SJ - 3177: [G] Makmum Perempuan

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3177: [G] Makmum Perempuan

:salam
Apa hukumnya... kalau seorang muslim sedang solat... tetiba ada muslimah (ibu, kakak, isteri) yg datang mengangkat takbir dan BERNIAT mengikut imam? sedangkan pd mula solat si muslim itu tadi...dia tidak berniat untuk menjadi IMAM pun...

Kalau datang muslim jugak yg kemudian berniat untuk ikut imam, hal tu sememangnya sudak dimaklumi oleh masyarakat umum... KEMUSYKILAN ana sekarang ialah makmum tersebut merupakan seorang perempuan...

Bukan apa...ana pernah membaca FIQH ISLAMI WA ADILLATUH... dan Dr Wahbah Zuhaili ada menyatakan bahawa terdapat ikhtilaf ulamak berkenaan permasalahan ini... namun...ana kurang arif untuk memahami huraian beliau tersebut....

So, ana mohon jasa baik pihak al-ahkam sekalian untuk memberikankomentar berkenaan masalah ni...

WA

Re: MAKMUM PEREMPUAN...

:salam

Saya kurang faham apa yg cuba ditanyakan. Apa yg saya faham, apakah boleh seorang imam(lelaki) menjadi makmum kpd kaum muslimat tanpa kehadiran mahram yg lain. Jadi saya akan jawab dari segi apa yg saya phm sahaja. Dan lebih baik kiranya sdr memberikan tajuk topik dalam fiqh islami yg sdr keliru itu.

Dr Abdul Karim Zaidan dalam al-Mufashal mengatakan ulama' berbeza pendpt mengenai hukum seorang laki menjadi imam kpd mereka yg bukan mahram.

Mazhab Hanbali dan Maliki memandang makruh perbuatan ini krn Rasulullah saw melarang lelaki berkhalwat dgn perempuan.

Dr Abdul Karim Zaidan memilih pendpt harus di tpt umum. Adapun jika ditpt yg sunyi, hukumnya makruh. WA.

:wassalam

Re: SJ - 3177: [G] Makmum Perempuan

:wassalam
Tahqeeq:

Quote:
tetiba ada muslimah (ibu, kakak, isteri) yg datang mengangkat takbir dan BERNIAT mengikut imam?

Harus lelaki menjadi Imam kepada kaum keluarganya yg perempuan, posisi mereka adalah di belakang. HR Anas bahawa dia dan seorang yg lain solat di belakang nabi saw di rumahnya dan Ummu Sulaim solat di saf belakang. (Muslim: sahih 1/660); dari juga dlm versi Ibn Abi Syaibah, alMusannif: 1/430
Imam pula tidak mengapa jika tidak berniat menjadi Imam mengikut jumhur (Imam Nawawi, alMajmoo': 4/100)