SJ-08-0002 : telan hingus dr saluran dlm hingus ke tekak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0002 : telan hingus dr saluran dlm hingus ke tekak

Assalamualaikum

1.saya musyil tentang ini kerana jika seseorang itu dlm keadaan selsema dimana banyak lendir2 dari rongga turun ke tekak maka batalkah puasa saya?.Ini adalah keranaksaya ada membaca yg mengatakan ia batal tapi ini dari dlm bukan dr mulut.

2.Jika seseorang mengantikkan puasa tetapi tidak mengerjakan 1 waktu atau lebih maka batalkah qada puasanya.padahal pada hari biasa dia memang ada bersolat?

re: SJ-08-0002 : telan hingus dr saluran dlm hingus ke tekak

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba memjawab persoalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

(1) Hukum menelan Lendir selsema atau hingus semasa berpuasa adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu telan air liur atau atau hingus (mucus) tidaklah membatalkan puasa. Apa yang dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan. Jika seseorang itu berada didalam masjid, bolehlah diludahkan kepada kertas tissue. - [Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', 1/270]

Sheikh Utsaimin mensifatkan lendir hingus ini sebagai sesuatu yang kotor, dan tidak wajar ditelan. Akan tetapi bagi mereka yang telan lendir tersebut, tidaklah membatalkan puasa oleh kerana di bukan bersumberkan darah dan juga ia bukanlah sejenis makanan dan minuman.Kata beliau :

íÍÑã ÈáÚ ÇáäÎÇÚÉ Úáì ÇáÕÇÆã æÛíÑ ÇáÕÇÆã ¡ áÃäåÇ ãÓÊÞÐÑÉ æÑÈãÇ ÊÍãá ÃãÑÇÖÇð ÎÑÌÊ ãä ÇáÈÏä .
æáßäåÇ áÇ ÊõÝØÑ ÇáÕÇÆã ÅÐÇ ÇÈÊáÚåÇ º áÃäåÇ áã ÊÎÑÌ ãä ÇáÝã ¡ æáÇ íõÚÏ ÈáÚåÇ ÃßáÇð æáÇ ÔÑÈÇð ¡ Ýáæ ÇÈÊáÚåÇ ÈÚÏ Ãä æÕáÊ Åáì Ýãå ÝÅäå áÇ íõÝØÑ ÈåÇ . ÇäÊåì ãä ßáÇã ÇáÔíÎ ãÍãÏ ÇÈä ÚËíãíä ÑÍãå Çááå . ÃäÙÑ ÇáÔÑÍ ÇáããÊÚ

"Adalah haram untuk menelan hingus/mucus sama seseorang itu berpuasa atau tidak, kerana ia dianggap kotor dan kemungkinan ia boleh membawa penyakit yang dikeluarkan oleh badan. Akan tetapi ia tidaklah membatalkan puasa jika seseorang menelannya. Ini adalah kerana ia bukanlah bersumberkan darah dan menelannya tidak dianggap sebagai makanan dan minuman. Jika seseorang itu menelan setelah lendir tersebut memasuki mulutnya, ia tidak membatalkan puasa" - [Al-Sharh al-Mumti', 6/428]

(2) Solat merupakan salah satu dari asas binaan Islam, sebagaimana syahadah, puasa, zakat dan Haji. Meninggalkan salah dari rukun Islam ini, maka cacatlah Islam seseorang itu. Hukum meninggalkan solat variasinya bermula dari hukum berdosa besar hinggalah dihukum kafir! Ini berdasarkan kepada hadith Nabi saw :-

Èíä ÇáÚÈÏ æÈíä ÇáßÝÑ ÊÑß ÇáÕáÇÉ
"Beza diantara seorang hamba dan orang yang kafir ialah meninggalkan solat" - [hadith riwayat Muslim]

Maka terdapat dikalangan ulama' yang menjatuhkan hukum KAFIR kepada sesiapa yang meninggalkan solat, dan bagi mereka yang telah dihukum kafir, puasanya tidak diterima. Terdapat juga dikalangan ulama' yang hanya menghukum ia sebagai berDOSA BESAR, dan seseorang itu hendaklah bertaubat dari dosa tersebut. seseorang itu dihukum melakukan dosa besar dengan syarat ia tidak menafikan kewajipan menunaikan Solat. Jika ia menafikan kewajiban menunaikan solat (bukan kerana malas dsb), maka Ulama bersependapat bahawa seseorang itu telah menjadi kafir.

Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-

Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-

æÚáì åÐÇ ÝÅÐÇ ÞÕÑ áßÓá Ãæ åæì Ýí ÈÚÖ ÇáÝÑÇÆÖ - ÛíÑ ãäßÑ æáÇ ãÓÊåÒÆ - æÃÏì ÇáÈÚÖ ÇáÂÎÑ ßÇä äÇÞÕ ÇáÅÓáÇã¡ ÖÚíÝ ÇáÅíãÇä¡ æíÎÔì Úáì ÅíãÇäå ÅÐÇ ÇÓÊãÑ Úáì ÇáÊÑß . æáßä Çááå ÊÚÇáì áÇ íÖíøÚ ÃÌÑ Úãá ÃÍÓäå . Èá áå ÚäÏ Çááå ÈÞÏÑ Úãáå: áå ãËæÈÉ ãÇ ÃÏì . æÚáíå æÒÑ ãÇ ÝÑØ (æßá ÕÛíÑ æßÈíÑ ãÓÊØÑ) (ÇáÞãÑ: 53) (Ýãä íÚãá ãËÞÇá ÐÑÉ ÎíÑðÇ íÑå æãä íÚãá ãËÞÇá ÐÑÉ ÔÑðÇ íÑå). (ÇáÒáÒáÉ: 7-8)
"Bertolak dari ini, jika seseorang itu malas atau menyukai tanggung-jawab yang lain - tidak menafikan dan tidak mengejek-gejek [fardu solat] - menunaikan sebahagian yang lain, maka telah dikatakan Islamnya tidak sempurna, Imannya lemah, adalah dikhuatiri akan keadaan Imannya jika ia berteruskan meninggalkannya. Akan tetapi Allah swt tidak mensia-siakan membalas ganjaran amalan baiknya. Bahkan untuk dia disisi Allah menurut apa yang diamalkan : untuk itu ia akan diberi ganjaran atas apa yang dia kerjakan. Keatas perbuatan dosanya akan juga dicatat sebagaimana firman Allah : "Dan tiap-tiap perkara yang kecil dan yang besar tetap tercatat." - [Al-Qamar : 53] dan "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! " - [Al-Zalzalah : 7-8] - [sumber : fatwa IOL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1309 ]
Bagi menyimpulkan hukum puasa bagi orang yang tidak bersolat, kami memetik pandangan pensyarah Syariah di Universiti Qatar, Dr Mohiyuddin Al-Daaghi :-
ÑÃí ÇáÍäÇÈáÉ Ãäå áÇ íÕÍ¡ áÃä ÊÇÑß ÇáÕáÇÉ Úäåã ßÇÝÑ¡ ÃãÇ ÑÃí ÇáÌãåæÑ ÝÅäå íÕÍ ÃÎÐÇð ÈÞæáå ÊÚÇáì: (Ýãä íÚãá ãËÞÇá ÐÑÉ ÎíÑÇð íÑå¡ æãä íÚãá ãËÞÇá ÐÑÉ ÔÑÇð íÑå).Ü
"Mazhab Hanbali mengatakan bahawa puasa tidak sah, kerana sesungguhnya meninggalkan Solat disisi mereka adalah kafir, manakala JUMHUR ulama' berpendapat bahawa SAH puasanya, yang diambil dari firman Allah swt:- "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! " - [Al-Zalzalah : 7-8]. [sumber : ibid].

Seseorang yang sedang berpuasa itu bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, akan tetapi ia juga wajib melakukan perkara-perkara lain yang difardukan keatasnya. Hendaklah segera bertaubat, dan mohon kepada Allah swt agar menerima amalan puasa tersebut. WA.

wassalam.

خيرالأمين