Assalamualaikum WBT.
Di sini saya ingin petik dari Buku Pedoman Solat oleh Pak Hasbie tentang solat Jumaat. Di harap panel ahkam dapat memberikan ulasan.
Tidak disyaratkan Bilangan Jamaah yang tertentu untuk solat Jumaat.
Dalam bab bilangan jemaah saya bersetuju dengan pendapat Pak Hasbie bahawa tiada bilangan minima jemaah bagi didirikan solat Jumaat. Di sini saya petik beberapa kata-kata dari buku ini:
Kata Al-Hafidz Asy-Syabili dalam ahkamnya: Tidak ada hadith yang menetukan bilangan jamaah jumaat. Katanya lagi: Dan sesungguhnya telah datang beberapa hadith yang menunjukkan kepada cukup dengan bilangan yang kurang daripada empat puluh untuk jemaah Jumaat.
Kata as-Suyuthi dalam Nurul Lam'ah: Tidak ada satu hadithpun yang sahih mengenai ketentuan bilangan untuk solat Jumaat. Maka kesimpulan daripadanya boleh didirikan solat jumaat walau tidak cukup 40 orang.
Pendapat di atas saya persetujui.
Akan tetapi terdapat beberapa yang saya keliru.
Kekeliruan:
Dikatakan di dalam kitab ini ialah solat Jumaat itu wajib ke atas semua mukallaf yang diwajibkan ke atasnya solat maktubah. Hujahnya ialah:
Sabda Rasulullah saw: Pergi ke soat Jumaat diwajibkan ke atas tiap-tiap yang telah bermimpi (Abu Daud dan An-Nasai dari Hafshah: Taisier 2:278)
Jumaat itu adalah haq yang wajib atas tiap-tiap muslim (Abu Daud dari Thariq bin Syihab: Taisier 2:278)
Ini disimpulkan di dalam kitab ini bahawa semua orang Islam wajib menunaikan solat Jumaat tidak kira lelaki atau perempuan. Wajib bagi penduduk kota menghadiri walaupun suara azan tidak didengari oleh mereka.
dan mereka yang uzur dan perempuan yang tidak dapat pergi ke masjid hendakloah soalt Jumaat di rumah dan bukannya solat zuhur. Ini adalah pernyataan yang dapat saya fahami dari kitab ini. Hujahnya ialah:
Orang wanita diwajibkan bersolat Jumaat cuma mereka itu tidak diwajibkan menunaikannya di masjid. Tulis dalam buku ini jika dilakukan berjemaah di masjid maka hendaklah dengan adab2 seperti khutbah dan lain-lain akan tetapi kalau dilakukan dirumah cukup dengan sepetrti solat sendirian. begitu juga mereka yang tidak dapat hadirh ke masjid untuk solat jumaat kerana uzur, hujan lebat dan lain-lain maka wajib solat jumaat di rumah dengan dua rakaat dan tidak perlu lagi solat zuhur.
Antara penerangan dalam kitab ini ialah solat Jumaat dan berjemaah solat Jumaat adalah dua perkara yang berbeza
1) Solat Jumaat wajib kepada semua orang tidak kira lelaki atau perempuan, uzur atau tidak.
2) Berjemaah dalam solat Jumaat pula adalah hal yang kedua dimana ia hanya wajib bagi lelaki dan mereka yang berkemampuan untuk pergi masjid untuk berjemaah.
Di Harap pihak ahkam dapat memberikan sedikit info. Srkian terima kasih.
Di sini saya terangkan sedikit apa pandangan saya..Antara katanya bahawa jika wanita solat Jumaat maka tidak perlu solat Zuhur. Ini katanya menunjukkan bahawa solat Jumaat itu wajib bagi semua org islam kerana katanya jika tidak wajib masakan solat Jumaat dapat menggugurkan solat Zohor. Dari penerangan ini memang saya tidak persetujui kerana pada pandangan saya sah solat dan wajib solat adalah berbeza. Sama seperti mereka yang bermusafir, tidak wajib berpuasa akan tetapi jika mereka berpuasa maka gugurlah hukum Qadha puasa kepada mereka. Maka begitu juga dengan wanita yang solat Jumaat, maka gugur kewajipan untuk solat Zohor dengan solatnya Jumaat.
aslm wbt
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-05-0086 :keliru bab solat Jumaat:Pedoman Solat pak Hasbie
Primary tabs
Fri, 03/06/2005 - 10:40pm
#1
SJ-05-0086 :keliru bab solat Jumaat:Pedoman Solat pak Hasbie
:wassalam
alJawab:
1. Kami telah meneliti kitab Pedoman Solat tersebut dan memang benar ia mengelirukan kerana Prof Hasbi terpengaruh dengan kitab alMuhalla karya Imam Besar madzhab Zahiri (ibn Hazm). Pendapat yg ijma' menurut Imam Ibn Mundzier (w. 318H), dalam Kitab alIjmaa', Beirut: Daar alKutoob al-'Ilmiyyah, 2001, Kitab solat , no 53, Kata Ibn Mundzir, "Ijmaa' bahawa tiada Juma'at bagi wanita". maka nasihat kami ketepikan pendapat Prof Hasbi kerana ia menyalahi ijma'.
Dalil yg muktamad ialah hadith Tariq bin Syihaab ra," Juma'at adalah hak yg wajib atas setiap muslim dgn berjama'ah kecuali empat golongan: hamba, WANITA, kanak-kanak2 dan orang sakit." [Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani, sahih Sunan AD: 1/294]
2. Wanita yg menghadiri solat Juma'at mendapat solat Juma'at dan gugur Zuhurnya. Manakala wanita yg tidak ke mesjid, hendaklah solat Zuhur 4 Raka'at di rumahnya dan bukannya solat Juma'at!. [Samahah Syaikh Saleh alUthaimiin, Syarh alMumti' : 5/23]
Jika Prof Hasbi menulis yg sebaliknya, maka pendapat itu adalah tertolak kerana menyalahi Ijma' dan menyalahi madzhab yg empat.
sekian