:salam
Saya ada mendengar org mengatakan bahawa jika seseorang hendak pergi menunaikan haji/umrah dia dikehendaki supaya melepaskan burung2 atau haiwan2 lainnya yang dibela di dalam sangkar sebelum berangkat ke Tanah Suci. Ataupun dia memindah milikkan haiwan itu secara sementara kepada orang lain sebelum berangkat ke Tanah Suci. Selepas pulang dari Tanah Suci, ambil semula haiwan2 tersebut drp org tadi. Ini supaya haiwan-haiwan itu tidak berada di bawah milikkannya semasa dia di dalam ihram nanti. kalau tidak dia berdosa. ada yg kata kena dam. pendapat ini boleh jadi timbul kerana melihat kepada salah satu pantang larang ihram haji/umrah ialah berburu haiwan buruan yg boleh dimakan dagingnya. macamana pendapat panel al-ahkam pula.
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Hukum2 Agama (Ahkam adDeen) ni dibina di atas nas bukan cakap2 kedai kopi. Bagaimana seseorang boleh mentakweel larangan berburu semasa Ihram di Mekah kepada melepaskan haiwan peliharaan di rumahnya di Malaysia? Ini suatu takweelan yg anih dan memberat-beratkan diri dalam agama.
Pendapat yg rajih ialah dia hendaklah memastikan binatang2 itu terjaga sepertimana dia masih ada yakni mengamanahkan seseorang menjaga dan menyelenggaranya sebagaimana dia mewasiatkan harta dan anak2nya dijaga semasa dia berada di tanah suci. Kalau dia nak menamatkan hobi bela burung itupun bagus juga kerana sesuai dgn title Haji bila pulang nanti. WA