Assalamualaikum
1.saya musyil tentang ini kerana jika seseorang itu dlm keadaan selsema dimana banyak lendir2 dari rongga turun ke tekak maka batalkah puasa saya?.Ini adalah keranaksaya ada membaca yg mengatakan ia batal tapi ini dari dlm bukan dr mulut.
2.Jika seseorang mengantikkan puasa tetapi tidak mengerjakan 1 waktu atau lebih maka batalkah qada puasanya.padahal pada hari biasa dia memang ada bersolat?
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba memjawab persoalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
(1) Hukum menelan Lendir selsema atau hingus semasa berpuasa adalah sama sahaja dengan hukum menelan air liur. Jika seseorang itu telan air liur atau atau hingus (mucus) tidaklah membatalkan puasa. Apa yang dinasihatkan oleh ulama ialah agar lendir atau hingus tadi dikeluarkan. Jika seseorang itu berada didalam masjid, bolehlah diludahkan kepada kertas tissue. - [Al-Lajnah al-Daa'imah Lil-Buhuth wa Al-Ifta', 1/270]
Sheikh Utsaimin mensifatkan lendir hingus ini sebagai sesuatu yang kotor, dan tidak wajar ditelan. Akan tetapi bagi mereka yang telan lendir tersebut, tidaklah membatalkan puasa oleh kerana di bukan bersumberkan darah dan juga ia bukanlah sejenis makanan dan minuman.Kata beliau :
æáßäåÇ áÇ ÊõÝØÑ ÇáÕÇÆã ÅÐÇ ÇÈÊáÚåÇ º áÃäåÇ áã ÊÎÑÌ ãä ÇáÝã ¡ æáÇ íõÚÏ ÈáÚåÇ ÃßáÇð æáÇ ÔÑÈÇð ¡ Ýáæ ÇÈÊáÚåÇ ÈÚÏ Ãä æÕáÊ Åáì Ýãå ÝÅäå áÇ íõÝØÑ ÈåÇ . ÇäÊåì ãä ßáÇã ÇáÔíÎ ãÍãÏ ÇÈä ÚËíãíä ÑÍãå Çááå . ÃäÙÑ ÇáÔÑÍ ÇáããÊÚ
(2) Solat merupakan salah satu dari asas binaan Islam, sebagaimana syahadah, puasa, zakat dan Haji. Meninggalkan salah dari rukun Islam ini, maka cacatlah Islam seseorang itu. Hukum meninggalkan solat variasinya bermula dari hukum berdosa besar hinggalah dihukum kafir! Ini berdasarkan kepada hadith Nabi saw :-
Maka terdapat dikalangan ulama' yang menjatuhkan hukum KAFIR kepada sesiapa yang meninggalkan solat, dan bagi mereka yang telah dihukum kafir, puasanya tidak diterima. Terdapat juga dikalangan ulama' yang hanya menghukum ia sebagai berDOSA BESAR, dan seseorang itu hendaklah bertaubat dari dosa tersebut. seseorang itu dihukum melakukan dosa besar dengan syarat ia tidak menafikan kewajipan menunaikan Solat. Jika ia menafikan kewajiban menunaikan solat (bukan kerana malas dsb), maka Ulama bersependapat bahawa seseorang itu telah menjadi kafir.
Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-
Menurut Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi :-
Bagi menyimpulkan hukum puasa bagi orang yang tidak bersolat, kami memetik pandangan pensyarah Syariah di Universiti Qatar, Dr Mohiyuddin Al-Daaghi :-
Seseorang yang sedang berpuasa itu bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga, akan tetapi ia juga wajib melakukan perkara-perkara lain yang difardukan keatasnya. Hendaklah segera bertaubat, dan mohon kepada Allah swt agar menerima amalan puasa tersebut. WA.
wassalam.
خيرالأمين