhatian dan membangkitkan syahwat lelaki, dan supaya tidak menimbulkan fitnah. Ia akan menjadi haram jika timbulnya Fitnah. Berkata Dr Nasr Farid Wassel, Mufti Mesir mengenai wanita membaca Al-Quran di hadapan lelaki :

[="#0000ff" size="3"]ÇáÅÓáÇã áÇ íóÓõÏøõ Úáì ÇáãÑÃÉ ÈÇÈðÇ ãä ÃÈæÇÈ ÇáÎíÑ ÊÊÓÚ áå ØÇÞÇÊåÇ æÊõÄåøöáåÇ áå ÅãßÇäÇÊåÇ¡ æíóÍËøõåÇ Úáì Ãä ÊÓÊÛáøó ßá ãóæÇåÈåÇ ÇáÊí æóåóÈóåÇ Çááåõ ÅíøóÇåÇ¡ ÔÑíØÉó Ãä ÊÞÝ ÚäÏ ÍÏæÏ ÇáÏíä æÇáÃÎáÇÞ¡ æáÇ ÊóÍÑõãõ ÞÑÇÁÊåÇ ÃãÇã ÇáÑÌÇá Ãæ ÅÙåÇÑ ÕæÊåÇ Åä ßÇä ãõÍÞøöÞðÇ áåÐÇ ÇáÛÑÖ ÇáÔÑÚíøö Åä ßÇäÊ ãÚ ãóÍÑã áåÇ æãÚ Ããúä ÇáÝÊäÉ¡ ÈÔÑØ ÃáÇ ÊÊßÓøóÑ Ýí ßáÇãöåÇ Ãæ ÊóÓÊËíÑ ÇáÑÌÇá ÈÇáãÏøö æÇáÊÑÎíã æãÇ Åáì Ðáß ããÇ åæ ÎÇÑÌ Úä ÍÏæÏ ÇáäØÞ ÇáÓáíã æíÏÚæ Åáì ÇáÅËÇÑÉ æÇáÔåæÉ áÏóì ÇáÓÇãÚíä¡ áÞæáå ÊÚÇáì ãõÎÇØÈðÇ äÓÇÁó ÇáäÈíøö ÎÇÕÉ æäÓÇÁ ÇáãÄãäíä ÚÇãøóÉ:
[="#ff00000" size="3"](íóÇ äÓÇÁó ÇáäÈíøö áóÓúÊõäøó ßÃóÍóÏò ãöäó ÇáäÓÇÁö Åäö ÇÊøóÞóíúÊõäøó ÝóáÇ ÊóÎúÖóÚúäó ÈÇáÞóæúáö ÝíóØúãóÚó ÇáÐí Ýí ÞáúÈöåö ãóÑóÖñ æÞõáúäó ÞóæúáðÇ ãóÚÑæÝðÇ) (ÇáÃÍÒÇÈ: 32).

Kesimpulan jawapan Mufti tersebut :

"Islam tidak menghalang atau menutup pintu-pintu bagi seorang wanita itu meluaskan keupayaan dan kelebihannya, dan digalakkan mereka menyumbangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, dengan syarat ia tertakluk kepada batasan agama dan akhlak. Pembacaan seorang wanita tidaklah diharamkan dihadapan lelaki atau menzahirkan suaranya bagi mencapai penyampaian yang baik dan dibenarkan oleh syara', jika dengan adanya mahramnya, dan aman dari fitnah. Dengan syarat juga ia tidak perkataannya tidak membangkitkan keinginan lelaki dengan memanjang-manjangkan dan melembut-lembutkan , dengan membataskan sebutan-sebutan yang lembut dan mengajak kearah membangkitkan syahwat disisi pendengar. Firman Allah swt kepada isteri-isteri Nabi khasnya dan seluruhan Mukminin amnya :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - [Al-Ahzab : 32)""
---------

Berkata Imam Ibnu Kathir berkenaan dengan surah Al-Ahzab [53 dan 32] :

[="#0000ff" size="3"]: Ãí áÇ Êõáöäøó ÇáÞæá . ÃãÑåä Çááå Ãä íßæä Þæáåä ÌÒáÇ æßáÇãåä ÝÕáÇ ¡ ( Ãí íßæä ßáÇãåÇ ÌÇÏÇ ãÎÊÕÑÇ áíÓ Ýíå ãíæÚÉ ) æáÇ íßæä Úáì æÌå íÙåÑ Ýí ÇáÞáÈ ÚáÇÞÉ ÈãÇ íÙåÑ Úáíå ãä Çááíä ¡ ßãÇ ßÇäÊ ÇáÍÇá Úáíå Ýí äÓÇÁ ÇáÚÑÈ ãä ãßÇáãÉ ÇáÑÌÇá ÈÊÑÎíã ÇáÕæÊ æáíäå ¡ ãËá ßáÇã ÇáãÑíÈÇÊ æÇáãæãÓÇÊ ¡ ÝäåÇåä Úä ãËá åÐÇ .
ÝíØãÚ ÇáÐí Ýí ÞáÈå ãÑÖ Ãí íÊØáøÚ ááÝÌæÑ æåæ ÇáÝÓÞ æÇáÛÒá .
æÇáÞæá ÇáãÚÑæÝ: åæ ÇáÕæÇÈ ÇáÐí áÇ ÊäßÑå ÇáÔÑíÚÉ æáÇ ÇáäÝæÓ. æÇáãÑÃÉ ÊäÏÈ ÅÐÇ ÎÇØÈÊ ÇáÃÌÇäÈ æßÐÇ ÇáãÍÑãÇÊ ÚáíåÇ ÈÇáãÕÇåÑÉ Åáì ÇáÛáÙÉ Ýí ÇáÞæá , ãä ÛíÑ ÑÝÚ ÕæÊ ¡ ÝÅä ÇáãÑÃÉ ãÃãæÑÉ ÈÎÝÖ ÇáßáÇã . ÇäÊåì .

"Ini bermakna mereka tidak boleh bercakap secara lembut. Allah merintahkan mereka bercakap secara padat dan tegas (mereka seharusnya serius dan ringkas perkataannya, dan tidak bercakap tidak tentu arah) . Tidak memungkinkan menunjukkan tanda-tanda di wajah mereka apa-apa kelembutan didalam hati mereka, sebagaimana wanita Arab (sebelum Islam) biasa melakukan apabila bercakap dengan lelaki, dengan melembutkan suara mereka seperti wanita yang menjaga kanak-kanak, atau seperti pelacur. Allah melarang wanita melakukan seperti itu.

Perkataan "menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) " membawa makna keinginan mereka yang ingin melakukan perkara yang mungkar atau syahwat. "berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) " bermakna bercakap dengan tidak melanggar syariah atau kejahatan. Wanti digalakkan apabila bercakap dengan mereka yang bukan mahram dengan keadaan yang seruis dan ucapan yang padat, tanpa meninggi suara, kerana mereka diarahkan merendahkan suara mereka"
-------------

wallahu'alam, wassalam

خيرالأمين