SJ - 2829 : Jual Beli dan iklan didalam masjid

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2829 : Jual Beli dan iklan didalam masjid

:salam

minta jasa baik dari pihak panel menerangkan tentang haramnya mengadakan aqad jual beli serta mendedahkan barang jualan didalam masjid (rujukan : kitab bahrul madzi). adakah menampal iklan jualan barang atau servis didalam masjid dikira sebagai mendedahkan barang jualan ? dan apa pendapat jumhur ulamak?.

:wassalam

Re: SJ - 2829 : Jual Beli dan iklan didalam masjid

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih sdr/i Nuun, Insyallah kami akan cuba menjawab persoalan diatas dengan kemampuan yang ada.

Hadith petikan Bahrul Mazi (dari laman al-ahkam):

Sumber ‘Abdullah B. ‘Amr B. Al- ‘Aash r. ‘a. daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya beliau menegah membaca (mendeklamasi) sya’ir di dalam masjid, berjual-beli di dalamnya dan duduk berlingkungan (berkumpulan) pada hari Jumu’at sebelum sembahyang (Jumu’ at). Kata Abu Isa At-Turmudzi: Dalam bab ini terdapat lagi Hadith sumber daripada Buraidah, Jaabir dan Anas. Hadith ini bertaraf Hasan.

url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=Bahrul&Number=9548&page=3&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
--------------

Hukum berjual-beli didalam masjid, hukumnya adalah khilaf dikalangan para Imam Mazhab. Ada yang mengatakan haram, ada yang memakruhkannya dan ada yang melihat kepada apa yang ingin dijualkan.Perkara ini juga telah disebut oleh Imam Al-Qurthubi didalam tafsirnya (12/269), mengenai penjagaan masjid dan juga mengenai jual-beli didalam masjid. Didalam Hadith Muslim ada menyebut :

{ÅäãÇ ÈõäöíóÊ ÇáãóÓÇÌÏ áãÇ ÈõäöíóÊú áå}
dir="ltr"> "Masjid dibina bagi tujuan apa ia dibina"

Dan berkata Al-Qurthubi lagi : Ini menunjukkan bahawa asalnya tidaklah selain dari Solat, Zikir dan membaca Al-Quran, dan ini bertepatan dengan Hadith Nabi saw - hadith Badui (Al-'Arabi) yang kencing didalam masjid dan diriwayat oleh Al-Tirmudzi (ms 270), bahawa Nabi saw melarang membaca syair dan jual-beli didalamnya. Al-Qurthubi berkata lagi : beberapa dikalangan ulama' yang memakruhkan jual-beli didalam masjid, begitulah kata Ahmad dan Ishaq. Kata beliau lagi : Al-Tirmudzi mengatakan bahawa terdapat riwayat beberapa ulama' dari tabien memberi ruhsah jual-beli didalam masjid dari nabi saw - didalam Hadith yang lain Nabi saw memberi ruhsah bersyair didalam masjid.

Pandangan Imam Mazhab menurut Sheikh Atiyyah Saqr

Bekas Pengerusi Rumah Fatwa Mesir, Sheikh Atoyah Saqr berkata : Mazhab Hanafi memakruhkan aqad jual beli didalam masjid, tetapi jika ia berbentuk hadiah dan sebagainya tidaklah makruh.

Maliki juga berpendapat yang sama dengan Hanafi. Bagi Hanbali pula : Jual-Beli adalah haram didalam masjid, dan aqad ini adalah terbatal.

Syafie berkata : Jual-beli didalam masjid sentiasa haram, dan bagi sekiranya ia berlaku khilaf pada permulaannya melainkan jika ia mengganggu solat maka ia menjadi haram.

ÝÇáÎáÇÕÉ Ãä ÚÞÏ ÇáÕÝÞÇÊ Ýí ÇáãÓÌÏ Ýí ÈÚÖ ÇáÃÍíÇä ãßÑæå Ãæ ÎáÇÝ ÇáÃæáì ÚäÏ ÇáÌãåæÑ æÍÑÇã æÈÇØá ÚäÏ ÃÍãÏ¡ æÇÊÎÇÐå áÐáß Úáì ÇáÏæÇã ÍÑÇã ÚäÏ ÇáÔÇÝÚíÉ æÇáÍäÇÈáÉ¡ æßÐáß ÅÐÇ ÃÏøì Åáì ÇáÊÖííÞ Úáì ÇáãÕáøöí¡ æÃÑì ÍÑãÊóå ÅÐÇ ÃÎáø ÈÍÑãå ÇáãÓÌÏ ÓæÇÁ ÃßÇä ÃÍíÇäðÇ Ãæ Úáì ÇáÏæÇã.
dir="ltr">"Intipati yang ingin disampaikan disin ialah melakukan aqad (jual-beli) kadangkala makruh atau perselisihan awal dikalangan jumhur dan Haram dan batal disisi Ahmad, dan dengan mengambil larangan yang sentiasa haram disini Syafie dan Hanbali., dan begitu jika ia menggangu solat dan melihatnya sebagai haram jika ia melampai kehormatan masjid samada kadang-kadang atau selalu."
-------------------

Pandangan ulama Saudi

Pandangan Sheikh Abdullah ibn Jibreen

Sheikh ibn Jibreen telah bertanya mengenai penjualan barangan didalam masjid yang bertujuan mengutip sumbangan, kata nya :

áÇ íÌæÒ ÇáÈíÚ æÇáÔÑÇÁ ÏÇÎá ÇáãÓÇÌÏ ÓæÇÁ ÇáßÊÈ Ãæ ÛíÑåÇ æáæ ßÇä äÝÚåÇ íÚæÏ Úáì ÇáíÊÇãì æäÍæåã áßä áÇ ÈÃÓ ÈÌÚáåÇ Ýí ÕäÏæÞ ÎÇÕ æßÊÇÈÉ ÞíãÊåÇ ÝæÞåÇ æÌÚá ÍÕÇáÉ åäÇß ãä ÃÑÇÏ äÓÎÉ ÃÏÎá ËãäåÇ Ýí ÇáÍÕÇáÉ æÃÎÐ äÓÎÉ Ïæä Ãä íßæä ãÓÇæãÉ æããÇßÓÉ æÅíÌÇÈ æÞÈæá .
dir="ltr"> "Tidak dibenarkan membeli atau menjual didalam masjid, samasa mengenai buku atau barangan lain, walaupun ini membawa kepada menunafaatkan anak yatim sebagai contoh. Akan tetapi tidak salah dengan meletakkan kotak khas dan menulis harga diatasnya, dan meletakkan kotak duit bersamanya agar sesiapa yang inginkan nya akan meletakkan duit didalam kotak-duit dan mengambil senaskah, tanpa tawar-menawar, penawaran atau penerimaan."

Pandangan Sheikh Ibnu Utsaimin

Sheikh Ibnu Utsaimin telah ditanya akan samada boleh mengumumkan melalui corong masjid mengenai majlis berbuka puasa, beliau mengatakan :

åÐÇ ÇáÅÚáÇä áÇ ÈÃÓ Èå áÃäå ÅÚáÇä Ýíå ÏÚæÉ ááÎíÑ æ áíÓ ÇáãÞÕæÏ Èå ÈíÚÇ æ áÇ ÔÑÇÁ ¡ ÇáãÍÑã Ãä íÚáä Úä ÇáÈíÚ æ ÔÑÇÁ Ãæ ÊÃÌíÑ æ ÇÓÊÆÌÇÑ ããÇ áã ÊÈä ÇáãÓÇÌÏ ãä ÃÌáå æ ÃãÇ ÇáÏÚæÉ Åáì ÇáÎíÑ æ ÅØÚÇã ÇáØÚÇã æ ÇáÕÏÞÉ ÝáÇ ÈÃÓ Èå .
dir="ltr"> "Tidak ada salahnya mengenai pengumuman ini, kerana ini adalah iklan dakwah dan ia tidak melibatkan jual atau beli. Apa yang haram ialah melakukan pengumuman mengenai penjualan, pembelian, pajak atau pun sewa, dimana ini semua bukan sebab masjid dibina, akan tetapi tidak salah melakukan pengumuman yang berdakwah kepada kebaikkan, membantu yang lain dan aktiviti kebajikan".

Sheikh Muhammad Salih Al-Munnajid

æíÌÈ ÇáÊäÈå Åáì Ãä íÊã ÇáÈíÚ ÎÇÑÌ ÇáãÓÌÏ ¡ áÃä ÇáÈíÚ æÇáÔÑÇÁ ãÍÑã Ýí ÇáãÓÌÏ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ( ÅöÐóÇ ÑóÃóíúÊõãú ãóäú íóÈöíÚõ Ãóæú íóÈúÊóÇÚõ Ýöí ÇáúãóÓúÌöÏö ÝóÞõæáõæÇ áÇ ÃóÑúÈóÍó Çááøóåõ ÊöÌóÇÑóÊóßó )
dir="ltr">"Wajib kita nyatakan peringatkan bahawa berjual-beli hendaklah dilakukan diluar masjid, kerana adalah haram melakukan didalam masjid. Nabi saw bersabda "Jika kamu melihat sesiapa yang menjual dan membeli didalam masjid, maka katakan :'Allah tidak berkehendakkan perniagaan itu beruntung'" - (Riwayat al-Tirmudzi, 1321; dikelaskan sebagai Sahih oleh Al-Albani didalam Sahih al-Tirmudzi, 1066)."

Pandangan yang moderate/pertengahan diantara mereka : Sheikh Faizal Mowlawi

Sheikh Faizal Mowlawi telah ditanya mengenai scenario berikut :

Pertanyaan dari persaudaraan Islam di Peranchis yang hidup secara terpisah disana. Mereka mempunyai perpustakaan yang mempunyai koleksi audio-visual, dan bertanyakan apakah boleh menjual pita-pita rakaman didalam masjid. Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan Peranchis tidak membenarkan berniaga berhampiran masjid.

Jawab Sheikh Faizal Mowlawi :

Ulama' tidak menyukai (makruh) penjualan dan perdagangan didalam masjid! Apa yang terjadi ialah tabiat tawar-menawar dan bertegang leher diantara dua pihak, dan kemungkinan besar akan melakukan penipuan, dan juga menimbulkan kemarahan dan berlakulah meninggikan suara sebagaimana yang berlaku kepada pedagang didalam pasar, disamping masjid diasaskan untuk beribadat kepada Allah, dan boleh dijadikan sebagai tempat diskusi masaalih umum dikalangan semua orang Islam...Bagi pasaran komersial ia lebih berbentuk pencapaian individu, maka ia tidak mengharmonikan peranan masjid yang asal.

ÝÅäí ÃÝåã ãäå Ãä åÐå ÇáÃÔÑØÉ ÊÊäÇæá ãæÖæÚÇÊ ÅÓáÇãíÉ æÃÍßÇãÇð ÔÑÚíÉ¡ æÑÈãÇ ÃÔÑØÉ áÊáÇæÉ ÇáÞÑÂä ÇáßÑíã¡ Ãæ ÃÔÑØÉ ÃäÇÔíÏ ÅÓáÇãíÉ Ãæ ãÍÇÖÑÇÊ.. æÈíÚåÇ Ýí ÇáãÓÌÏ áÇ ÚáÇÞÉ áå ÈÇáÊÌÇÑÉ ÃÕáÇð¡ æÅäãÇ åæ äæÚ ãä äÔÑ ÇáæÚí ÇáÅÓáÇãí Úä ØÑíÞ "ÇáßÇÓíÊ"¡ æåæ ÈÇáÊÇáí íÔÈå ÇáßÊÇÈ.. æäÙÑÇð áÚÏã ÇáÞÏÑÉ Úáì ÊæÒíÚ ÇáßÊÈ Ãæ ÇáÃÔÑØÉ ãÌÇäÇð ÎÇÕÉ Ýí ÇáÈáÇÏ ÇáÛÑÈíɺ ÍíË áÇ ÊæÌÏ æÒÇÑÇÊ ÃæÞÇÝ Ãæ ãÄÓÓÇÊ ÛäíÉ ÞÇÏÑÉ Úáì ÇáÞíÇã ÈåÐå ÇáÚãá ÇáÅÚáÇãí ãÌÇäÇð áæÌå Çááåº áÐáß Ýåí ÊÈíÚ ÃÔÑØÉ ÅÓáÇãíÉ¡ æÑÈãÇ ÇáßÊÈ ÈÓÚÑ ÇáßáÝɺ ÍÊì ÊÓÊØíÚ Ãä ÊÚíÏ ÅäÊÇÌ ÛíÑåÇ æÊæÒÚå ÃíÖÇð áÊÚã ÇáÝÇÆÏÉ Úáì ÚÏÏ ÃßÈÑ ãä ÇáãÓáãíä.. ãËá åÐÇ ÇáÚãá íäÏÑÌ ÊÍÊ ÈÇÈ "ÇáÏÚæÉ Åáì Çááå" æäÔÑ ÇáÚáæã ÇáÔÑÚíÉ æåæ ÌÇÆÒ Ýí ÇáãÓÌÏ Èá åæ ãÓÊÍÈ ÃíÖÇð¡ æÞÏ íßæä æÇÌÈÇð ÅÐÇ ßÇä ÇáãÓáãæä áÇ íÞÏÑæä Úáì ÇáÈíÚ ÎÇÑÌ ÇáãÓÌÏ ßãÇ æÑÏ Ýí ÇáÓÄÇá¡ æáÇ ÚáÇÞÉ áåÐÇ ÇáÚãá ÈÇáÊÌÇÑÉ ÇáÊí íÞÕÏ ÈåÇ ÇáÑÈÍ ÇáÔÎÕí æÇáÊí áÇ ÊÌæÒ Ãä Êßæä ÏÇÎá ÇáãÓÇÌÏ
dir="ltr"> "Bagi penjualan kaset tanpa keuntungan yang dinyatakan didalam soalan diatas, difahamkan bahawa kaset-kaset ini mengenai perkara Islam dan perundangannya, dan kemungkinan pita bacaan al-Quran, nasyid dan kuliah...penjualannya di masjid tidak ada bersangkutan dengan asal perdagangan, akan tetapi ia merupakan satu cara penyebaran kesedaran mengenai Islam didalam bentuk kaset dan ia menyerupai sebuah buku.. Melihat kepada ketidak upayaan menyebarkan buku atau pita secara percuma dan lebih-lebih lagi dinegara Barat, dimana tiada Kementrian Agama yang berupaya menyebarkan media-media Islam secara percuma kerana Allah ! Penjualan pita Islam ini, dan kemungkinan buku boleh dijual pada harga kos. Sehingga produksi boleh dilakukan berulangkali dan pengedarannya dapat disebarkan kepada ramai orang Islam..Kerja-kerja ini dianggap sebagai "Dakwah kepada Allah" dan penyebaran sains syariah dan kemungkinan boleh berlaku di masjid, bahkan mustahab juga, dan wajib jika orang Islam tidak dapat melakukannya di luar masjid sebagaimana yang dinyatakan didalam soalan, dan ini tiada kena-mengena dengan makna perdagangan yang mendatangkan keuntungan pribadi yang tidak dibenarkan di masjid."

--------------
Rumusan

Ulama mazhab berselisih faham mengenai hukum berjual-beli di masjid. Jumhur ulama' mengatakan makruh (Syafie, Hanafi dan Maliki) dan ada yang mengharamkannya (Hanbali). Mazhab Syafie melihat jika ia menggangu solat, maka hukumnya adalah Haram. Sebabnya timbul dari beberapa hadith larangan dan juga dilihat dari skop dan tujuan diasaskan masjid dan gangguan keatas mereka yang bersolat. Perdagangan atau Jual-Beli, suasana suara dinaikkan, tawar-menawar dan unsur keuntungan merupakan satu scenario yang tidak dibenarkan di dalam masjid. Ibn Jibrin berpendapat, jualan bagi mengutip derma, adalah tidak menjadi kesalahan jika diletakkan barangan tersebut besama dengan kotak/tabung bagi meletakkan wang didalam masjid. Pengumuman atau iklan yang dibenarkan jika ia tidak ada unsur jual-beli. Jual-beli yang diharamkan adalah berbentuk keuntungan pribadi. Jika ia dilakukan seperti menyebarkan dakwah, seperti penjualan buku agama, kaset-kaset ceramah, bacaan Al-Quran, Nasyid dan sebagainya adalah dibolehkan. Penjualan dan pengumuman seperti ini adalah dibenarkan didalam masjid seperti apa yang berlaku bagi jemaah Islam di Peranchis yang menjual kaset dakwah Islamiyyah.

Penjualan-penjualan diluar masjid (masih berada didalam kawasan masjid) adalah dibenarkan. Dengan ini bill board atau papan kenyataan bolehlah diletakkan diluar masjid bagi tujuan pengiklanan services dan sebagainya, yang penjualannya tidak ada kena mengenai dengan amal kebajikan atau perkhidmatan percuma bagai tujuan masalahat umum. Lajnah Al-Da'aimmah Arab Saudi didalam fatwa bernombor 10316 (13/102) membenarkan perniagaan diluar pintu masjid. Dimasa Jumaat, perniagaan dibenarkan sebelum Azan ke 2 dikumandangkan.

wallahu'alam

-wassalam-
-----------

Rujukan :


1. Sheikh Atiyyah Saqr. Íßã ÇáÈíÚ Ýí ÇáãÓÌÏ ÚäÏ ÂÐÂä ÇáÌãÚÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=11555

2. Sheikh Abdullah ibn Jibreen.åá íÌæÒ ÇáÈíÚ ÏÇÎá ÇáãÓÌÏ . url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=10524&dgn=3&dgn=2

3. Sheikh Ibnu Utsaimin. ÃÚáä Ýí ÃÍÏ ÇáãÓÇÌÏ Ãäå íæÌÏ ÅÝØÇÑ áßá ãä íÑíÏ ÇáÕíÇã. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=3468&dgn=3&dgn=2

4. Sheikh Muhammad Salih Al-Munnajid. åá ããßä Úãá ØÈÞ ÎíÑí Úáì ãÇÆÏÉ ÇáÅÝØÇÑ Ýí ãÓÌÏ . url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=37701&dgn=3&dgn=2

5. Sheikh Faizal Mowlawi. ÇáÈíÚ ÏÇÎá ÇáãÓÌÏ . url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=21185

6. Fatwa Al-Lajnah Al-Daa'mah Lil-Buhuth Al-'Alamiyyah wa Ifta' - 13. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Muaayad, 2000. ms 102

خيرالأمين