Assalamualaikum,
Kemusykilan saya, harap dapat membantu:
a) Apakah maksud dua akad dalam satu transaksi dan apakah
hukumnya.
b) Adakah Multi level Markerting mempunyai unsur dua akad dalam satu
transaksi tersebut?
c) Bagaimana pula hukum menaja orang dalam MLM.
d) Betulkah dalam MLM tiada akad jual beli yang sah?
:wassalam
alJawab:
a) Kami tidak pernah mendengar adanya kes dua aqad dalam satu transaksi. Jika ada berlaku, maka urusniaga itu pasti tidak sah.
b) Tidak ada unsur dua aqad dalam urusniaga MLM. Ini kerana transaksi berlaku antara penjual (agen MLM) dengan pembeli dan tiada pihak ketiga. Apa yang orang keliru ialah komisyen yg diperolehi oleh orang2 yg berada di tahap atas dalam sistem pemasaran MLM itu, cthnya Distributor dan agen. Komisyen yang diperolehi oleh broker, agen, atau distributor yg dikenali sebagai samsarah dibolehkan oleh Ibn Abbas (Fiqh Sunnah: 3/159 edisi arab). Hizb Tahrir adalah antara aliran yang mengharamkan MLM kerana keujudan samsarah atau orang tengah yang memungut keuntungan dari akiviti penjualan downliners. Pendapat HT ni bukanlah muktamad. Kemungkinan anda terbaca posting dari websites HT.
c) Penajaan ini adalah perkara yg lumrah dengan syarat syarat2nya telus dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalil: AQ 4:29; AQ 5:01
d) sah atau batil sesuatu aqad itu bergantung kepada dua faktur (dan ia bukan terhad pada MLM sahaja):
1) produk dan perkhidmatan yg ditawarkan oleh sesebuah MLM, apakah ia produk atau servis yg halal bayyin?
2) cara atau sistem ia beroperasi atau pelan pemasarannya. Jika pelan pemasarannya telus dan adil kepada semua pihak dengan formula pengagihan bonus dan komisyen yg telus dan saksama, maka ia sebuah MLM yang baik. WA