SJ - 1822 : DAKWAH , KELESUAN ULAMA' , KEJAHILAN UMAT &

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1822 : DAKWAH , KELESUAN ULAMA' , KEJAHILAN UMAT &

Assalamualaikum,

Terima Kasih atas jawapan tuan, cuma saya ingin summarizekan dari segi pemahaman saya from your answere, Bahawa dalam keadaan macam manapun kecuali ada permasalahan, kaum wanita dalam keadaan berhaid tidak boleh mengunjungi masjid. Saya faham bahawa hukum feqah open jika keadaan memaksa contohnya dalam mengunjungi kerana ilmu dalam keadaan situasi terpaksa dibolehkan. Now the problem is that despite all the efforts of majlis ilmu yang banyak diadakan selepas maghrib/isyak/subuh jemaah tidak ramai apa lagi kaum wanita. Dalam situasi islam di Malaysia di bandar contohnya masjidlah the most acessible place untuk mendapatkan cebisan ilmu. Meaning kita di KL bukan macam di setengah tempat di mana mungkin tempat pengajian agama bersepah maka senanglah untuk mendapat ilmu and mendapat jawapan dari apa jua persoalan. Saya tahu juga bahawa mencari ilmu itu sudah pasti banyak cabaran tetapi bukankan menjadi tugas ahli ilmu menjadi lebih acessible seperti usaha al-ahkam. Adakan salah saya tidak bersungguh mencari guru atau the same standard juga patut diapply pada guru mencari jalan untuk org lebih mudah mencapai mereka, bukankan kita sama-sama akan disoal nanti. Kita mesti faham dalam keadaan di Malaysia yang mencari ilmu mungkin yang sudah terbuka hati tetapi bukankah tugas guru, dai and ilmuan jua mencari strategy untuk mencapai, organize themselves so the kaum wanita dari pelbagi usia dapat disampaikan syariat. Bukankah guru yang patut menjadi contoh dahulu meningkatkan usaha untuk mencapai dan organize communitynya dan tidak membiarkan yang dikelilingnya lalai. Saya dapati banyak ilmuan menumpukkan penyebaran ilmu di community di masjid sahaja maka sudah tentu majoritinya org tua sahaja. Macam mana dengan golongan muda. Do you really blame them atau sebenarnya iman ilmuan yang belum cukup mantap untuk sacrifice dan cari strategy. Saya tertarik dengan strategy seorang ahli tafsir yang sanggup mencari duit membesarkan rumahnya untuk menampung "tuisyen agama" kepada jemaah yang diajarnya di seluruk Klang Valley. Apakah sebagai ilmuan kita tunggu org cari kita, atau kita patut cari org. Macam nilah ahli panel, jika initiative org mengadakan little football league telah membuka peluang bagi kanak-kanak talented menonjolkan bakat mereka. Kenapa golongan ilmuan masih lagi buta melihat bahawa tanpa initiative penyebaran akan tersimpan di masjid sahaja. Maaf jika saya terkasar but it is sad to see what is around us. Memang sepatut murid mencari guru but do you really think a working woman trying to survive in KL with kids and a husband to take care off has the time to travel to certain place untuk mendapat ilmu khusus seperti tasauf cthnya. There are more students and islamic graduates who can cater for these need, yes we must emphasize mencari ilmu itu penting tapi bukankah Nabi and para sahabat make themselves available to the umat not vice versa. Terima Kasih

Re: SJ - 1822 : DAKWAH , KELESUAN ULAMA' , KEJAHILAN UMAT &a

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Saudara Zubayr_72 ,
Terima Kasih di atas pandangan saudara itu, dan kami lebih cenderung untuk menyatakan bahawa apa yang saudara nyatakan itu bukanlah soalan, tetapi lebih bersifat pandangan saudara dan bersifat diskusi. Walau bagaimanapun kami akan cuba melayani setiap permintaan daripada saudara/I kami para pengunjung web ini.

Sebelum kami cuba melayan permasalahan yang saudara timbulkan itu, kami akan cuba memberikan sedikit gambaran mengenai uslub dakwah yang dijalankan oleh Baginda Rasulullah s.a.w :

1 – Perlu kita sama-sama memahami apakah yang dikatakan “ Al-Amru Bil Ma’aruf “ ( Menyuruh melakukan kebajikan ) dan “ An-Nahyu ‘Anil Munkar ( Mencegah daripada sebarang kemungkaran ) , dan apakah pula yang dikenali sebagai “ Al-Ifta’ “ ( Memberi Fatwa ) , “ At-Ta’alim “ ( Pengajaran ) dan yang seumpama dengannya.

2 – Semua orang Islam diminta agar melaksanakan “ Al-amru Bil Ma’aruf “ dan “ An-Nahyu ‘Anil Munkar “, tetapi bukan semua orang Islam diminta untuk memberikan fatwa dan mengajar, kerana memberi fatwa dan mengajar adalah khusus bagi mereka yang mempunyai kemampuan ilmu.

3 – Pengajaran itu sendiri ada beraneka rupa dan sifatnya : Contohnya : “ Khutbah “ ( Pidato ), “ Muhdharah “ ( Ceramah ) , “ Ad-Dars “ ( Pengajian / Kuliah ) , “ Tazkirah “ ( Peringatan Ringkas ), “ At-Tashjie’ “ ( Motivasi ) “ Al-Irsyad “ ( Bimbingan ) , “ At-Tawjih “ ( Panduan & Nasihat ) , “ At-Tashih “ ( Pembetulan ) dan seumpamanya. Menurut Hadis-Hadis dan Sirah ( Perjalanan Hidup Rasulullah s.a.w ) , Baginda s.a.w telah melakukan kesemua jenis bentuk pengajaran yang tersebut di atas di DALAM MASJID . Namun tatkala Baginda s.a.w berada di luar masjid, contohnya di dalam peperangan , di dalam perjalanan , dan seumpamanya, maka Baginda s.a.w HANYA MENUMPUKAN BENTUK PENGAJARAN di dalam bentuk-bentuk “ Tazkirah “ ( Peringatan Ringkas ), “ At-Tashjie’ “ ( Motivasi ) “ Al-Irsyad “ ( Bimbingan ) , “ At-Tawjih “ ( Panduan & Nasihat ) , “ At-Tashih “ ( Pembetulan ) dan seumpamanya .

Contohnya : Tatkala datangnya 3 orang Para Sahabat (r.a) ke rumah baginda s.a.w ( kebetulan Baginda s.a.w tiada di masa itu ) lalu setelah beberapa orang isteri Baginda s.a.w menceritakan perihal ibadat Nabi s.a.w , mereka bertiga itu pun berkata bahawa mereka tidak akan berkahwin, mereka akan melakukan puasa secara terus-menerus , dan tidak akan tidur malam kerana hendak mencapai ketinggian iman . Maka setelah Rasulullah s.a.w mengetahui akan keazaman 3 orang sahabat ( r.a ) yang bertentangan dengan prinsip ajaran Islam itu sendiri, Baginda s.a.w pun membetulkan mereka bertiga serta memberi panduan kepada para sahabat lain (r.a). Di Mana ?. Di MASJID Nabi s.a.w !!.

Baiklah, sekarang mari pula kita berpindah kepada beberapa respon daripada pihak kami terhadap soalan ( pandangan ) saudara itu :

*******************

1 1 – Pandangan saudara : “Meaning kita di KL bukan macam di setengah tempat di mana mungkin tempat pengajian agama bersepah maka senanglah untuk mendapat ilmu and mendapat jawapan dari apa jua persoalan. “ . “ .

Respon kami : Saudara, sebenarnya di KL lah lebih banyak diadakan majlis pengajian ilmu berbanding dengan kawasan-kawasan lain, kerana di KL inilah berkumpulnya ramai golongan cerdik-pandai di dalam bidang agama. Di KL dan sekitar Lembah Kelang, setiap hari ada sahaja program pengajian dijalankan di masjid-masjid dan di surau-surau. Manakala di kawasan kampung-kampung pula, program pengajian mereka lebih kurang berbanding di bandar-bandar kerana kekurangan tenaga pengajar hingga jadilah program mingguan di masjid @ surau di kampung-kampung berkisar sekitar Majlis Bacaan Yasin setiap malam Jumaat dan sedikit jamuan, Kuliah Subuh Ahad dan sarapan, Ceramah drp tenaga luar seminggu sekali ataupun sebulan sekali.

Di KL & Lembah Kelang juga terdapat banyak bukti bahawa beberapa a.j.k masjid dan surau yang dahulunya mereka berada di kampung-kampung mereka, mereka tidak diendahkan kerana pandangan mereka tidak dihiraukan oleh golongan tua yang berada di masjid-masjid ataupun surau-surau kampung. Tetapi apabila mereka berpindah ke bandar-bandar , cadangan mereka dan pandangan mereka diambil-kira sehingga orang-orang muda yang bersemangat dan aktif ini mampu menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau sekitar Lembah Kelang ini !.

Di Lembah Kelang juga, pengajian agama tidak hanya bertumpu di masjid-masjid dan surau-surau bahkan ianya luas berkembang di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta ( contohnya Kuliah Zuhur dan Ceramah Setiap Hari Sabtu ) , berkembang juga di dalam bentuk pengajian di rumah-rumah yang dihadiri oleh ramai jiran-jiran , diadakan juga di tempat-tempat tumpuan orang ramai.

Pendek kata : Orang-orang Islam di sekitar Lembah Kelang dan Bandar-Bandar LEBIH TERDEDAH dengan program-program pengajian Islam yang bukan hanya tertumpu di masjid-masjid dan surau-surau, berbanding dengan masyarakat kampung !. Dan inilah juga pengalaman saya selama saya menjadi ahli warga Bandaraya Kuala Lumpur selama hampir 30 tahun !. Dan inilah juga pengalaman saya ketika saya cuba menyampaikan Risalah Ilahi ini khasnya kepada mereka yang berada di sekitar Lembah Kelang ( walaupun pengalaman pengajian saya lebih banyak di kawasan-kawasan kampung ).

*******************

2 – Komen saudara lagi : “Kita mesti faham dalam keadaan di Malaysia yang mencari ilmu mungkin yang sudah terbuka hati tetapi bukankah tugas guru, dai and ilmuan jua mencari strategy untuk mencapai, organize themselves so the kaum wanita dari pelbagi usia dapat disampaikan syariat. Bukankah guru yang patut menjadi contoh dahulu meningkatkan usaha untuk mencapai dan organize communitynya dan tidak membiarkan yang dikelilingnya lalai. Saya dapati banyak ilmuan menumpukkan penyebaran ilmu di community di masjid sahaja maka sudah tentu majoritinya org tua sahaja. Macam mana dengan golongan muda. Do you really blame them atau sebenarnya iman ilmuan yang belum cukup mantap untuk sacrifice dan cari strategy.” .

Respon Kami : Kami sendiri tidak pasti daripada manakah saudara dapat bancian tersebut lalu mengatakan bahawa kebanyakan guru-guru agama hanya menumpukan pengajian agama di komuniti masjid sahaja !. Sebagai mana yang dinyatakan sebelum ini, kami mendapati bahawa di Lembah Kelang ini dakwah bukan hanya di masjid-masjid, bahkan tumpuan yang hebat juga diberikan di pejabat-pejabat, kilang-kilang dan juga rumah-rumah orang-orang perseorangan !.

Dan benarkah komuniti masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Lembah Kelang ini majoritinya adalah orang-orang tua ?, Wallahu A’alam , tetapi yang kami dapati perkara tersebut lebih banyak berlaku di kampung-kampung, manakala di kawasan-kawasan kota , apatah lagi sekitar Lembah Kelang ini, anak-anak mudah juga tidak ketinggalan memenuhi masjid-masjid dan surau-surau , bahkan sebahagian mereka juga turut bergabung dengan “ orang-orang veteran “ untuk memakmurkan rumah-rumah Allah Ta’ala !.

Ya ! memang kita sendiri tidak setuju andainya ada guru-guru agama HANYA memberikan penumpuan dakwah di masjid-masjid sahaja TANPA memperdulikan selain masjid-masjid .

Tapi bagi golongan guru-guru agama yang LEBIH MEMBERIKAN PENUMPUAN kepada masjid-masjid dan surau-surau berbanding dengan tempat-tempat selainnya itu , perlu juga diketahui apakah sebabnya mereka berbuat demikian !?.

Masjid dan surau ini merupakan satu tempat yang didatangi oleh manusia yang hati mereka sudah bersedia untuk memakmurkannya ( samada dengan membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, beriktikaf, berbincang dan menyertai majlis ilmu ). Masjid-masjid dan surau-surau juga merupakan tempat yang lebih mempunyai banyak kebaikannya berbanding tempat-tempat selainnya.

Adapun tempat-tempat selain masjid-masjid dan surau-surau , maka nisbah orang-orang yang bersedia untuk mengikuti majlis ilmu ataupun tazkirah, tentulah lebih sedikit berbanding dengan nisbah mereka yang mendatangi masjid-masjid dan surau-surau .

Islam sendiri mengajar kita agar mencari jalan yang lebih mudah ( selagi ianya tidak melanggar syarak ) dan Islam sendiri mengajar kita memilih jalan yang paling selamat ( kurang risikonya ) di dalam mengembangkan Islam ini SELAGI ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam !.

Maka di atas dasar inilah , para ulama’ dan agamawan di negara kita, khasnya di bandar-bandar besar LEBIH MENUMPUKAN PENGAJARAN MEREKA di masjid-masjid dan surau-surau.

Ya ! Kita akui dakwah wajib dijalankan di seluruh tempat hatta di disko-disko dan karaoke-karaoke ! Tapi apakah pandangan saudara , manusia yang berada di disko dan karaoke itu LEBIH BERSEDIA UNTUK MENERIMA DAKWAH ataupun manusia di masjid-masjid dan surau-surau !!??.

Begitulah juga, kami juga mengakui bahawa golongan agamawan ini memang sepatutya menjadi contoh terbaik kepada manusia . Ya ! mereka juga patut menunjukkan kehebatan mereka di dalam mengatur program dan jadual mereka dengan penuh strategi dan bersistematik sebagaimana pandangan saudara itu . Tapi andainya mereka tidak berupaya mengatur strategi dengan begitu sistematik dan strategik, maka adakah ini patut dijadikan alasan untuk tidak menghadiri majlis-majlis ilmunya ?, adakah ini wajar dijadikan alasan untuk memulaukan agamawan itu ?, adakah ini layak dijadikan dalil ( dalih ? ) untuk menjauhi diri daripada majlis-majlis mengingati Allah Ta’ala.

Ya ! kalau benar agamawan itu kurang pandai mengatur strategi dakwahnya dan organisasinya, maka apakah kita juga patut membiarkan diri kita terus jahil tanpa ada sebarang panduan agama !?. Cukuplah dia tersalah langkah , janganlah pula kita turut sama berbuat salah ! Jangan jadikan kesilapan seseorang sebagai dalil untuk kita turut sama berbuat silap !.

*******************

3 – Pandangan saudara : “Apakah sebagai ilmuan kita tunggu org cari kita, atau kita patut cari org. “ .

Respon kami : Saudara ! Golongan agamawan sendiri ada 3 jenis iaitu ( 1 ) – SEPERTI AIR HUJAN : Yang memberikan airnya kepada seluruh manusia di segenap pelusuk tanpa perlu manusia mencari sumbernya di mana ? . Jenis ke-( 2 ) : SEPERTI AIR SUNGAI : Yang mengalir di kawasan yang terhad dan mengalir mengikut alirannya sahaja, airnya hanya boleh dimanfaatkan oleh orang-orang yang berdekatan dengan kawasan itu sahaja . Manakala golongan ke-( 3 ) pula ialah SEPERTI AIR TELAGA : Air telaga ini hanya boleh dimanfaatkan oleh manusia yang pergi kepadanya dan mencedok airnya sahaja.

Itulah perumpamaan ringkas bagi golongan agamawan !.

Jika seseorang agamawan itu aktif bergerak dan berdakwah , maka itu sudah tentu mengundang kebaikan yang banyak untuk dirinya dan diri kita semua.

Tapi jika seseorang agamawan itu tidak berapa aktif ( ataupun tidak aktif langsung disebabkan beberapa masalah seperti merajuk dan seumpamanya ) , maka BUKANKAH LEBIH BAIK kita pergi menemuinya dan menuntut ilmu daripadanya ( mungkin di rumahnya sendiri sbg contohnya ) seumpama kita yang ketiadaan air lalu kita bersegera mencari telaga untuk dicedok airnya !?.

Jika ada golongan agamawan yang tidak aktif , maka BUKANKAH LEBIH BAIK kita yang memberikan perangsang kepada mereka untuk aktif ataupun kembali aktif, kerana dengan cara ini , kita sendiri akan mendapat pahala drp Allah Ta’ala kerana telah berusaha melakukan kebaikan, Golongan Agamawan juga akan mendapat pahala daripada Allah Ta’ala kerana menyebarkan Islam . BUKANKAH INI JAUH LEBIH BAIK berbanding dengan kita mengambil sikap “ menunggu si ustaz/zah datang mengajar “ dan si ustaz/zah itu pula mengambil sikap “ tunggu orang jemput “ !!??. Sikap pasif seperti inilah ( daripada kedua-dua belah pihak ) yang “ lebih menyemarakkan lagi “ api kejahilan dan “ lebih menguatkan lagi “ belenggu kebodohan di kalangan muslimat-muslimat itu sendiri !.

Anggaplah diri saudara sebagai seorang yang ketiadaan air , kemungkinan jika ada rezeki, Allah Ta’ala akan menurunkan hujan kepada saudara tanpa perlu saudara bersusah-payah mencari air . Dan kemungkinan pula saudara sendiri terpaksa mencair air itu andainya ianya bukanlah air hujan yang turun drp atas, sebaliknya adalah air sungai yang mengalir !. Kalau di dalam situasi ini, patutkah saudara tunggu sahaja hingga hukan turun tahun hadapan ataupun saudara sepatutnya bergegas mencari air itu ?.

Mungkin juga ada sebahagian golongan agamawan yang “ menunggu dijemput “ barulah mereka hendak aktif berdakwah, kerana malu nanti dikata orang “ hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong “ . Tapi kalau dilihat daripada Sirah Baginda s.a.w sendiri , Baginda s.a.w sendiri tidak segan-silu menawarkan dirinya untuk berdakwah kepada seluruh masyarakat yang berkumpul di Mekkah ( sebelum Islam tersebar luas ), hinggalah Allah Ta’ala mengabulkan usaha dakwah baginda Rasulullah s.a.w itu dengan berimannya para hujjaj ( jemaah haji ) yang berasal daripada suku kaum Khazraj ( Ansar ) daripada Negeri Yastrib ( Madinah Al-Munawwarah sekarang ) yang berjumlah 6 orang – Peristiwa ini berlaku selepas Peristiwa Isra’ & Mikraj dan sebelum Bai’ah Al-Aqabah Pertama.

PENDEK KATA : Di dalam perkara kebajikan ini tiada istilah “ tunngu orang jemput “ ataupun “ bukankan dia yang lebih patut mulakan terlebih dahulu “ ! Kerana yang ada hanyalah seperti Firman Allah Ta’ala sebagai mana di dalam ayat 148 : surah Al-Baqarah ;

æóáößõáøò æöÌúåóÉñ åõæó ãõæóáøöíåóÇ ÝóÇÓúÊóÈöÞõæÇú ÇáúÎóíúÑóÇÊö Ãóíúäó ãóÇ ÊóßõæäõæÇú íóÃúÊö Èößõãõ Çááøåõ ÌóãöíÚðÇ Åöäøó Çááøåó Úóáóì ßõáøö ÔóíúÁò ÞóÏöíÑñ

Ertinya : “ Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. MAKA BERLUMBA-LUMBALAH (DALAM MEMBUAT) KEBAIKAN. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. “

Konsep “ BERLUMBA-LUMBALAH DI DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN “ inilah yang perlu dipraktikkan oleh setiap muslimin , samada masyarakat awan ataupun golongan agamawan. Bukannya mempraktikkan terori : “ Tunggu Orang Jemput “ ataupun “ Siapakah yang patut mulakan dahulu ? “.

Janganlah pula menjadi seperti dua orang yang “ bertekak “ mengenai TELUR ATAUPUN AYAM YANG LEBIH DAHULU WUJUD …..kerana sampai kiamat pun takkan selesai !.

*******************

4 – Pandangan saudara : “Macam nilah ahli panel, jika initiative org mengadakan little football league telah membuka peluang bagi kanak-kanak talented menonjolkan bakat mereka. Kenapa golongan ilmuan masih lagi buta melihat bahawa tanpa initiative penyebaran akan tersimpan di masjid sahaja. Maaf jika saya terkasar but it is sad to see what is around us. “ .

RESPON KAMI : Ya ! kami memahami akan kesedihan saudara itu TAPI itu bukanlah dalil untuk saudara menghukum semua agamawan dan ilmuan agama seperti itu ! . Telah kami jelaskan tadi apa yang patut saudara dan kita lakukan apabila kita bertemu dengan golongan agamawan yang tidak aktif ini dan “ tidak bermaya ini “ . Mudah-mudahan kita tidak semua tidaklah menjadi dari kalangan manusia yang pasif dan suka mencari kesalahan orang lain sahaja !. “ Jangan pula kerana nila setitik, rosak susu sebelanga ! “.

*******************

5 – Pandangan saudara : “Memang sepatut murid mencari guru but do you really think a working woman trying to survive in KL with kids and a husband to take care off has the time to travel to certain place untuk mendapat ilmu khusus seperti tasauf cthnya. There are more students and islamic graduates who can cater for these need, yes we must emphasize mencari ilmu itu penting tapi bukankah Nabi and para sahabat make themselves available to the umat not vice versa “ .

Respon Kami : Permaslahan ini ialah permasalahan WANITA YANG SIBUK BERKERJA DI SIANG HARI DAN KEMUDIA APABILA BALIK KE RUMAHNYA, DIA JUGA SIBUK MENGURU-RUMAHTANGGANYA .

Jadi apabila dikatakan bahawa wanita ini sibuk, sibuk dengan kerja di pejabatnya, dan sibuk juga apabila pulang ke rumahnya. Jadi andainya diadakan majlis-majlis pengajian hatta di sebelah rumahnya ( rumah jirannya ) bolehkah the very busy woman ( superwoman ? ) ini menghadiri majlis itu ?.

Sibuk kerja dan sibuk mengatur rumah-tangga ini sampai bila pun takkan habis wahai saudaraku , selagi waita itu tidak pencen dan tidak mati !. Kerana itu perlu ada toleransi dan kefahaman di antara sesama anggota rumah-tangga wanita itu ( lantaran itulah sangat-sangat dituntut agar pasangan hidup yang dicari itu adalah orang yang beragama ! ) . Katakanlah wanita itu berkerja 5 @ 6 hari seminggu, dan cuti sehari dalam setiap minggu itu, bukankah peluang sehari itu patutnya dimanfaatkan untuk mendalami ilmu-ilmu agama, khasnya ILMU-ILMU FARDHU ‘AIN ?.

Dunia dan wang ini , sampai bila pun takkan puas kita mengejarnya , kalau seseorang itu boleh berkerja daripada jam 8.00 pagi sampai ke 5.00 petang setiap hari , takkanlah tak boleh disediakan satu hari ( 1-2 jam sahaja masa ) untuk menghadiri kelas-kelas pengajian agama Islam !. Ataupun adakah kerja wanita ini berterusan sepanjang masa tanpa ada masa berhenti ataupun masa untuk berehat !?.

Ingatlah pesanan Hukama’ : “ Kalau kita sendiri tiada masa untuk agama Allah Ta’ala ini , maka bagaimanakah pula Allah Ta’ala hendak memperdulikan kita ??? “.

*******************

6 – Kata saudara :: “ Terima Kasih “ .

Jawab Kami : Kasih diterima dan maaf dipohonkan !.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan kita semua daripada tergelincir daripada jalan dakwah-Nya Yang Maha Lurus Lagi Maha Terang-Benderang !. Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – FIQH AS-SIRAH AN-NABAWIYAH : ms 115, oleh Prof. Dr. Muhd Said Ramadhan al-Bouthy.

2- Penjelasan daripada Al-Fadhil Syeikh Solleh Hamdi As-Sisi As-Sentimey.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

3 / Rajab / 1423 H
11 / September / 2002 M

Rabu – Bandaraya Kaherah