SJ-13-0007 : Bunuh diri @ membunuh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0007 : Bunuh diri @ membunuh

:salam

Dalam satu pengajian agama disurau tempat saya, Ustaz ada mengatakan bahawa org Islam yg membunuh diri akan kekal selama2nya didlm neraka.Begitu juga mereka yg membunuh, beliau ada membawakan ayat Al-Quran dlm perkara ini (lupa pula saya ayatnya).
Benarkah pendapat ini? Tidak adakah pengampunan drp Allah s.w.t?
TQ, :wassalam

re: SJ-13-0007 : Bunuh diri @ membunuh

:salam

Diketahui umum bahawa org yg membunuh diri itu akan dicampakkan ke dlm neraka jahannam. Sheikh Salih Uthaimeen dalam kaifa Nu'aalij waaqi'unaa al-Aleem m/s 120, mengfatwakan bhw org yg membunuh diri kekal di dalam neraka. Antara dalil2nya:

Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (QS. 4:29)

Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannnya ialah jahannam, Kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya. (QS. 4:93)

Drpd Abu Hurairah ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa bunuh diri dgn menggunakan sebilah besi, maka besi dalam genggaman tangannya itu kelak akan dia buat utk menusuk perutnya sendiri di dalam neraka jahanam selama2nya. Barangsiapa meneguk racun utk niat membunuh diri, maka dia kembali merasakan racun itu kelak di dalam neraka jahanam selama2nya.....(ila akhirul ayah)"[HR Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan at-Tirmidzi]

Walaupun begitu, Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis di atas dalam ktiab syarahnya meletakkan hadis ini dibawah tajuk "Keharaman Membunuh jiwa, brgsiapa bunuh diri maka akan di azab di dalam neraka dan tidak akan masuk syurga kecuali jiwa yg Muslim." Ulama berbeza pendpt mengenai maksud 'KEKAL' di dalam matan hadis di atas.

Pendpt yg pertama menyebutkan bhw kalimah 'kekal selama2nya di dalam neraka' hanya berlaku kpd org yg menghalalkan perbuatan membunuh diri itu. Adapun pendpt yg kedua mengatakan kekal itu membawa maksud jangkamasa yg lama bukannya selama2nya. Manakala pendpt yg ke 3 pula menyebut hukum asal adalah spt yg terkandung di dalam matan hadis tersebut. Hanya saja Allah bersifat dermawan krn setiap org Muslim yg mati akan masuk jua syurga akhirnya. WA.

:wassalam