SU-00119: Taharah dan was-was

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00119: Taharah dan was-was

Assalamualaikum warahmatullah,
Al-fadhil ustaz,
Saya menghadapi satu masalah, mungkin kerana kejahilan atau mungkin kerana penyakit was-was saya.(Atau istilah saintifiknya, OCD, Obsessive Compulsive Disorder). Masalah saya berlegar di sekitar najis mughallazah. Alhamdulillah, dalam ruangan ahkam, ada ruang untuk mengguna-pakai mazhab lain selain Syafiiyah sekiranya diketahui dalilnya. Dengan itu masalah saya berhubung kenajisan babi telah berkurangan kerana hanbali membenarkan penggunaan pencuci menggantikan tanah.
Bagaimanapun saya masih buntu dalam bab air liur anjing. Satu ketika dulu, ketika pulang dari pasar malam, sesedar saya ada seekor anjing berada betul-betul di belakang saya. Ketika saya menoleh, ia terus melarikan diri. Bahagian pergelangan kaki saya terasa basah. Setibanya di rumah, saya terus menyamak bahagian kaki seluar dan kaki. Beg plastik yang terkena muncung anjing saya letakkan di belakang pintu (terkena pintu). Saya bercadang membuangnya keesokan hari dan membasuh pintu itu. Agak malang bila pagi esoknya seorang teman bertuala (yang mungkin lembap)bersandar di pintu tersebut, walaupun ianya (pintu)telah kering. Adakah dia akan mengjangkitkan kenajisan tersebut ke tempat lain(Dia duduk di atas kerusi) walaupun dalam keadaan kering? Saya ingin saja berpegang pada najis hanya jika da rupa, rasa, atau bau, tapi umum mengetahui sifat air liur yang tiada ketiga-tiganya ketika kering, namun mengikut Dr. Mashitah Ibrahim tetap wajib samak anggota yang terkena bekas air liur anjing walaupun kering.
Saya ingin pendapat Ahkam dalam hal ini.
Ianya tidak menjadi masalah besar sekiranya kita berpegang kepada Malikiyah yang menganggap anjing tidak najis, dan menyamaknya hanyalah taa'budi.
Sekian.

semutapi (not verified)
Re: Taharah dan was-was

:salam

Anda mempunyai sikap was2 yg terlalu tinggi. Pastikan betul2 sesuatu perkara, kerana sikap was2 timbul kerana tidak pasti terhadap sesuatu perkara, dan was2 itu sendiri adalah daripada syaitan. Sikap was2 ini juga poleh dikurangkan dgn penambahkan ilmu pengetahuan dlm hal2 agama.

Adakah anda terasa kaki anda telah di jilat? Jika tidak terasa maknanya ia tdk dijilat. Anda ke pasar mlm mungkin terkena air yg tertumpah masa org duk jual air, atau air dari kawasan org jual ikan, atau apa2 saja boleh berlaku.

Bag plastik anda terkena muncung anjing, adakah anda melihat ia menjilat beg plastik anda. Jika tdk, anda hanya was2. Jika ia sekadar menghidu beg plastik anda ini tdk bermakna ia menjilatnya. Tdk perlu disamak.

Dekat rumah anda kawan anda menyandar dekat beg plastik tadi dgn memakai tuala, dan anda kata ia "mungkin" lembap. Jika ianya "mungkin",ini adalah ketidak pastian, "mungkin" ianya kering.

Jika sesuatu perkara itu tdk pasti dan anda mengambil berat ttg perkara tersebut maka anda menyusahkan diri anda sendiri

Firman Allah Ta’ala dalam ayat ke-101 daripada Surah al-Maidah :
"Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu bertanya (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al-Qur'an itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, Allah mema'afkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun."

Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :
Daripada Salman ( ra ) dia berkata : “ Baginda Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai hukum minyak sapi , keju dan keldai hutan , maka Baginda s.a.w menjawabnya : Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitab-Nya dan haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitab-Nya , dan apa-apa perkara yang tidak sebut oleh-Nya , maka itu adalah salah-satu daripada apa yang dimaafkan untuk kamu “ ~ Hadis diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie di dalam Kitab al-Libas dan oleh al-Imam Ibnu Majah rh di dalam Kitab al-At’imah .

Al Masyaqqah Tajlibu at Taisir (kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan);
Kaedah ini dibina dari nas al Qur;an, misalnya: 2:185 (Allah mengkehendaki kamu mendapat kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran); juga 33: 05 (Dan tidaklah kamu berdosa mengenai hal-hal yang tidak disengajakan);

Wallahualam, tunggulah jawapan yg lebih benar dari Al FAdhil Ustaz kita.
:wassalam

Re: Taharah dan was-was

:salam

Jawapan yg baik dari semutapu. Hanya sekadar menambah.

Kaedah fiqh mengatakan 'sesuatu yg telah yakin tidak dapat dihilangkan dgn keraguan.' Maka dari situ dapatlah disimpulkan, selagi tidak ada kesan jilatan pada kaki sdr ataupun tidak dilihat anjing tersebut menjilat, maka ia kekal sepeti asalnya iaitu suci.

Adapun mengenai perpindahan najis, najis yg telah kering tidak akan berpindah ke tpt lain. WA.

:wassalam