SJ-05-0083 : MASALAH DUDUK TAHIYAT AKHIR

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0083 : MASALAH DUDUK TAHIYAT AKHIR

:P :salam

Saya ada melakukan solat di satu surau, apabila tahiyat akhir, Imam melakukan tahiyat akhir dengan menyilangkan songsangan kaki bukan spt yg biasa iaitu kaki kiri dipacak dan kanan dilipat. Adakah sah solat kami?

ALLAH HU'AKLAM

SJ-05-0083 : MASALAH DUDUK TAHIYAT AKHIR

:wassalam

Ia adalah berkaitan dengan tatacara duduk utk tasyaahud: tawarruk atau iftirasy. Sifat solatunNabi menetapkan posisi secara tawarruk jika berada pada tahiyyat akhir. Tapi penerangan anda itu membuat kami keliru kerana cara yg benar bagi duduk cara tawarruk ialah melipatkan kaki kiri dan menegakkan kaki kanan dan punggung diletak di atas lantai.
Untuk mengetahui secara praktikal kena beli kitab solat sifatun Nabi yg ada gambar (sifat solatun nabi oleh syaikh alJibrin, dapatkan di Pustaka Indonesia), juga jika ada kesempatan menghadiri kursus solat sifat nabi oleh Ust Zaharuddin.

Jika Imam duduk pada tahiyyat akhir bukan secara tawarruk, ia tidak membatalkan solat kerana ia bukan rukun2 atau syarat2 solat. Ia sama juga spt anda solat di belakang Imam bermadzhab Syafi'iy, mereka membaca Qunut Subuh. Cuma sebaiknya kita solat di belakang Imam yg paling mengerti akan solat sifatun Nabi. sekian