:salam :sumo
Saya nak tanya mengenai ayat 6 dalam surah al-mukminun.. buleh tak ustaz terangkan tafsir ayat tersebut.. adakah benar orang laki buleh bercampur dengan hamba atau tawanan tersebut selain daripada Isteri sendiri? Sebab ada kawan yang bukan Islam tanya.. jadik tak tau nak jelas camner.. saya harap pertolongan dari ustaz utk menjelaskan hal ni..
sekian
:wassalam :sumo
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2909: hamba perempuan..
Primary tabs
Tue, 09/09/2003 - 6:26am
#1
SJ - 2909: hamba perempuan..
:wassalam
Jawab:
AQ 23: 5-6 (dan orang2 yg menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri2 mereka atau perempuan hamba yg mereka miliki..)
Hukumnya: seks yg halal ialah hanya kepada isteri atau isteri2 atau hamba perempuan yg ditawan dalam perang. Imam atau Khalifah boleh mengagihkan tawanan perang perempuan kepada askar2 tapi ia bukan wajib (maksudnya atas budibicara Amir/Pemerintah Islam)
Hukum ini masih kekal dan tidak dimansuhkan. Kita melihat pada abad 21. Sedangkan ayat ini diturunkan pada 1424 tahun yg lalu di mana perhambaan masih legal (bahkan dalam filem2 P Ramlee, perhambaan adalah legal dan manusia dijualbeli di pasar). Bahkan perhambaan (slavery) dihapuskan hanya pada tahun 1965 di USA dan juga peristiharan hak asasi manusia di Perancis pada pertengahan 50'an.
Jika manusia sepakat menghapuskan slavery, maka dgn sendirinya menyetubuhi hamba itu hanya tinggal dalam alQur'an dan kitab2 fiqh sahaja. Tapi undang2 yg terkandung dalam ayat 5-6 itu dianggap paling tinggi nilai kemanusiaanya kerana manusia yg tak bertamaddun di masa itu mereka memperkosa wanita2 yg menjadi mangsa perang atau membunuhnya. Hari ini pun tentera yg ganas masih melakukan kekejaman ini yaitu merogol mangsa perang spt yg kita saksikan di Bosnia dan Chechnya. Tentera Islam zaman dulu tidak merogol tawanan perang, tapi diagihkan (secara sistematik) kepada tentera dan jika hamba itu melahirkan anak, dia merdeka (ummul walad) (Lihat Prof Dr Muhammad Qutb, Syubhat Hawla islam) WA