SJ - 1931 : KENAPA BERSELAWAT KE ATAS NABI IBRAHIM A.S ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1931 : KENAPA BERSELAWAT KE ATAS NABI IBRAHIM A.S ?

Assalamualaikum wbt ,

Tuan Panel,

Mengapa kita berselawat ke atas Nabi Ibrahim a.s di dalam sembahyang ? . Harap dapat penjelasan yang sewajarnya.

Terima Kasih . Wassalam

Re: SJ - 1931 : KENAPA BERSELAWAT KE ATAS NABI IBRAHIM A.S ?

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudari tersebut . Alhamdulillah , berikut ini adalah jawapan-jawapannya :

1 – Ya memang benar , di dalam sembahyang kita diajar agar berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad s.a.w , di samping itu , kita juga diajar agar turut sama berselawat ke atas Baginda Nabi Ibrahim a.s . Selawat yang menggabungkan di antara kedua-dua ucapan salam dan hormat ke atas kedua-dua Nabi s.a.w itu digelar oleh para ulama’ sebagai “ Selawat Ibrahimiyyah “ . Hadis yang menganjurkan agar kita berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar s.a.w itu adalah hadis yang sahih , yang diriwayatkan oleh Imam Muslim rh dan Imam Ibnu Khuzaimah rh ( Hadis ke-336 , Kitab Bulughul Maram , karangan Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar Al-‘Asqalaniy ).

Çááøóåõãøó Õóáøö Úóáóì ãõÍóãøóÏ æóÚóáóì Âáö ãõÍóãøóÏò ßóãóÇ ÕóáøóíúÊó Úóáóì Âáö ÅöÈúÑóÇåöíãó æóÈóÇÑößú Úóáóì ãõÍóãøóÏò æóÚóáóì Âáö ãõÍóãøóÏò ßóãóÇ ÈóÇÑóßúÊó Úóáóì Âáö ÅöÈúÑóÇåöíãó Ýöí ÇáúÚóÇáóãöíäó Åöäøóßó ÍóãöíÏñ ãóÌöíÏñò

2 – Kita melakukannya disebabkan sebab-sebab berikut :

a – Kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang mengajarkannya dan memberikan contohnya kepada kita , walhal kita wajib mengikuti ajaran Baginda s.a.w - Firman Allah Ta’ala di dalam Al-quran Al-Karim ;

æóãóÇ ÂÊóÇßõãõ ÇáÑøóÓõæáõ ÝóÎõÐõæåõ æóãóÇ äóåóÇßõãú Úóäúåõ ÝóÇäÊóåõæÇ

Ertinya : “…..Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. …. “ ~ ( Al-Hasyr : Ayat 7 )

b- Ianya merupakan satu penghormatan kepada Nabi Ibrahim a.s yang digelar sebagai “ Bapa Para Nabi a.s “ , Apatah lagi Baginda Nabi Muhammad s.a.w sendiri berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s dan sekaligus jika Baginda a.s adalah datuk kepada Rasulullah s.a.w , maka Baginda s.a.w juga adalah Nabi dan juga datuk kepada semua orang-orang Islam .

c – Kekalnya nama Baginda Nabi Ibrahim a.s di dalam bacaan Tahiyat di dalam sembahyang kita , adalah merupakan satu penghormatan & doa yang dikabulkan oleh Allah Ta’ala kepada Baginda a.s . Firman Allah Ta’ala yang menggambarkan kisah permohonan doa Nabi Ibrahim a.s kepada-Nya :

ÑóÈøö åóÈú áöí ÍõßúãðÇ æóÃóáúÍöÞúäöí ÈöÇáÕøóÇáöÍöíäó (83) ÑóÈøö åóÈú áöí ÍõßúãðÇ æóÃóáúÍöÞúäöí ÈöÇáÕøóÇáöÍöíäó (84)

Ertinya : “(Nabi Ibrahim berdo'a): "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, ( 83 ) . Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian (84 ) ~ Surah Asy-Syu’araa’

d- Nabi Ibrahim a.s digelar sebagai “ KhalilulLah “ , manakala Nabi Muhammad s.a.w pula digelar sebagai “ HabibulLah “ . Kedua-dua gelaran itu bermakna : KEKASIH ALLAH TA’ALA , akan tetapi perkataan “ Habib “ pada “ HabibulLah “ itu lebih bermakna yang paling dikasihi oleh Allah Ta’ala . Jadi , Nabi Muhammad s.a.w merupakan makhluk yang paling dikasihi dan dicintai oleh Allah Ta’ala . Dan dengan berselawat ke atas kedua-dua Nabi Besar s.a.w itu , ianya merupakan satu penghormatan pula kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

Jawapan Lisan Oleh Syeikh Solleh Hamdi As-Sisi
(M.A – Hadis , Universiti al-Azhar ) .

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

22 / Sya’aban / 1423 H
29 / Oktober / 2002 M

Selasa – Bandaraya Kaherah