SJ-05-0002: masbuq

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0002: masbuq

assalamualaikum...

sekiranya kita masbuq ... dan apabila imam duduk tahiyat akhir utk rakaat terakhir.. bagaimanakah cara duduk kita..?
adakah kita juga perlu duduk tahiyat akhir atau duduk seperti tahiyat awal..?

2.. sekiranya kita semoat membaca al fatihah dan ketika kita mula hendak rukuk.. imam pun angkat takbir dan iktidal.. adakah kita dikira MASBUQ... dan bagaimana dgn rakaat tu.. dakah dia dikira..?

Re: SJ-05-0002: masbuq

:salam

Kami pertama skali memohon maaf krn lewat menjawab soalan sdr. Ini disebabkan akhir tahun dan awal tahun pada amnya merupakan hari2 yg agak sibuk menyebabkan ahli panel tidak ada banyak masa utk menjawab soalan2 dalam bank soalan.

Insya Allah saya akan cuba menjawab soalan sdr seblm dijawab sepenuhnya jika tidak mencukupi oleh panel fiqh.

1. Utk menjawab soalan sdr, saya akan melampirkan dalil2 yg berkaitan.

Dari Anas bin Malik ra menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Imam dijadikan utk diikuti….”[HR Bukhari]

Dari Ali ibn Abi Thalib ra berkata bhw Rasulullah saw, “Apabila dtg seorang kpd sembahyang, saat imam dalam sesuatu keadaan hendaklah ia terus mengerjakan apa yg sedang dikerjakan imam.”[HR at-Turmudzi. Al-hafiz ibn Hajar mengatakan hadis ini sanandnya munqathi. Namun, ada syahidnya]

Tidak terdapat dalil khusus yg menceritakan cara duduk org yg masbuq. Namun, berdasarkan dalil umum di atas, Sheikh Ibn Uthaimeen dalam fatawanya yg dikumpulkan oleh Muhammad bin Abdul Aziz al-Musnad dalam fatawa islamiyyah jil 2 mengatakan, adalah sebaiknya makmum yg masbuk itu menuruti apa saja yg dilakukan imam termasuk juga bacaan imamnya. Sekiranya imam sedang tashahud akhir, makmum sebaiknya juga membaca tashahud akhir. Namun sekiranya dia ingin duduk tashahud awal, tidaklah menjadi kesalahan, insya Allah.

2. mazhab syafi’I menetapkan, rakaat ma’mum dikira selagi dia tidak ketinggalan 2 rukun yg panjang. Dalam kes sdr, sekiranya imam sudah sujud, sedangkan sdr baru hendak ruku’, maka rakaat itu baru tidak dikira. Ttp dalam kes sdr, rakaat sdr masih dikira krn belum ketinggalan 2 rukun yg pjg.

Sekian. WA.

:wassalam

RUJUKAN LAIN

Koleksi Hadis2 Hukum 4
TM Hasbi