SJ - 2874 : SUJUD LUAR SOLAT

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2874 : SUJUD LUAR SOLAT

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Di tempat ana… ada seorang ustaz tu memperkenalkan cara solat hajat yg jrg ana jumpa…. Caranya ialah solat macam biasa …tapi, lepas salam, barulah diikuti dengan sujud…maknanya… sujud untuk memohon hajat, tapi di luar solat… ada nas ke? Hukumnya?

WA

Re: SUJUD LUAR SOLAT

Sujud tambahan yg disyariatkan dlm hanyalah 3:
1. Sujud Sahwi
2. Sujud Tilawah
3. Sujud Syukur

Sujud syukur walaubagaimanapun ada terdapat khilaf di kalangan imam fiqh, antaranya mengatakan ia adalah makruh (mazhab Hanbali). Selain dari yg disebut di atas, tidak disyariatkan.

Berkenaan dgn sujud tambahan dlm solat hajat, tidak ada satu dalilpun mengenainya. 'alla kullihal, terdapat hadith yg menerang bacaan doa pada sujud yg terakhir(sujud sblm salam).

Ruj:
Al-fiqh Islami Wal adillatuhu Al-Juz awwal, Wahbah Zuhaili
At-tarhib wat targhib, Imam Al-Hafiz Mundziri
Al-Azkar, Imam Annawawi

Re: SJ - 2874 : SUJUD LUAR SOLAT

Wa'alaikumussalam.

Terima kasih ustaz Zayed kerana telah menjawab persoalan sdr VHoutenJr, JKKK. Adapun sujud yang telah dibenarkan oleh syara' selepas dan diluar solat adalah sebagaimana yang telah disebut oleh ust. Zayed iaitu sahwi, Tilawah/Sajdah dan Syukur.

Do'a didalam sujud hanya dibenarkan semasa didalam Solat, sebagaimana Sheikh Salih Al-Munajjid seorang ulama Saudi mengatakan :

[="#0000ff" size="3"]ÇáÃÝÖá åæ ÇáÏÚÇÁ Ýí ÇáÕáÇÉ äÝÓåÇ ¡ Ýí ÇáÓÌæÏ ¡ æÞÈá ÇáÊÓáíã ¡ æÃãÇ ÇáÏÚÇÁ ÈÚÏ ÇáÊÓáíã ãä ÇáÕáÇÉ Ýáã íËÈÊ Ðáß Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã .
"Seafdal berdo'a ialah didalam solat secara bersendirian, didalam sujud, dan sebelum memberi salam, dan bagi do'a selepas salam tidaklah ada dalil (thabit) yang datang dari Nabi saw."

Sheikh Al-Albani mengatakan, adalah sunnah bersungguh-sungguh dan memperbanyakkan do'a semasa sujud sebagaimana sabda Nabi saw didalam sebuah hadith :-

[="#ff00000" size="3"]ÃÞÑÈ ãÇ íßæä ÇáÚÈÏ ãä ÑÈå æåæ ÓÇÌÏ ÝÇßËÑæÇ ÇáÏÚÇÁ Ýíå.
"Hamba yang paling dekat kepada Tuhannya adalah hamba yang bersujud. Oleh itu perbanyakkann do'a didalam sujud" (Hadith Riwayat Muslim, Abu Uwanah dal Al-Baihaqi).

Para ulama' salaf melihat perkara ini merupakan satu perkara yang baru(bid'ah) didalam ibadat solat. Sheikh Mohammad Sidiq Al-Minshawi mengatakan :

[="#0000ff" size="3"]ÌÑÊ ÇáÚÇÏÉ ÚäÏ ÈÚÖ ÇáãÕáíä ÈÇáÓÌæÏ ÈÚÏ ÊÓáíã ÇáÅãÇã ááÏÚÇÁ Ýíå¡ æåÐå ÇáÓÌÏÉ ãÎÊáÞÉ æãÈÊßÑÉ æãÈÊÏÚÉ ãä ÞÈá ãä íÞæáæä ÈÇáÓåæ ÇáÞáÈì¡ ÇáäÇÊÌ Úä æÓæÓÉ ÇáÔíØÇä¡ æåÐÇ áÇ íÌæÒ¡ áÃä ÇáÊÞÑÈ Åáì Çááå áÇ íßæä ÅáÇ ÈãÇ ÔÑÚ ÝÊÃãá¡ Ýáã íÝÚá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Ðáߺ
"adalah menjadi tabiat setengah-setengah orang yang bersolat selepas Imam memberi salam untuk melakukan do'a, dan sujud ini dikatakan satu rekaan, ciptaan dan bid'ah oleh seseorang yang dipercayai hatinya lupa/lalai, yang dihasilkan dari bisikan was-was syaitan, dan ini tidak dibolehkan, kerana sesungguhnya untuk mendekati Allah tidak boleh melakukan sesuka hati melainkan meditasi yang dibenarkan oleh syara'. Perkara ini tidaklah dilakukan oleh Nabi saw sebegitu!"

Begitu juga didalam buku Akhtaa' al-Mushallin karangan Abu Ubaidah Al-Walid mengatakan bahawa : "Menambah satu atau dua sujud setelah selesai solat merupakan bid'ah yang ditimbulkan oleh golongan sufi , yaitu jika didalam solat hati mereka lalai, sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibnu Taimiyah."

Kesimpulannya, sudah terang dan nyata bahawa do'a disunatkan membacanya didalam sujud solat dan bukan diluarnya. Cuma sujud-sujud tertentu yang telah disyara'kan oleh Islam dibenarkan selepas solat seperti sujud sahwi. Sujud untuk berdo'a selepas solat hajat merupakan sesesuatu yang baru didalam agama dan hendaklah dihindari dari melakukannya.

------------------
Rujukan :

1. Shiekh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solat Al-Nabi saw. cetakan ke2 dari cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1996. ms. 147.

2. Mohammad Sidiq Al-Minshawi. Akhtaa' al-Mushallin. Kaherah : Dar Al-Fadhilah, 1996. ms. 109.

3. Abu Ubaidah Al-Walid. Akhtaa' al-Mushallin. terjemahan Indonesia. Jakarta : Gema Insan Press, 2003. ms. 183.

خيرالأمين