SJ - 2869: [G] solat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2869: [G] solat

assalamualaikum,
saya sedang belajar di luar negara. ada rakan saya menyatakan bahawa jika kita ada kelas dan tidak dapat menunaikan solat dalam tempoh berkenaan, jadi kita boleh melakukan solat jamak di awal waktu. contohnya jika berada didalam kelas sepanjang waktu asar. maka menunaikan solat asar jamak dlm waktu zohor sebanyak 4 rakaat.
2) kawan saya menyatakan bahawa ini lebih baik kerana didalam Islam tiada solat Qado..
3) jika kita telah bersumpah untuk membuat sesuatu tetapi jika ianya boleh memudaratkan orang lain wajibkah kita menunaikannya..contoh jika bersumpah akan memusnahkan org yg mengganggu ahli keluarga kita? dan jika ada yg mengganggu wajibkah saya memusnahkan org itu seperti yg telah di sumpahi. jika untuk menggantikan sumpah ini dgn benda lain apakah yang perlu dibuat?

Re: solat

:salam

Utk menjawab persoalan jamak(soalan pertama) ini, saya lampirkan jwpn sebelumnya yg dijawab oleh panel fiqh al-ahkam sebelum ini.

Jawapan 1:
Apakah boleh jamak sembahyang ketika tidak bermusafir?

Jawab:
Pendapat kuat di dalam mazhab Syafi'i tidak membenarkan kecuali kerana hujan. Manakala mazhab Hanbali membolehkan pada beberapa sebab berikut:
1. Pesakit yang akan menghadapi masalah jika tidak melakukan jamak.
2.Wanita yang mustahadah.
3. Wanita yang menyusukan anak
4. Orang yang sudah uzur
5. Orang yang tidak berdaya untuk berwudhuk setiap kali hendak sembahyang.
6. Orang yang tidak berkemampuan mengenal waktu.
7. Orang yang khuatir terhadap nyawa, harta dan kehormatannya (orang yang ketakutan)
8. Orang yang khuatir akan ditimpa kemelaratan hidup jika dia meninggalkan jamak.
9. Ketika salji, lumpur, cuaca terlalu sejuk dan hujan yang membasahkan kain.

Berikut ini saya terjemahkan petikan dari sebuah kitab mazhab Hanbali al-Raudhul Murbi':
[Dan diharuskan jamak antara yang tersebut itu kerana sakit yang akan ditimpa kesusahan jika ia meninggalkan jamak. Kerana Nabi s.a.w. pernah melakukan jamak ketika tidakdalam keadaan ketakutan dan tidak ketika hujan Dan di dalam satu riwayat lain "tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak dalam permusafiran". Ia diriwayatkan oelh Muslim dari Hadis Ibnu Abbas, tidak berkeuzuran selepas yang demikian itu kecuali sakit.

Dan sesungguhnya telah sabit keharusan melakukan jamak bagi perempuan yang istihadhah, iaitu sejenis penyakit, dan harus juga bagi perempuan yang menysuskan kerana kepayahan yang dihadapi akibat najis anak. Dan seumpama perempuan yang istihadhah ialah mereka yang lemah dari bersuci atau bertayammun setiap kali mahu bersolat. Atau lemah dari mengetahui waktu seperti kerana buta dan seumpanya. Atau kerana sibuk yang mengharuskannya meninggalkan sembahyang Jumaat dan jamaah.] (Al-Raudhul Murbi', hal. 111)

Malik juga membenarkan jamak bukan kerana musafir, iaitu kerana keuzuran sakit. (Lihat Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili, vol 2)

Manakala golongan Zahiri membolehkan jamak ketika tidak bermusafir (hadhar) sekalipun tanpa uzur. Berikut ini saya terjemahkan petikan dari kitab Bidayatul Mujtahid tulisan Ibnu Rusyd:
[Dan adapun jamak ketika hadir (tidak bermusafir) serta tidak uzur, maka sesungguhnya Malik dan kebanyakan ulamak tidak mengharuskannya. Dan telah mengharuskan yang demikian itu satu jamaah dari golongan al-Zahiri dan Asyhab dari kalangan sahabat Malik.] (Bidayatul Mujtahid, Ibnu Rusyd, vol. 1, hal. 125)

Masalah:
Mengapa mereka berselisih pendapat mengenainya.. Ada yang mengatakan boleh jamak ketika tidak musafir dan ada yang mengatakan tidak boleh?

Jawab:
Ibnu Rusyd mengatakan lagi:
[Dan sebab perselisihan mereka adalah di dalam memahami hadis Ibnu Abbas] (ibid.)

Apakah itu Hadis Ibnu ABbas?
Iaitu:

[Klik untuk lihat lafaz Hadisnya]

Ertinya: Ibnu Abbas r.a. berkata: Bahawasanya Nabi s.a.w. pernah menjamakkan antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ibnu Abbas ditanya: Apa yang dikehendaki dengan yang demikian itu (mengapa Rasulullah melakukannya)? Dia berkata: baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya. (HR al-Jamaah kecuali Bukhari dan Ibnu Majah).

Hadis inilah yang menjadu punca perselisihan ulamak mengenai jamak sembahyang ketika tidak bermusafir. Dan para ulamak telah memberi komentar terhadap hadis ini. Ia dapat kita lihat di dalam Subulus Salam, al-Majmuk, al-Mughni, Nailul Authar dsbnya.

Secara mudahnya, hadis ini menjelaskan bahawa nabi pernah menjamak sembahyang ketika berada di Madinah tanpa ada apa-apa sebab. Tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. Ada satu riwayat lain mengatakan, "tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak dalam permusafiran". Sebabnya apa? Kerana nabi mahu memberi kemudahan kepada umatnya.

------------------------
Antara komentar para ulamak tentang hadis ini ialah:

>> Ibnu Taimiyah berkata:
Perkataan Ibnu Abbas "di Madinah" menunjukan bahawa baginda s.a.w. tidak dalam permusafiran.
(Lihat al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud Bin Salman, hal.422)

Syeikh Mahmud Syaltut & Mohd Ali al-Syayis di dalam Muqaranatul Mazahib Fil Feqhi menukilkan golongan yang mendokong kehujahan Hadis Ibnu Abbas:
Jika menjamak sembahyang di Arafah dibolehkan atas sebab memberi peluang untuk memperbanyakka doa dan mendengar khutbah, maka tidak jauh bezanya, ia juga menjadi sebab untuk menjamakkan sembahyang ketika ada hajat, asalkan ia tidak dijadikan adat kebiasaan.

>> Imam Malik berkata:

Ertinya: Aku melihat yang demikian itu adalah ketika hujan.
(Lihat al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud Bin Salman, hal.419, Bidayatul Mujtahid, Ibnu Rusyd, vol. 1, hal. 125)

Imam Malik mentakwilkan bahawa hadis Ibnu Abbas adalah jamak ketika hujan, dengan melihat kepada riwayat "tidak dalam keadaan ketakutan dan tidak dalam permusafiran".

Perkataan Ibnu Munzir di dalam al-Ausath dapat dijadikan jawapan perkataan Malik:
Mengenai jawapan Ibnu Abbas "baginda mahu memberi kelapangan (mudah) kepada umatnya", jika di sana terdapat hujan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang, sudah tentu Ibnu Abbas akan menyebutkan mengenai sebab jamak itu dilakukan. Tetapi, mengapa dia tidak menyebutkannya. Perkhabaran bahawa Baginda s.a.w. mahu memberi kelapangan kepada umatnya, menunjukkan bahawa jamak yang dilakukan bukanlah ketika hujan. Dan kita tidak boleh menolak keyakinan Ibnu Abbas yang ketika itu dia sendiri ada di situ dengan syak dari Malik. (Lihat al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud Bin Salman, hal.422)

Bermaksud, Ibnu Abbas tidak menjelaskan bahawa jamak yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. itu adalah kerana hujan. Jika memang kerana hujan sudah tentu Ibnu Abbas menyatakannya. Itulah keyakinan Ibnu Abbas yang dia sendiri hadir (ada) ketika jamak itu dilakukan. Jadi, keyakinan ini tidak dapat kita tolak dengan syak yang dibuat oleh Imam Malik yang mengatakan jamak itu dilakukan kerana hujan.

Oleh itu, jelaslah bahawa jamak boleh dilakukan sekalipun tidak dalam keadaan khauf (ketakutan), tidak hujan dan tidak musafir.

>> Di dalam Subulus Salam menyebutkan hujah sebahagian ulamak yang menolak jamak kerana hajat:
Bahawa jamak yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. adalah jamak shur, iaitu yang pada zahir kelihatan seperti jamak, tetapi pada hakikatnya bukan. (Juga lihat Fathul Bari, Ibnu Hajar al-Asqalani, vol. 2, hal 580)

Contoh: Mengerjakan sembahyang zohor pada akhir waktu, dan apabila selesai masuklah waktu Asar, kemudian bangkit mengerjakan sembahyang Asar pada awal waktu.

Perkataan ini dijawab oleh golongan yang mendokong jamak kerana hajat sebagaimana yang dinukilkan oleh Syeikh Mahmud Syaltut & Mohd Ali al-Syayis di dalam Muqaranatul Mazahib Fil Feqhi:
Maksud menghilangkan kesukaran tidak sesuai jika yang dimaksudkan hanyalah jamak pada zahirnya sahaja (jamak shur), padahal setiap sembahyang dikerjakan di dalam waktunya masing-masing. Kerana merancang/mengatur untuk melakukan yang demikian itu termasuk juga di dalam kesukaran.

Maksudnya, mengatakan bahawa jamak yang dimaksudkan di dalam hadis Ibnu Abbas sebagai jamak shur adalah tidak tepat. Kerana mahu melakukan jamak shur itu sendiri adalah satu kesukaran. Bukan mudah mengatur waktu untuk melakukan satu sembahyang untuk dikerjakan pada betul-betul akhir waktu, dan sembahyang yang satu lagi pada awal waktu. Iaitu sejurus selepas sembahyang yang pertama selesai.

>> Ada juga sebahagian ulamak yang mengatakan bahawa jamak yang dilakukan di dalam hadis Ibnu Abbas adalah kerana sakit.

Perkataan ini dijawab oleh al-Hafiz, bahawa jika jamak itu dilakukan kerana sakit, maka sudah tentu orang-orang yang bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w. juga adalah orang yang sedang sakit..

Sudah tentu tidak dapat diterima..

-----------------------
Hadis Ibnu Abbas diperkuat dengan riwayat:

Abdullah bin Syaqiq berkata:
Ibnu Abbas berpidato kepada kami di Basrah pada suatu hari selepas Asar sehingga terbenam matahari dan terbit bintang-bintang. Ini menyebabkan manusia yang hadir berkata: Solat, solat. katanya lagi: Lalu datang seorang lelaki dari Bani Tamim memperingatkan: Solat, solat.
Lalu Ibnu Abbas berkata: Apakah engkau mengajar kepadaku sunnah? Tidak ada ibu bagimu. Kemudian katanya: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menjamakkan sembahyang antara zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Abdullah bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian aku pergi kepada Abu Hurairah, dan menanyakan hal itu, maka dia membenarkan perkataan Ibnu Abbas. (HR Muslim)

Riwayat di atas menjelaskan bahawa Ibnu Abbas menjamakkan sembahyang dalam keadaan dia tidak bermusafir, ketakutan dan hujan. Dia adakalanya menjamak-kan sembahyang ketika berada dalam urusan penting, seperti pidatonya itu. Dia mengetahui jika pidatonya itu dihentikan maka akan hilanglah kemaslahatannya. Meneruskan pidato dianggap suatu hajat yang membolehkan jamak. (Lihat Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Koleksi Hadits Hukum, vol 4, hal. 350)

>> Begitulah secara ringkas diskusi para ulamak terhadap hadis Ibnu Abbas.

-----------------
Lagi... Beberapa pendapat ulamak tentang jamak kerana hajat
Setelah melihat serba sedikit punca perselisihan dan diskusi para ulamak mengenai jamak kerana hajat, sekarang ini cuba kita lihat nukilan beberapa kitab tentang siapakah dia yang mengatakan boleh jamak kerana hajat:

1. Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy (Indonesia):
"Walhasil, untuk sewaktu-waktu bila ada keperluan, kita boleh mengumpulkan (jamak - zain y.s.) sembahyang siang dalam suatu waktu (zohor dan ashar di waktu ashar), dan sembahyang malam dalam suatu waktu (maghrib dan isyak di waktu isyak). Dan bukanlah dikehendaki dengan jamak di sini, jamak shury, iaitu menta'khirkan yang pertama ke akhir waktunya dan mendahulukan yang kedua ke awal waktunya. Kerana jamak yangs erupa itu tidaklah mewujudkan kelapangan.

Maka dapatlah difahamkan, bahawa waktu sembahyang bagi orang-orang yang uzur: iaitu waktu ashar, di dalamnya dikerjakan zuhur dan ashar; waktu isyak, di dalamnya dikerjakan maghrib dan isyak; dan waktu subuh.

terhadap orang yang tidak mempunyai uzur mempunyai lima waktu; waktu zohor, waktu ashar, waktu magrib, waktu isyak dan waktu subuh. Renungkanlah firman ALlah s.w.t. "Dirikanlah sembahyang pada dua tepi siang dan pada sebahagian malam" (Hud: 114). Tepi yang pertama iaitu: Waktu subuh. Tepi yang kedua melengkapi zohor dan ashar. Dan sebahagian malam itu melengkapi maghrib dan isyak. Maka nyatalah bahawa jamak itu tidaklah tertentu dengan safar (musafir) yang panjang, bahkan jamak itu dilakukan pula kerana sakit, hujan dan kerana ada sesuatu keperluan." (Lihat Prof. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Koleksi Hadits Hukum, vol 4, hal. 352-353)

2. Imam al-Nawawi berkata, segolongan ulamak besar membenarkan jamak di dalam keadaan tidak musafir, kerana ada keperluan, asalkan tidak dijadikan adat yang tetap. Demikianlah pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari ashab malik. Diriwayatkan juga oleh al-Khathabi dari al-Qaffal al-Kabir dari kalangan pengikut al-Syafi'i. (Ibid.)

3. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah:
"Dan Mazhab yang paling memberi keluasan dalam masalah jamak ialah mazhab imam Ahmad (Hanbali -zain y.s.). Maka sesungguhnya beliau menashkan bahawa dibolehkan melakukan jamak kerana kesempitan/susah dan kesibukan." (Lihat al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud Bin Salman, hal.423)

4. Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani menyebutkan:
"Dan Dari Ibnu Sirin, bahawasanya harus menjamakkan sembahyang bukan kerana takut dan bukan kerana sakit, selama ia tidak dijadikan sebagai adat. Dan telah memilih oleh Ibnu al-Munzir dan satu jamaah (sekumpulan ulamak) akan harus menjamak ketika hadar (tidak bermusafir), tidak dalam keadaan takut dan tidak hujan." (AL-Mizanul Kubro, Syeikh Abdul Wahab al-Sya'rani, vol. 1, hal. 199)

5. Abu Abdillah Muhamad bin Abdul Rahman al-Dimasyqi al-Syafi'i menyebutkan perkataan yang sama sebagaimana di Mizanul Kubro. (Rahmatul Ummah Fikhtilafil A'immah, bi-hamisy al-Mizanul Kubro, Abu Abdillah Muhamad bin Abdul Rahman al-Dimasyqi al-Syafi'i, vol. 2, hal. 67)

6. Syeikh Athiyah Saqr :
"..Maka sekumpulan ulamak dari kalangan para imam telah bertindak mengambil zahir hadis Ibnu Abbas. Maka mereka mengharuskan mengerjakan jamak ketika hadar, iaitu tidak dalam musafir, hanya kerana hajat semata-mata. Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai adat. Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan: Dan orang-orang yang berpendapat demikian ialah Ibnu Sirin, Rabi'ah, Ibnul Munzir dan al-Qaffal al-Kabir. Dan telah menghikayatkanya oleh al-Khitabi dari satu jamaah dari kalangan ahli Hadis. Dan al-Syaukani berkata di dalam Nailul Authar: Telah diriwayatkan pendapat ini di dalam kitab al-Bahr dari kalangan Imamiyah (Syiah -zain y.s.). Dan diriwayatkan dari Ali dan Zaid bin Ali. Hujah mereka ialah untuk menafikan kepayahan selama di sana terdapat suatu hajat/keperluan, antaranya ialah seperti kesibukan Ibnu Abbas terhadap pidato/khutbahnya." (Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam, Syeikh Athiyah Saqr, vol. 13, hal. 424-425)

--------------
Dan sekarang ini bagaimana? Dan kita kembali kepada soalan...

Mari kita selami sedikit permasalahan yang dihadapi oleh saudara kita ini. Agamanya kuat. Sembahyang sebagai salah satu rukun Islam dijaga, namun sering juga ditinggalkan kerana mengikuti kuliah. Ada sebahagiannya kerana peperiksaan. Dalam keadaan begini, beberapa langkah mungkin akan diambil oleh seseorang, iaitu:
1. Berhenti/ponteng kuliah - Tidak boleh
2. Mengerjakan sembahyang di kuliah - Adakalanya tidak boleh.
3. Meninggalkan sembahyang, kemudian qadhak- Tidak boleh.
4. Menjamakkan sembahyang - Boleh, jika ada keperluan yang mendesak.

------------
Penjelasan:
1. Berhenti kuliah, jika semua pelajar berhenti dari kuliah, bagaimana nanti jadinya. Sedangkan umat Islam dituntut agar menceduk dan membawa balik ilmu pengetahuan sekalipun dari orang-orang kafir. Darinya, umat Islam bisa maju dan tidak dihina-hina. Sudah tentu tidak boleh dilakukan.
2. Mengerjakan sembahyang di kuliah. Jika boleh dilakukan, inilah yang terbaik. Tetapi jika pihak universiti mengamalkan peraturan yang ketat, bagaimana? Atau akan menyebabkan ketinggalan dalam pelajaran, bagaimana? Sudah tentu tidak dapat dilakukan.
3. Meninggalkan sembahyang, kemudian qadhak.. Inilah yang paling parah sekali. Ia seperti meruntuhkan tiang-tiang utama agama. Ia adalah antara dosa besar.
4. Menjamakkan sembahyang. Jika tiada jalan lain melainkan ini, maka inilah yang boleh dilakukan.

Namun saya menasihatkan:
a. Memahami dalil dan hujah-hujahnya (seperti di atas).
b. Tidak menjamak-kan secara sebarangan. Dalam keadaan tidak bermusafir, hendaklah dilakukan apabila keadaan benar-benar memerlukan dan mendesak. Jika ada ruang untuk mengerjakan sembahyang secara biasa, maka lakukanlah. Dan berusahalah semampu mungkin untuk mengerjakan sembahyang pada waktunya masing-masing kecuali pada tempat-tempat yang dibenarkan.

--------------
Peringatan!
Berikut ini saya terjemahkan beberapa nukilan yang saya ambil dari kitab al-Qaul al-Mubin Fi Akhta'il Mushollin, Abu Ubaidah Masyhur Bin Hasan Bin Mahmud Bin Salman. Semoga ia dapat dijadikan sebagai peringatan dan panduan untuk kita:

[Kesalahan-kesalahan orang yang menjamakkan sembahyang ketika hadar (tidak musafir)
Kaedah umum di di sisi ulamak ahlus sunnah wal jamaah ialah: Mengerjakan sembahyang di dalam masing-masing waktunya yang telah ditentukan serta yang telah dinashkan di dalam hadis-hadis Nabi s.a.w. tanpa mendahulukannya atau mengkemudiankannya, kecuali kerana satu sebab dari beberapa sebab yang telah disebutkan di dalam kitab-kitab fikah, dan ada dalil-dalil mengenai keharusannya.

Atas sebab itu:
Maka tidak harus bagi seorang muslim untuk mendahulukan sembahyang (taqdim) - semuanya atau sebahagiannya - sebelum masuk waktunya, kerana yang demikian itu melampaui batas-batas Allah, dan merendah-rendahkan dengan ayat-ayatNya.

Dan sebahagian dari kesalahan di dalam bab ini ialah:
Mengharuskan jamak antara dua sembahyang: Zohor dan asar, maghrib dan isyak secara mutlak. iaitu dalam keadaan musafir dan hadar (tidak musafir), kerana ada keuzuran atau tidak kerana ada keuzuran, secara jamak taqdim atau ta'khir. Dan yang mengikut mereka dalam mazhab mereka ialah syiah-syiah (pendokong) mereka pada setiap zaman dan negeri. Kerana itu mereka dilihat mengerjakan jamak biasanya antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak ketika mereka bermusafir dan ketika tidak bermusafir. Samada kerana uzur ataupun tidak uzur!!

Ini, sesungguhnya adalah kecelaruan yang berlaku pada sebahagian dari mereka. Lalu dinukilkan dari sebahagian dari kalangan ulamak sunnah, bahawa mereka mengharuskan jamak antara dua sembahyang tanpa ada apa-apa keuzuran!!

Memang, dibenarkan melakukan jamak antara dua sembahyang kerana kepayahan dan kesusahan, selama tidak dijadikan sebagai adat berdasarkan pendapat rajih dari kalangan ulamak pentahqiq. Dan ini sebenarnya berlainan samasekali dengan mazhab Syiah yang mengatakan pengumpulan waktu-waktu sembahyang untuk setiap dua sembahyang........] (Halaman 411-412)

-------------
Pengharusan jamak adalah berbeza antara Ahlus Sunnah dan golongan Syiah. Di mana ahlus sunnah membolehkannya atas sebab hajat, seperti kesukaran dan keuzuran. Sedangkan golongan Syiah membenarkan jamak secara mutlak, tanpa syarat.

--------------
Kesimpulan:
1. Jumhur ulamak berpendapat bahawa tidak boleh melakukan jamak kerana hajat. Golongan ulamak selain mereka berpendapat boleh jamak kerana hajat (tidak kerana musafir/hujan/sakit).

2. Punca perselisihan ialah hadis Ibnu Abbas. Para ulamak berselisih pendapat di dalam menafsirkan hadis Ibnu Abbas. Mereka yang tidak bersetuju dengan pendapat jamak kerana hajat akan mentakwilkannya. Manakala mereka yang berpegang kepada zahir hadis itu membolehkan jamak kerana hajat.

3. Jamak kerana hajat ini tidak sama dengan jamak yang dipegang oleh golongan Syiah. Di mana Syiah membenarkannya secara mutlak, sedangkan ahlus sunnah tidak begitu.

http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab194.htm

---------

Jwpn utk soalan 2

menurut As-Sheikh Dr Yusuf Qaradawi, sumpah dibahagikan kpd 3 iaitu:

1) Sumpah ghamus = iaitu sumpah yg diucapkan oleh org dgn sedar bahawa ia berdusta.

2) sumpah laghw = iaitu sumpah seperti yg dimaksudkan dalam ayat 225 surah Al-Baqarah yang bermaksud;
"Allah tidak menghukum kalian krn pernyataan sumpah yg tidak benar2 bermaksud sumpah..."
sumpah ini keluar krn ringan mulut dan sudah biasa dan bukannya dgn niat.

3) sumpah mun'aqad = iaitu sumpah yg dimaksudkan dalam ayat 89 surah al-Baqarah atau sumpah yg dilakukan dgn niat. Cthnya "Saya tidak akan merokok lagi" ataupun "Saya akan memutuskan kekerabatan ini."

Sekiranya sumpah yg dilakukan oleh anda besertakan dgn niat maka ia jatuh kpd sumpah mun'aqad. Ttp oleh krn sumpah tersebut adalah sesuatu yg salah maka ia wajib membatalkan sumpahnya dan berkaffarah. Kadar kaffarah yg diwajibkan adalah berpandukan kpd surah al-Maidah ayat 89 iaitu memilih salah satu drpd berikut:
Memerdekakan hamba, memberi makan satu mud kepada sepuluh orang miskin atau memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin.Maka jika dia tidak mendapatkan semua di atas, hendaklah berpuasa selama tiga hari.

WA.

:wassalam

Rujukan

Fatwa Muasirah
Dr Yusuf al-Qaradawi

Kitab: Sumpah dan Nazar: Sumpah

Re: SJ - 2869: [G] solat

:wassalam
Tashih:

Jawapan yg amat baik sekali. Setaraf dgn Ust pendekar.
JKK kpd Ust Gayat